Tuesday, July 14, 2015

KIT SIANG AJAK ORANG MELAYU/ISLAM MASUK DAP......

Selepas terputusnya kerjasama DAP dengan PAS, pemimpin seumur hidup parti itu, Lim Kit Siang mengajak orang Melayu-Islamuntuk menyertai perjuangannya.

“Ini masanya untuk merekrut lebih ramai Melayu selepas PAS menyokong untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

“Pintu DAP sentiasa terbuka kepada semua bangsa Melayu yang mendukung impian negara bersatu dengan progresif dan makmur,” katanya.

Namun begitu, Kit Siang memberi syarat, orang Melayu-Islam yang mahu menyertai parti itu mestilah berjiwa demokrat yang boleh menerima konsep yang diperjuangkan DAP, ‘Malaysian Malaysia‘ iaitu Malaysia untuk semua rakyat Malaysia atau kesamarataan kaum.

Gagasan konsep ‘Malaysian Malaysia’ itu kini dimanifestasikan sebagai ‘Impian Malaysia’

“Saya berharap untuk melihat lebih ramai orang Melayu berjuang bersama DAP berganding tangan dengan orang Cina, India, Iban dan Kadazandusun, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah, bagi mencapai cita-cita Malaysia.

“Cita-cita Malaysia adalah harapan di mana kita sama-sama boleh berbangga dengan pentadbiran baik yang mampu menjamin hak politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan kerakyatan yang adil, dan di mana kebebasan demokratik, kemajuan ekonomi, jaminan keselamatan peribadi, hak asasi dan penjagaan alam sekitar menjadi agenda utama kerajaan semasa,” ujar beliau di majlis berbuka puasa di Kampung Pendas Laut, Gelang Patah, pada malam Sabtu.

Walaupun DAP mempunyai 30 Ahli Parlimen dan 89 ADUN yang majoritinya kaum Cina dalam Pilihanraya Umum ke-13, namun Kit Siang menafikan parti itu hanya mementingkan kaum tertentu sahaja.

“Tetapi DAP bukan parti kaum India, dan DAP bukan parti kaum Cina. Sejak awal lagi sewaktu penubuhan DAP hampir 50 tahun lalu, DAP telah berikrar untuk menjadi parti rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh mahu memenuhi perjuangan semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah,” jelasnya.





No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik