Monday, June 8, 2015

SEBAGAI SEORANG NEGARAWAN IKUTLAH SALURAN YANG BETUL.



Mereka yang kritikal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya akan mengkritiknya kerana tidak menghadiri sesi dialog ‘Nothing2Hide’ semalam. Mereka melabelnya sebagai seorang pengecut kerana tidak mempunyai keberanian untuk menghadapi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Secara peribadi, saya rasa dialog awam ini adalah idea yang tidak baik kerana ia akan bertukar menjadi medan pergaduhan awam antara Perdana Menteri dan Dr Mahathir.Saya sebenarnya agak lega apabila ia dibatalkan.

Pertama sekali, saya tidak melihat kebaikan yang boleh dicapai melaui pergaduhan secara terbuka sebegini.Tiada pemenang dan yang kalah dalam sesuatu perkara seperti ini. Saya masih ingat ketika perbahasan awam telah diadakan di antara Pemuda PKR dan Pemuda Umno, juga di PWTC, dan ia telah menjadi medan kepada perlawanan mengejek dengan kedua-dua pihak mendakwa mereka memenangi perdebatan tersebut.

Apa yang berlaku pada majlis tersebut adalah menjatuhkan maruah pendebat ke tahap yang rendah seperti dikehendaki mereka yang datang mendengar dan orang ramai yang mendengar hanya berminat untuk melihat pergaduhan dan tidak berminat dalam fakta yang dihujah para pendebat.

Perkara yang sama pasti berlaku dalam program “NothingToHide” ini sekiranya ianya diteruskan semalam. Pastinya tiada siapa pun berminat dengan apa yang Perdana Menteri mahu terangkan dan apa faktanya. Apa yang mereka mahu melihat ialah Dr Mahathir bangun dan menghentam Perdana Menteri di khalayak ramai.

Malah, inilah tujuan utama Dr Mahathir menghadiri program tersebut iaitu supaya dia dapat menghentam Perdana Menteri di khalayak ramai.Dia sebenarnya tidak berminat pun dengan apa fakta dan hujah Perdana Menteri yang akan disampaikan.Mahathir telah membuat keputusan bahawa dia tidak lagi akan menerima sebarang penjelasan dari Perdana Menteri.

Dr Mahathir telah merendahkan statusnya dari tahap seorang negarawan kepada seorang kaki gaduh jalanan. Dan ini adalah yang paling malang. Apa yang lebih malang ialah Dr Mahathir menjangkakan bahawa Perdana Menteri juga akan turun ke tahap ini.

Kalaulah Najib hadir ke program tersebut , ianya akan menjadi medan sorak menyorak, hentam menghentam, ejek mengejek dan pastinya tujuan program tersebut diadakan tidak akan tercapai.

Tindakan Perdana Menteri untuk tidak hadir atas nasihat KPN sebenarnya adalah tindakan yang bijak dan tepat. Saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi sekiranya Perdana Menteri hadir kerana majlis seperti ini hanya perlu sedikit “spark” sahaja untuk bertukar menjadi medan pertengkaran dan pergaduhan.
Dari: Melayumaju.

1 comment:

  1. kaki gaduh jalanan...wow anda memang seorang penilai yang hebat pada ketika ini...or maybe u juga salah seorang penasihat terbaik utk Dato Najib ever

    ReplyDelete

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik