Monday, June 15, 2015

SIAPA GOPOH.... PAS, DAP ATAU MAT SABU???

Post Pic

PAS mengambil pendirian untuk memperhalusi usul Dewan Ulamanya supaya parti itu memutuskan hubungan politik dengan DAP. Ia perlu dibahas dan diputuskan oleh Dewan Syura Ulamanya. Maksudnya, usul itu belum muktamad.
 
Namun sebaliknya, DAP sudahpun memberi reaksi yang agak kasar apabila mencabar wakil-wakil PAS dalam semua peringkat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang supaya meletak jawatan. 
 
Sehubungan itu, DAP terus meraikan tindakan mantan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang mengumumkan keputusan meletak jawatannya dalam Perbadanan Air Pulau Pinang dan Hab Halal negeri itu.
 
Nampaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memang teruja dan tidak sabar mahu PAS mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya yang mewakili parti itu dalam pentadbiran negeri supaya meletak jawatan. 
 
Serentak itu Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat cuba menggerakkan kempen membina persepsi baru mengenai perjuangan Mat Sabu dan kumpulan profesional yang tewas bersamanya dalam pemilihan PAS minggu lalu.
 
Sebagai langkah permulaan, langkah Guan Eng ialah menyanggung tinggi pendirian politik Mat Sabu yang bertindak melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
 
“Saya tabik dengan beliau (Mat Sabu). Walaupun dikalahkan dalam pemilihan PAS oleh kumpulan UG (pro-Kerajaan Perpaduan) yang mahu bersama Umno, namun beliau akur keputusan pimpinan baru PAS itu,” kata Guan Eng.
 
Guan Eng dakwa Mat Sabu berprinsip
 
Katanya, pendirian Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak mementingkan jawatan kerana akur pada keputusan Muktamar Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
 
Pandangan ini bersalut banyak kemungkinan. Antaranya, Guan Eng kini cuba membakar semangat penyokong Mat Sabu supaya terus menyokong rakan politiknya itu dan “menunggu” apakah langkah politik Mat Sabu seterusnya.
 
Keduanya, Guan Eng memang belum puas memburukkan kepimpinan PAS terutamanya presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, dengan cuba menyemarakkan kemarahan ahli PAS pada konsep UG atau kerajaan perpaduan dengan Umno. 
 
Walhal hakikatnya ialah, keputusan besar Muktamar PAS ialah ia tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat yang membawa maksud PAS tidak mungkin mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.
 
Di sisi lain, kenyataan Guan Eng jelas membayangkan kekecewaan dan kemarahannya dengan keputusan belum rasmi PAS yang tidak mengikut skrip politiknya. Bak kata pepatah “tak dapat tanduk telinga dipulas”.
 
Lantas Guan Eng dilihat cuba menyemai imej positif untuk Mat Sabu dalam PAS dengan mewawarkan (atau mungkin berkempen) pemidato ulung PAS itu sebagai lambang seorang yang berprinsip dan tidak gila jawatan.
 
Kata Guan Eng, beliau kagum dengan keberanian Mohamad Sabu dan menyifatkannya sebagai seorang yang tidak mudah menyerah kalah.
 
“Ia jarang kita lihat dalam kalangan pemimpin PAS sekarang. Ini kerana sehingga hari ini, tidak ada sesiapa pun yang sahut atau ikut pengorbanan yang dibuat Mohamad (Sabu),” katanya. 
 
PAS tidak pernah arahkan wakilnya letak jawatan di Pulau Pinang
 
Pujian Guan Eng sebenarnya bolehlah dilihat sebagai usaha memutarbelit fakta. Hakikatnya PAS memang tidak atau belum mengeluarkan arahan supaya wakil-wakilnya dalam kerajaan Pulau Pinang melepaskan jawatannya. 
 
Oleh itu, seperti yang memang menjadi jatidiri ahli-ahli  PAS mereka tidak akan bertindak menjawab cabaran Guan Eng itu selagi tiada arahan daripada pimpinan parti
 
Justeru itu, timbul persoalan -- sebenarnya, kepada siapakah kenyataan Guan Eng itu ditujukan jika bukan kepada ahli-ahli PAS yang menyokong Mat Sabu?
 
Adalah jelas bahawa ketergesaan Guan Eng mahu wakil-wakil PAS melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang itu satu penzahiran “kemarahannya” terhadap PAS, terutama ulama.
 
Lantaran itu, beliau itu cuba menambah kepedihan hati penyokong-penyokong Mat Sabu dan golongan profesional sekaligus cuba menggiurkan selera ahli dan penyokong PAS yang berpolitik untuk kuasa dengan kata-kata berikut:   
 
“Mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh wakil Pas dalam kerajaan negeri itu kelak akan diisi oleh pemimpin Melayu lain yang bukan daripada parti berkenaan.” 
 
Dalam pemilihan PAS Khamis lalu, Mat Sabu gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang dipegangnya selama dua penggal selepas tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Guan Eng mahu teruskan tahaluf tetapi tiada adab bermuafakat
 
Namun PAS tetap memantau gelagat pelik Guan Eng yang mahu mengukuhkan Pakatan Rakyat tetapi kurang akur dan tidak pula menghormati adab orang bermuafakat. 
 
Justeru PAS mengingatkan ahli dan pimpinannya supaya jangan mendahului keputusan Majlis Syura Ulama dengan gopoh meletakkan jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang meskipun diminta oleh Guan Eng.
 
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan bahawa sebarang tindakan hanya boleh diambil setelah Majlis Syura memutuskan mahu menolak atau menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP itu.
 
“Sehinggalah Majlis Syura bersidang untuk membuat keputusan menerima atau menolak cadangan dan usul tersebut berdasarkan perkiraan syarak kerana melibatkan hukum tahaluf siyasi.
 
“Setelah itu (barulah) Jawatankuasa Pas Pusat akan melaksanakan mana-mana keputusan Majlis Syura menerusi arahan-arahan yang perlu dan tuntas kepada ahli,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Khairuddin juga mengingatkan pimpinan Pas Selangor supaya “tidak keluar dari Kerajaan Negeri Selangor” kerana Pas juga menyumbang kemenangan dengan 15 kerusi Dun pada PRU13 lalu.
 
“Kerajaan Negeri Selangor bukan milik DAP bersendirian tapi milik bersama tiga parti yang menyumbang kemenangan pada PRU13,” katanya.
 
Mat Sabu gopoh letak jawatan di Pulau Pinang?
 
Dinilai daripada kenyataan Dewan Ulama ini, tidakkah langkah yang diambil oleh bekas Timbalan Presiden, Mat Sabu meletakkan jawatannya dalam kerajaan Pulau  Pinang itu sebenarnya boleh dianggap gopoh? 
 
Namun yang menariknya, bak hukum magnet politik, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula dan bukan Mat Sabu yang teruja dan tertarik memberi kata dua pada pimpinan PAS secara tidak langsung dengan menuntut wakil PAS meletak jawatan.
 
Mengapa begitu?
Dari: Antarapos.

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik