Saturday, June 6, 2015

TUNJUK PERANGAI BURUK DIUSIA SENJA, PUAS HATI.

tunm nh

Boleh dikatakan hari ini menyaksikan nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad heboh diperkatakan gara-gara “pencapaian” beliau dan para penyokongnya menghuru-harakan majlis tertutup anjuran NGO, Sukaguam.

Tidak tahulah penulis NGO mana yang Tun M wakili, namun menurut penegasan pihak penganjur, Datuk Khairil Anuar Rahmat, bekas Perdana Menteri itu telahpun dimaklumkan lebih awal bahawa beliau tidak dijemput untuk “memeriahkan” program Forum “Nothing2hide” berkenaan.

Namun biasalah. Mungkin “gilakan” publisiti di penghujung usianya, warga emas itu seolah “bermuka tembok” untuk hadir ke majlis forum berkenaan sekaligus menghuru-harakan keadaan sehingga terpaksa dibatalkan.

Puaslah hati bekas Memanda Perdana itu? Seronok? Gembira melihat apa yag berlaku? Apa yang beliau dapat agaknya dengan menunjukkan perangai buruknya di hadapan para NGO dan belia yang hadir di majlis tertutup berkenaan? Dapat puaskan hati? Najib tidak letak jawatan pun, kan? Reputasi sendiri tersecemar, matlamat juga tidak kesampaian…

Penulis tahu, biar apa sekalipun alasan atau hujah yang diberikan, Tun M tidak akan berhenti dari menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Selagi Najib tidak jatuh seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Pak Lah, selagi itulah beliau tidak puas.

Tunku_Abdul_Rahman

Biar apa saja jawapan yang diberikan Najib, biar terperinci bagaimana sekalipun fakta jawapan yang diberikan mengenai persoalan yang bekas Memanda Perdana itu, jawapan berkenaan tidak akan dipeduli malah diketepikan begitu saja.

Begitulah keadaannya bila emosi bercampur baur dengan niat dan agenda berkepentingan peribadi cuba dilonjakkan bekas Memanda Perdana itu. Penulis yakin, jika itulah yang cuba dilakukan Anwar Ibrahim di zaman beliau, nescaya Anwar dan para penyokongnya kini sedang berada di sebalik jeriji besi, dilokap pentadbirannya yang pernah digelar “kuku besi” itu.

Beliau mempersoal mengapa perlu takut padanya? Siapa yang takut sebenarnya? Jika benar bekas Memanda Perdana itu berani sangat, beliau boleh berdepan dengan Najib pada bila-bila masa yang beliau mahu. Setahu penulis, Yayasan Perdana sangat dekat jaraknya dengan Sri Perdana, bukan? Ketuklah pintu dan beri salam sewajarnya…

Sememangnya Perdana Menteri mahu ke forum berkenaan. Beliau tiada apa yang hendak disembunyikan, apatah lagi takutkan sesiapa.

Tapi atas faktor keselamatan, termasuk keselamatan seorang warga emas yang berusia hampir 90 tahun yang mungkin berpotensi “terpijak” oleh para penyokong sendiri yang merempuh bagai orang tidak bertamadun, lebih baiklah beliau mengikut saja keputusan pihak berkuasa yang melarang beliau hadir.

CGtC99ZU8AAyxrb

Salahkah tindakan PDRM menghalang kehadiran Najib? Sekiranya PDRM menasihatkan Tun M ketika menjadi Perdana Menteri untuk hadir ke himpunan Reformasi sekitar 1997-1998 dahulu, apakah Tun M akan ikut nasihat tersebut atau tetap mahu berdiri di tengah-tengah ribua perusuh yang hanya menunggu masa untuk menerkam beliau? Semudah itupun tak tahu fikir?

Tidak perlulah memperguna nama rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Kononnya ‘bersuara demi kepentingan rakyat’. Padahal beliau boleh bertanya diri sendiri tentang “tujuan sebenar” beliau menyerang kepimpinan Najib. Tidak perlu tipu diri sendiri dan tidak perlulah menipu rakyat di usia senja begini…

Marahkan Lim Kok Wing? Kawan lama yang banyak dibantu? Bantu bagaimana? Sebesar mana bantuan yang diberikan pada kawan lamanya itu? Boleh jelaskan? Kini mengungkit jasa-jasa terhadap seorang kawan?

021_mahathir_award_global_peace

Rupanya beliau mengamalkan corak pentadbiran membantu kawan-kawan rapatnya? Bagaimana dengan mereka yang bukan kawan rapatnya? Apatah lagi mereka yang langsung beliau tidak kenali? Tidak ditolong? Tolong jugalah, tapi tolong begitu-begitu sajalah, kan?

Atau bekas Perdana Menteri itu mahu dilayan seperti mendiang Lee Kuan Yew? Mahu dilantik menjadi Menteri “Mentor” seperti bekas Perdana Menteri Singapura itu? Cemburu pula bila sahabatnya dilantik jadi penasihat Najib?

Sekiranya bekas Memanda Menteri itu dilantik jadi penasihat Perdana Menteri, apakah nasihat yang agaknya akan diberikan pada Najib? Suruh bina Jambatan Bengkok? Suruh naikkan anaknya sebagai Timbalan Perdana Menteri? Suruh ‘bela” Ananda Krishnan, Francis Yeoh dan semua rakan-rakan rapatnya? Suruh Najib letak jawatan?

Pada pandangan penulis, lebih baik Tun M kembali ke rumahnya di Titi Gajah. Kalau rumah tersebut dijadikan anaknya sebagai “istana hinggap”, beliau boleh tinggal di rumah kelahirannya di belakang kilang ais di Seberang Perak di bandaraya Alor Setar. Di situ dekat dengan masjid Zahir kalau tidak silap penulis. Boleh perbanyakkan ibadah di situ…

Di usia-usia emas begitu, banyakkanlah bertaubat dan beribadah kepada Allah. Dunia ini hanyalah sementara dan sewajarnya beliau yang kita hormati dengan jasa-jasanya itu mempersiapkan diri untuk ke akhirat yang kekal abadi.

Zaman ini zama Najib. Jika Allah izinkan, zaman anak Tun M pun akan menjelma suatu hari nanti. Janganlah disebabkan ego usia emas, sanggup memperjudi dan menggelapkan masa depan anak sendiri. Penulis lihat anaknya kini serba salah jadinya. Fikir-fikirkanlah…

Dari: MYKMU.NET

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik