Wednesday, June 24, 2015

TABUNG HAJI TANGGUNG JUMLAH SUBSIDI RM 150 JUTA UNTUK MUSIM HAJI 2015.

Lembaga Tabung Haji menanggung jumlah keseluruhan subsidi penghantaran 22,320 bakal haji sebanyak RM150 juta, berikutan kenaikan kos, terutama penginapan di Mekah dan Madinah yang meningkat 40%.

Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah berkata tambahan subsidi tersebut dinaikkan RM30 juta, di mana ia menanggung RM7,290 bagi setiap bakal haji, kerana kos sebenar ialah RM17,270 seorang.

tabunghaji

Johan berkata antara kos lain yang meningkat ialah tiket penerbangan, makanan, pengangkutan dan bayaran kepada ejen di Arab Saudi.

“(Subsidi) ini tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memerlukan dana besar pada setiap tahun,” katanya pada sidang media di Mekah.

Bagaimanapun, katanya, bagi menampung subsidi haji yang dijangka terus meningkat itu, TH mengambil langkah meninjau peluang pelaburan baharu di Arab Saudi.

Katanya, ia salah satu cara terbaik menjana pendapatan tambahan dengan menceburi sektor hartanah di Arab Saudi yang dikatakan mempunyai potensi besar.

Sehubungan itu, katanya, TH membincangkan perkara itu dengan syarikat pemaju hartanah di sana bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Syarikat itu menunjukkan reaksi positif, malah mereka sememangnya tahu TH mempunyai jenama yang kukuh.

“Kita akan terus mencari peluang pelaburan sebegini bagi menjana pulangan dan pendapatan,” katanya.

Dari: BNBbc.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik