Saturday, June 27, 2015

TONY PHUA ALU-ALUKAN SHEIKH OMAR MASUK DAP.....


Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tonny Pua mengalu-alukan kemasukan Sheikh Umar Bagharib b. Ali ke dalam parti itu.

Tonny Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor mengharapkan Sheikh Umar dapat mempelajari sesuatu dalam mencapai matlamat DAP untuk membina Malaysia untuk rakyat Malaysia.

“Saya pasti terdapat banyak yang kita boleh belajar, melakukan dan bekerja bersama-sama untuk Malaysia yang lebih baik, untuk semua rakyat Malaysia.

“Kami menghargai belia, kami menghargai kepelbagaian dan kami sesungguhnya menghargai integriti,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sheikh Umar dalam The Malay Mail Online semalam.

Sheikh Umar yang merupakan exco Dewan Pemuda PAS Johor di bawah kepimpinan Suhaizan Kaiat membuat keputusan drastik untuk menyertai DAP pada 20 Jun lalu kerana hilang keyakinan terhadap PAS yang disertai sejak enam tahun lalu.

“Saya merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk saya mengambil pendirian. Keputusan sertai DAP bukan disebabkan saya kecewa dengan PAS tetapi parti itu tidak bergerak ke hadapan. Terdapat terlalu banyak konflik dalaman,”katanya.

Namun, kemasukan Sheikh Umar ke dalam DAP bukan sesuatu yang mengejutkan kerana dia telah menjadi pembantu khas (Melayu) kepada Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Ching Tong sejak dua tahun lepas.

Selanjutnya sila baca “Bekas Aktivis Pemuda PAS Sheikh Omar Masuk DAP

“Saya menaruh kepercayaan terhadap DAP kerana mereka bekerja keras. Terdapat juga lebih banyak peluang untuk terus bersinar sebagai seorang pemuda dalam parti, kerana wujud satu platform untuk kita berkembang, “kata Sheikh Umar lagi.

Walau bagaimanapun, Sheikh Umar berkata dia masih lagi kekal sebagai ahli Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan NGO pendesak dalam PAS.


Dari: AIDCNews.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik