Sunday, June 21, 2015

TINDAKAN BIADAP DAP CETUSKAN KEBANGKITAN GULUNGAN ULAMAK....

SATU senarai yang diedar berhubung pertembungan antara Abdul Hadi

GELOMBANG kemenangan kumpulan proulama dalam pemilihan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Pas semalam dijangka berterusan dalam pemilihan bagi jawatan tertinggi parti itu hari ini.


Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Pas, pemilihan parti itu menyaksikan pertembungan terbuka antara kumpulan proulama dan kumpulan profesional.


Sebelum ini, biarpun ada pertembungan seumpama itu namun ia dianggap pertarungan biasa antara pemimpin kedua-dua kumpulan.


Justeru kemenangan proulama di Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat memberi isyarat jelas situasi yang sama juga akan berlaku dalam pemilihan di peringkat jawatankuasa Pas pusat.


Tumpuan sudah pasti diberikan kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang menyaksikan kedua-dua penyandang jawatan itu dicabar.


Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan jawatan disandangnya sejak 13 tahun lalu selepas dicabar bekas Naib Presiden Ahmad Awang yang didakwa mengetuai kumpulan profesional.


Mohamad Sabu pula akan dicabar oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Timbalan Presiden.

Jawatan Naib Presiden juga bakal menyaksikan pertembungan antara kumpulan proulama dan profesional.


Tiga penyandang jawatan itu Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar akan dicabar oleh tiga calon pro ulama iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad.


Sementara itu, satu senarai nama calon-calon bertanding menjadi viral di laman-laman sosial yang memaparkan dengan jelas pertembungan antara kumpulan proulama dan profesional.

Abdul Hadi disenaraikan mengetuai kumpulan proulama mana Ahmad Awang mengepalai kumpulan profesional.


Berdasarkan keputusan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat serta ketegasan Dewan Ulama mencadangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, banyak pihak beranggapan segalanya berlaku akibat tindakan biadab DAP ke atas Abdul Hadi.


Majoriti ahli Pas tidak boleh menerima kebiadaban DAP melayan Abdul Hadi dan tindakan mereka menolak hukum hudud.


Muktamar ketiga-tiga dewan jelas membuktikan sentimen untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP seperti digerakkan oleh Dewan Ulama semakin ketara, persoalannya mampukah ia diteruskan dalam muktamar induk hari ini?

Dari: Utusan.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik