Wednesday, June 3, 2015

PRO ULAMAK BERJAYA RAMPAS KEMBALI, SAPU BERSIH DEWAN PEMUDA PAS.


Kumpulan pro ulama yang diketuai Nik Mohamad Abduh Nik Mat berjaya merampas kembali Dewan Pemuda PAS Pusat apabila penyandangnya, Suhaizan Kayat tewas dengan majoriti 167 undi.

Nik Abduh mendapat 429 undi, manakala Suhaizan mendapat 262 undi.

Pro ulama juga turut mengekalkan kemenangan jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua Pemuda.

Muhammad Khalil Abdul Hadi menang jawatan Timbalan Ketua apabila beliau menewaskan pencabarnya, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dengan majoriti 178 undi.

Beliau mendapat 435 undi, manakala pencabarnya mendapat 257 undi.

Khairil Nizam Khirudin pula berjaya mengekalkan kemenangan sebagai Naib Ketua apabila pencabarnya, Nor Azman Mohamad ditewaskan dengan majoriti 223 undi.

Beliau mendapat 458 undi, manakala pencabarnya mendapat 235 undi.

Pro ulama juga turut berjaya menyapu bersih 12 kerusi Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS pusat yang dipertandingkan.

Mereka yang menang adalah Afnan Hamimi Taib Azamuddin (430), Ahmad Fadhli Shaari (447), Mohd Shahir Sulaiman (409), Hishamudin Abdul Karid (432), Mohd Azam Abd Samat (430), Mohd Zawawi Abu Hassan (402), Syarhan Humaizi Abdul Halim (406), Syed Abdul Kadir Al-Joofree (399), Nurul Islam Mohd Yusof (377), Izwan Abd Halim (355), Mohd Hafez Sabri (386) dan Muhtar Suhaili (382)

Pro ulama juga turut menguasai jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda.

Pengerusi Tetap : Kamal Ashaari (pro ulama) mendapat 491 undi menewaskan pencabarnya Abdul Latif Abd Rahman yang mendapat 202 undi

Timbalan Pengerusi Tetap : Riduan Mohd Nor (pro ulama) mendapat 4861 undi menewaskan pencabarnya Ahmad Sabki Yusof yang mendapat 205 undi.


Dari: AIDCNews/3.6.2015.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik