Sunday, July 26, 2015

DIANTARA HARAPAN BARU (HARU) DENGAN HARAPAN UMMAH (HARUM).

puppet 1


TIDAK ada apa-apa yang menghairankan tentang pengisytiharan “penuh gilang gemilang” tentang cadangan untuk menubuhkan satu parti politik Islam baru berteraskan “Islam yang sebenar-benarnya” oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu baru-baru ini. Ini memandangkan desas-desus tentang penubuhan parti politik baru sudah lama kedengaran di media alam maya.

Yang menariknya ialah bentuk dan wajah yang di”pakai”kan untuk mencirikan parti politik yang bakal dilahirkan setelah melalui proses persenyawaan dengan begitu ramai pasangan yang diragui status masing-masing. Tempat janin baru ini disenyawakan juga tidak dapat dikenalpasti. Yang jelas, ramai yang sedang menunggu tarikh kelahirannya.

Sosialis ada, Liberal ada, NGO yang progresif, inklusif dan bersifat rahmah pun ada, Syi’ah pun ada, Evangelis pun ada, Sekular pun ada, “demokratik” pun ada, pendek kata semuanya bersepakat untuk sama-sama menyambut kelahiran bayi sulung mereka, hasil dari persenyawaan di dalam Tabung Uji!

Saya bukan pakar Sakit Puan atau mahir dalam ilmu Gnome atau DNA, tapi dengan melihat kepada proses persenyawaan yang unik dan pelik ini, saya boleh menggambarkan (visualise) serba sedikit acuan macam manakah yang akan diadaptasi oleh janin yang bakal membesar sebagai bayi Syawal dan parti politik alaf baru.

Apabila mereka mendakwa parti politik tersebut bakal membawa ciri-ciri:

Mendukungi Islam yang syumul.
Pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat Islam yang sebenar-benarnya.
Rahmat untuk Semua.
Mendokong nilai-nilai demokratik (musyawwarah-rundingan).
Menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya.
Mengiktiraf kewujudan kemajmukan dan kepelbagaian (Politik Li Ta’arafu).
Memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir-urus pemerintahan.
Interaksi dengan semua pihak.
Menekankan pegangan akidah yang teguh.
Mendukungi keluasan syariat Islam dan Maqasid Syariah (Tujuan-Matlamat Syariat Islam).
Menawarkan “Rahmat dan Keadilan” yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara.

Maka apa yang terlintas di fikiran saya adalah parti politik yang:

Di "endorse” dan mesra DAP.
Menjadi anak emas media Liberal.
Selesa dengan Islam yang dicabut kejantanannya.
Kecenderungan “anti-establishment” yang ketara.
Toleransi sifar terhadap kritikan dan teguran.
Sangat terbuka dengan apa sahaja ideologi dan pegangan akidah.
Bermatlamatkan singgahsana Putrajaya.
Boleh berunding dengan pihak musuh.

(Ini tidak termasuk kesewenangan menggunapakai nama-nama para pemimpin dan pendahulu parti Islam yang telah meninggal dunia sebagai testimoni mulia terhadap bayi di dalam Tabung Uji tersebut).

Fenomena parti politik seumpama ini mengingatkan kita kepada senario parti-parti politik pembangkang yang boleh disaksikan di beberapa negara di rantau ASEAN seperti Filipina, Thailand dan juga Indonesia. Sesiapa yang tekun meneliti dan mengkaji pergolakan politik di negara-negara tersebut akan mendapati bahawa parti-parti politik dan calon-calon pembangkang lazimnya didanai oleh korporat-korporat Cina dan adakalanya mendapat sokongan dan dukungan daripada pemuka-pemuka serta gereja-gereja Kristian.

puppet 4

Mereka ada Puppet Master nya!

Bagi mereka yang tidak sabar menanti kelahiran bayi Tabung Uji selepas Hari Raya nanti, tidak perlu bimbang sebab nama bayi ini sudah ditentukan:

Harapan Baru (HARU)! [Walaupun jantinanya tidak dapat dipastikan hingga tarikh status ini ditulis].

Tapi bagi umat Islam yang ikhlas dan setia kepada perjuangan Islam serta bertekad untuk membina dan mempertahankan masa depan Islam dalam suasana Islam sedang terancam, perwira yang dinantikan memiliki nama tersendiri:

Harapan Ummah (HARUM)!
puppet 2

Inilah penawar sebenar kepada segala ketakutan dan kebimbangan!

Inilah ubat yang paling mujarab untuk melawan toksik beracun dari entiti yang HARU perjuangannya!

Justeru, tanggungjawab dan kewajipan umat sekarang ini adalah memastikan nasib dan masa depan negara, bangsa dan tanahair tidak jatuh ke tangan Puppet Master!

Rakyat dan umat Islam mempunyai kuasa sebenar untuk menghukum Puppet Master dan pepatung mainan ini dalam PRU akan datang!

Tanamlah tekad dan keazaman dari sekarang.

Gantikan kebimbangan kita menjadi sumber kekuatan!

Tukarkan ketakutan kita menjadi keberanian!

Gunakanlah kuasa undi di tangan anda!

Malukan mereka!

Muhammad Luttfi Abd Khalid

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik