Thursday, July 2, 2015

BAKAL LUPUSKAN PENGARUH ORANG MELAYU.....


0366Ramai bekas aktivis malahan bekas mereka-mereka yang pernah memegang jawatan penting didalam pakatan parti pembangkang pada masa kini mula membuka segala pekung didalam parti yang pernah mereka anuti dahulu. Malah ada yang sanggup mendedahkan segala rancangan strategi licik parti mereka yang cuba menguasai parti rakan komponen mereka.

Ada pun tujuan parti induk mereka ini tidak lain dan tidak bukan hanya sekadar mahu memecahkan undi orang Melayu/Islam. Pada hemat mereka dengan perpecahan ini akan memberi keuntungan kepada parti induk yang menguasai dan akhirnya akan memberi kuasa mutlak kepada parti yang berasaskan orang Cina itu. 

Malahan apa sahaja tindakan yang mereka ini lakukan adalah sekadar untuk mengaburi mata orang Melayu yang sangat-sangat taat kepada kepimpinan Melayu mereka, kononnya tindakan mereka itu adalah untuk memertabatkan pemimpin Melayu mereka walhal tindakan mereka itu hanya sekadar berselindung di sebalaik maksud sebenar yang mahu melembukan orang Melayu yang membuta tuli menyokong perjuangan puak ini.

Lihat sahaja didalam protes yang di anjurkan oleh kumpulan dengan pelbagai gelaran tetapi di wakili ramai orang Melayu didalam isu pembebasan ketua mereka yang sedang di penjara kerana salah laku moral, Ianya tidak mendapat sambutan dari kumpulan atau orang Cina yang kononnya adil didalam perjuangan.

Mereka tidak memberi sokongan kepada bekas ketua umum mereka kerana ketua umum mereka telah jelas kesalahannya yang di hukum oleh makamah, Ketua umum mereka di hukum melalui proses perundangan bukan melalui hukuman jalanan saperti mana yang mereka cuba lakukan selama ini untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalanan. 

Dalam masa yang sama mereka ini memberi sokongan kepada Presiden salah satu parti komponen yang kebetulan isteri kepada bekas ketua umum kononnya cuba membalas jasa bekas ketua umum mereka, tetapi di sebalik perkara yang tidak mereka sedari ialah Presiden parti ini bakal akan menjadi patung yang mudah di kawal, kerana lemah dan lembab. 

Bagi mencapai cita cita mereka untuk memecahbelahkan kelumpuk Melayu didalam kumpulan parti gabungan mereka mula meyusun strategi awal dengan menyerang Ketua Parti yang kononnya berasaskan agama, Keberanian untuk meperbodoh dan memperkotak katikkan pemimpin Melayu ini adalah hasil dari kejayaan mereka menawan negeri Pulau Pinang.

Pengaruh, kekayaan dan kekuatan mereka semakin menyerlah setelah berjaya menawan negeri tersebut, Kekuatan ini memberi banyak ruang dan peluang untuk mereka meluaskan kuasa dan pengaruh mereka. Sedikit demi sedikit mereka ini menghapuskan penguasaan pemimpin Melayu didalam gabungan mereka.

Kerja keras mereka kini telah pun menampakkan hasil apabila parti Melayu tunggal didalam kumpulan mereka berjaya di porak perandakan dan parti tersebut kini sudah pun berpecah kepada dua kumpulan, Terbaru pecahan dari parti berasakan agama tersebut telah pun menubuhkan sebuah parti baru dan akan mengikut telunjuk parti utama yang berasaskan kaum Cina tersebut.

Usaha mereka untuk memecah belahkan orang Melayu telah berjaya untuk tahap pertama. Cuma usaha mereka untuk memecahbelahkan parti berasakan Melayu masih lagi belum kesampaian walau usaha kearah itu semakin kuat dan giat sedang mereka lakukan.

Modus operandi mereka sama saperti mana yang mereka lakukan terhadap kumpulan parti berasaskan agama Islam tersebut. Mereka menghasut orang orang didalam parti Melayu terbesar ini ( di baca sebagai UMNO) mengunakan orang dari dalam parti itu sendiri tanpa mereka sedari, Tujuan mereka untuk melemahkan parti Melayu tersebut.

Kejayaan mereka memecah belahkan orang Melayu akan memberi kelebihan kepada parti kaum Cina ini untuk menguasai dan mengambil alih apa yang orang Melayu pernah kuasai sebelum ini.

Apabila plan memecah belahkan kelompok Melayu ini berjaya sepenuhnya maka hasrat parti berasakan kaum Cina ini sudah pasti akan mudah untuk menduduki Putrajaya, Soalan Perdana Menteri mesti dari orang Melayu sudah tidak menjadi masalah pada mereka, kerana mereka sudahpun menyediakan boneka yang sudah mereka asuh untuk patuh kepada arahan mereka saperti mana yang berlaku di Amerika dimana pihak Yahudi menguasai kesemua Presiden mereka.

Dari: OB21NET.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik