Monday, June 15, 2015

TASAHUL, TASYADDUD DAN CEMBURU POLITIK.

Post Pic

 
Kepimpinan PAS kini lebih teguh dan berpadu. Ini berlaku kerana itu adalah hasrat dan pilihan ahli akar umbinya. Sejak sekian lama mereka mahu ulama memimpin tetapi Muktamar ke-61 mereka membuat penegasan paling jelas.
 
Mungkin ada sebilangan ahli PAS dan juga pihak yang besimpati dengannya kecewa apabila jawatan tertinggi PAS dimonopoli ulama. Namun demikianlah keadaannya apabila persaingan kepimpinan dihadkan pada dua pilihan sahaja. 
 
Suka tidak suka ahli perlu memilih salah satu. Maka di antara profesional yang telah cuba diulamakkan selama ini dan ulama yang sudah diusahakan bersikap profesional, ahli lebih yakin pada ulama profesional.
 
Namun trend pengundian begini ada buruk dan baiknya. Di segi negatifnya, mungkin ia akan menolak atau menyisihkan golongan yang kalah. Ini boleh memarakkan api kekecewaan, kemarahan, kebencian dan juga permusuhan.  
 
Di samping itu, ia juga ada kebaikannya. Sekurang-kurangnya pemikiran, halatuju dan juga strategi politik PAS akan lebih jitu dan berpadu. Ulama yang dipilih mungkin lebih mudah keputusan kerana mereka mempunyai latarbelakang pendidikan dan tarbiyah politik yang sama. 
 
Justeru dalam menghadapi cabaran seperti kebengisan DAP terhadap PAS, perjuangan menegakkan hukum hudud serta kerjasama membela yang dhaif seperti mangsa banjir melalui kerjasama Umno, PAS akan lebih berpadu menanganinya. 
 
Sebelum ini umum maklum, PAS kelihatan kurang bermaya dan berpadu apabila DAP menyindir, menggertak dan memperkecilkan pimpinan PAS, terutama Presidennya, Datuk Seri Haji Abndul Hadi Awang. 
 
Kali ini, Haji Hadi dan kumpulan ulama mungkin akan lebih mudah mengendali isu-isu sensitif ini kerana pendiriannya lebih mudah diakuri dan disokong. Sebelum ini, adalah rahsia umum jalur pemikiran golongan profesional ada kalanya bersilang dengan makrifat ulama. 
 
Ulama perlu terbuka terhadap profesional
 
Cuma apa yang harus diutamakan ialah ulama kini perlu lebih terbuka terhadap profesional dan tidak boleh cuma hanya bermanis muka dan mempermainkan lidah untuk memimpin profesional. Jurang sedia ada mesti dipersempitkan. 
 
Mungkin sebab itu, meskipun terzahir rasa kecewa golongan profesional akan kekalahan Jumaat lalu, Haji Hadi menghimpunkan pengalaman kepimpinannya dengan secara jelas tegas dan ikhlas memulakan usaha mencantumkan semula PAS.
 
Beliau menggunakan hemah dan adab sopan Melayu untuk 'memujuk' dan merangsang golongan profesional ini terus berkubu dalam jemaah Islamiyah.  Hadi menyimpulkannya dalam pantun:
 
Pergi memancing di Laut Andaman
Berpatah balik tanpa tidur
Walau bertanding tetap budiman
Terus berjuang tidak berundur
 
Pantun di atas adalah jawapan Presiden PAS itu kepada bekas Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatan yang digalas selama dua penggal.
 
Mesej yang hendak disampaikannya ialah teruskan politik budiman, beristiqamah hingga kemenangan tiba dan teruskan perjuangan untuk mendaulatkan politik Islam. 
 
Mesej ini adalah motivasi. Tiada niat menyindir, memperkecil dan cuba melepaskan geram yang mungkin bersarang dalam musim pra-pemilihan kepimpinan PAS.
 
Kini tanggungjawab Hadi ialah menghuraikan cabaran yang perlu dihadapi oleh baik ulama mahupun profesional yang masih mahu berganding bahu dengannya mengemudi PAS walaupun sebagai entiti tukang 'semak dan imbang'.
 
Dalam ucapan pembukaanyanya Khamis lalu Hadi menonjolkan mudharat mengikut tatacara dan pemikiran politik tasahul dan tasyaddud. 
 
“Sebenarnya tidak ada pemisahan di antara ulama dan profesional dalam bahtera PAS. Apa yang berlaku adalah kita berdepan dengan tempias sekularisme yang diwujudkan untuk penghalang kebangkitan Islam, yang cuba membolos ke dalam saf gerakan Islam,” katanya. 
 
Katanya, musuh Islam di seluruh cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan dalam saf kebangkitan Islam terkini dengan menyebarkan virus mahu menang cepat dan gopoh yang dinamakannya tasahul dan tasyaddud.
 
“Kalangan berjuang secara tasahul, ingin menceduk setiap perkembangan yang berlaku daripada luar Malaysia, seperti Revolusi Islam Iran, AK Turki, Ikhwan dan Hizbu al-Nahdhah di negara Arab, tanpa melihat perbezaan waqie’ (realiti) di bumi tempat kita berpijak. 
 
“Sedangkan kita di tanahair ini telah jauh bergerak ke hadapan dalam matlamat memurnikan aqidah dan amalan masyarakat Islam ke jalan yang tulen berbanding dengan suasana masyarakat di tempat rakan rakan kita di luar sana,” tegas Hadi. 
 
Cemburu politik untuk tingkatkan keakraban
 
Sementara virus tasyaddud cuba menyuntik angan dan harapan mahu melaksanakan Islam dalam sekelip mata, atau menang secara cepat tanpa pilihan raya seperti Taliban, al-Qaeda dan ISIS atau DAAISH. 
 
“Kumpulan ini juga melibatkan kalangan ulama dan ilmuwan yang bersemangat Islam tetapi tidak feqah dalam harakah Islamiyyah dan perlu dinasihati dan dibimbing” kata Hadi.
 
Selepas pencerahan berhubung kedua-dua virus itu Hadi boleh melebarkan horizon pemikiran dan adaptasi politik PAS dalam lanskap Malaysia dengan penghuraian maksud cemburu politik yang disebut dalam ucapan penggulungannya. 
 
Ada yang berpendapat bahawa cemburu terbit dari desakan sayang. Cuma apabila desakan jiwa ini tidak ditangani dengan baik ia akan meninggalkan natijah yang buruk. 
 
Justeru cemburu politik perlu digalakkan untuk meningkatkan keakraban dan kesatuan fikiran atau wahdatul fikri dalam kepimpinan dan ahli-ahli PAS. 
 
Profesional beriltizam mahu mengganti ulama kerana cemburu bahawa ulama akan bersikap terlalu 'kolot dan konservatif' sehingga gagal memahami waqi’ atau realiti politik hari ini. Bagi mereka wadah Pakatan Rakyat adalah perlu.
 
Bagaimanapun ulama bertegas mengingatkan bahawa pakatan yang dilahirkan oleh hukum tahaluf siyasi mestilah bersyarat dan mengikut adab-adabnya. Justeru profesional perlulah mengelakkan jangkitan virus tasahul dan tasyaddud. 
 
Lebih utama ialah profesional haruslah menghayati konsep budiman dan menghormati bahawa buat masa ini, ahli akar umbi lebih yakin dengan peta politik dan menu kepimpinan yang disajikan oleh ulama. Semak dan imbanglah.  
Dari: Antarapos.

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik