Sunday, June 14, 2015

PENGKHIANAT RAKYAT SEBENARNYA PEMBANGKANG...

"Sebarang cubaan menyembunyikan kenaikan tol daripada pengetahuan rakyat adalah satu bentuk pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat”.

Itu tuduhan yang dilemparkan Pengarah strategi PKR, Sim Tze Tzin kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd 

pakatan fitnah

Najib Razak berhubung kebocoran maklumat ‘cadangan’ kenaikan tol yang dibincangkan kabinet Jumaat lalu.

Persoalannya, isu itu masih lagi di peringkat cadangan dan tentunya belum sah ada kenaikan, namun telah siap dan sedia dipergunakan pembangkang untuk menyerang kerajaan.

Masalahnya, kerajaan pada tahun lalu sudah menangguhkan kenaikan tol berjadual dan kerana itu terpaksa menanggung pampasan hampir RM560 juta kepada syarikat konsesi untuk mengekalkan kadar tol.

Untuk rekod, kadar tol sepatutnya dinaikkan pada 2011 namun kerajaan sentiasa meningkatkan bayaran pampasan kepada syarikat konsesi bagi mengelakkan kenaikan kadar kerana menyedari bebanan ekonomi rakyat.

Serangan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru itu bagaimanapun seolah-olah usul itu sudah diluluskan dan hanya menanti pelaksanaannya.

Malah jika diperhalusi, serangan sedemikian bukanlah satu tuduhan, dakwaan dan fitnah baru pertama kali.

felda israel

Sebaliknya, ia hanya satu dari rentetan serangan demi serangan oleh ahli parlimen pembangkang terhadap syarikat-syarikat berkaitan kerajaan antaranya Felda Global Ventures Bhd, Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Tenaga Nasional Berhad dan Petronas.

Jika sudi sediakan masa untuk melakukan sedikit kajian, maka sesiapa sahaja akan dapat menyedari perancangan licik disebaliknya, sekaligus mengelak terbabit memfitnah serta menyebarkan fitnah.

Serangan berbentuk tuduhan, dakwaan dan fitnah ahli-ahli parlimen pembangkang terhadap pemimpin dan kerajaan BN itu langsung tidak disertai bukti sahih dan saksi undang-undang sebaliknya sentiasa hanya berasaskan sumber.

Apa sahaja inisiatif yang dirancang untuk kesejahteraan rakyat seluruh negara akan diserang dengan cara menggugat keyakinan masyarakat terhadap pemimpin dan kerajaan.

mca gst

Taktiknya ialah dengan membangkitkan isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang pasti akan menggamit rasa ingin tahu rakyat.

Yang pasti, serangan sedemikian rupa sudah berlanjutan sekian lama namun jika diteliti lebih mendalam, tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang itu jelas semakin galak selepas perancangan dan pelaksanaan ‘Langkah Kajang’.

‘Langkah Kajang’ dirangka dan diadun dengan pelbagai strategi peringkat tinggi membabitkan pengambilan untung dari pasaran saham tempatan dengan menyerang kepentingan-kepentingan strategik kewangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ia bertujuan memastikan kerajaan mengalami kerugian dan seterusnya gagal menunaikan amanah menerusi tanggungjawab ekonomi yang dipikul terhadap rakyat sekaligus melemahkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Ketidakstabilan kemampuan kewangan kerajaan tentu sahaja akan memudahkan pembangkang untuk terus menabur racun fitnah dengan membakar ketidakpuasan hati rakyat untuk bangkit memberontak.

najib fitnah

Media-media portal dan tokoh-tokoh tertentu yang berpengaruh dipergunakan sepenuhnya untuk melancarkan fitnah manakala ‘Red Bean Army’ akan memberikan komen membakar serta menderita sepertimana rakyat jelata lainnya.

Susulan itu, ramai yang terperangkap permainan licik strategi politik pembangkang dan bangkit menyertai permainan dengan mempertikaikan sebarang usaha kerajaan kerana terhasut bahawa semua pemimpin kerajaan terbabit rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Mana tidaknya, contoh mudah dan hangat diperkatakan kini ialah mengenai syarikat pembangunan strategik, 1MDB.

Pelbagai pihak kini mendesak mahu barisan kepimpinan 1MDB dihukum dengan berat kerana hutang yang jazlan imdbditanggung syarikat itu dengan setiap orang sudah menjadi hakim dan memutuskan hukuman bahawa ‘mereka’ terbabit rasuah, salah laku dan penyelewengan.

Hakikatnya, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara belum pun selesai menjalankan siasatan forensik untuk mengenalpasti kelemahan syarikat itu.

Masalahnya, masyarakat sudah termasuk perangkap yang dirangka pembangkang kerana strategi ‘Langkah Kajang’ yang disasar pembangkang sebagai jerat, sudah menggena buruannya.

Cumanya, buruan itu masih segar dan masih melawan, lalu masanya belum hadir untuk pembangkang menangkap dan menyembelihnya.

…….menyusul di hari lain.

Kiasan coretan susulan.

Fikirkan, margin keuntungan yang diraih pembangkang menerusi urusan ‘short selling’ bilamana keyakinan pelabur terhadap syarikat berkaitan kerajaan yang didagangkan di Bursa Malaysia merosot.

Yang pasti, sudah berbilion nilai saham syarikat berkaitan kerajaan yang dipegang pelabur tempatan menyusut dan mengalami kerugian sedangkan hasilnya ke kantung pembangkang.

Pembangkang itu pengkhianat kerana merekalah yang menikmati keuntungan dari hasil kemerosotan harga saham syarikat-syarikat berkaitan kerajaan di Bursa Malaysia akibat permainan fitnah persepsi.

Dari: BNBb

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik