Saturday, June 13, 2015

RAHSIA KIT SIANG DILANTIK KETUA PARLIMEN DAP.

DAP mempunyai rahsia tersendiri mengapa tidak menerima jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen (jawatan yang berelaun) walaupun merupakan parti paling dominan di kalangan pembangkang; DAP-38, PKR-29, PAS-21 dan Bebas-1.

Pelantikan Ketua Pembangkang Parlimen diberikan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walaupun pada hakikatnya, kuasa Presiden PKR sering diketepikan DAP.

Ini terbukti apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh menggunakan kuasa vetonya membatalkan cadangan Ketua Pembangkang, Wan Azizah untuk menubuhkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen dan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kemelut di antara DAP dan PAS.

Dalam masa sama, DAP turut melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Ketua Parlimen DAP di Dewan Rakyat.

Jawatan ‘Ketua Pembangkang Parti’ tidak diiktiraf dalam susun atur Dewan Rakyat, sebaliknya yang diiktiraf adalah jawatan ‘Ketua Pembangkang’ yang dipilih di kalangan parti pembangkang paling dominan.

Namun, DAP memilih untuk mewujudkan satu jawatan tidak bergaji – ‘Ketua Pembangkang Parti’ – dan menolak jawatan bergaji.

Ramai penganalisis melihat kebijaksanaan Kit Siang berpolitik-sebagai orang lama berpolitik (dari tahun 1969 hingga sekarang) beliau tahu apa yang terbaik untuk partinya. Pengalaman mengajarnya tentang makna keuntungan jangka pendek dan keuntungan jangka panjang.

Lagipun soal elaun ‘Ketua Pembangkang Parti’ walaupun tidak dibayar Kerajaan Persekutuan, namun DAP mampu membayar balik dengan jumlah yang sama atau lebih dibayar kepada Ketua Pembangkang Dewan Rakyat kerana DAP memiliki sebuah kerajaan negeri di Pulau Pinang.

Ini seumpama bagaimana DAP mencipta gaji kepada Mohamad Sabu (bekas Timbalan Presiden PAS/Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) dengan lantikan bergaji sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pengurusan Air Pulau Pinang serta Ahli Lembaga Halal Hub Pulau Pinang.

Begitu juga dengan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (bekas Ahli Jawatankuasa PAS pusat/Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dengan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).

Satu modus operandi DAP adalah berselindung di sebalik ‘ikon tokoh Melayu-Islam’ untuk memastikan agenda tersiratnya tercapai.

DAP pernah bersembunyi di sebalik ‘ikon Anwar Ibrahim’ untuk menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), hasilnya DAP berjaya menjadi paling majoriti di kalangan pembangkang di parlimen.

DAP juga menjadi ikon bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Alhaj dan Tun Razak, walhal semasa kedua Perdana Menteri itu memerintah, DAP adalah parti pembangkang yang paling lantang memfitnah kedua-dua tokoh tersebut.

Malah, Kit Siang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam hari selepas tragedi berdarah rusuhan kaum 1969 semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Selanjutnya, sila baca “Kalau Bukan Dalang, Kenapa Kit Siang Ditahan ISA 18 Mei 1969 ?

Sekarang, DAP sengaja mencanang penyertaan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ke dalam partinya, ketika mana satu gerakan disusun untuk mengeluarkan ahli PAS dari partinya itu.

Dari: AIDCNews.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik