Friday, August 21, 2015

AHLI UMNO PERLU KELUAR DARI KEJAHILAN....

Saya menerima satu pesanan WhatsApp yang kononnya dari ahli UMNO dengan mukadimah seperti berikut, “Tak payahlah nak tuduh orang yang kritik Najib sebagai menentang UMNO kerana sekarang ni Najib yang menjahanamkan UMNO, Najib yang sabotaj UMNO dengan membiarkan UMNO menjadi mangsa akibat cara Najib mengendalikan isu yang menjadi perhatian ramai, tak pasal-pasal masalah peribadi Najib dah diheret menjadi masalah UMNO hingga UMNO pula yang teruk menanggung beban yang bukannya beban UMNO pun.”

2. Membaca keseluruhan panjang lebar ulasan beliau saya hadir kepada dua kesimpulan. Pertamanya, inilah ahli UMNO yang masih dalam zaman jahiliyah, malas membaca, emosional dan kaki sakau projek. Kedua, penulis tersebut dari kumpulan “taksub dan taklid” pro-Tun Mahathir.

3. Masalah 1 Malaysia Development BErhad (1MDB) adalah masalah kerajaan bukan peribadi Mohd Najib. Ia masalah sebuah syarikat kerajaan yang harus menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Barisan Nasional. Jika ada yang menyatakan Kabinet tidak menyokong 1MDB, maka beliau harus meletak jawatan. Sehingga kini tidak ada seorang pun meletak jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, yang terpaksa digugurkan bukannya meletak jawatan atas prinsip.

4. 1MDB sama seperti permulaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Perwaja, Proton, TNB dan banyak lagi syarikat kerajaan. Jika ia rugi atau untung adalah tanggungjawab bersama kabinet dan parti pemerintah termasuk UMNO. Dalam konsep demokrasi seperti Malaysia, parti pemerintah tidak boleh mencuci tangan mengatakan kelemahan pentadbiran sebagai bukan tanggungjawab mereka.

5. Penulis tersebut turut merepek dengan menyatakan tidak masuk akal untuk ahli UMNO menjawab kesalahan yang dibuat oleh Presiden UMNO. Hakikatnya, Presiden UMNO tidak pernah meminta ahli UMNO menjawab bagi pihaknya. Beliau hanya meminta ahli UMNO menyampaikan dan mempertahankan jawapan yang telah beliau berikan. 

6. Ia tidaklah susah sangat kecuali anda ialah ahli UMNO yang mempunyai agenda menjatuhkan Prseiden parti secara taktik kotor dan jahat.

6. Bagi memainkan sentimen benci Mohd Najib, beliau juga mempertikai pelaburan 1MDB. “macam RM 15.4 bilion pelaburan 1MDB di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, pelaburan itu dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya, dalam bidang apa pun tak tahulah, tak diberitahu, di mana pelaburan itu dibuat pun tak diberitahu, bukannya ahli UMNO yang 3 juta orang ni yang buat pelaburan itu, bila rakyat tanya dalam bidang apa pelaburan itu dibuat dan di mana pelaburan itu dibuat, apa ahli UMNO nak jawab?”

7. Jika beliau ambil masa membaca dan mendengar penjelasan 1MDB tentu beliau tahu bahawa Brazen Sky itu anak syarikat 1MDB yang membuat pelaburan dalam Petrosaudi. Kalau penulis ini tidak membuang masa membuat cerita karut tetapi lebih mendengar penjelasan 1MDB tentu beliau tahu AABAR Invenstment tersebut ialah anak syarikat kerajaan Abu Dhabi. Jika dibuat sedikit carian tentu beliau tahu GIL Fund pula merupakan syarikat pelaburan hartanah.

8. Pernah anda bertanya begitu terperinci ke mana Permodalan Nasional Berhad (PNB) melaburkan wang untuk membayar dividen kepada pemegang unit tabung Amanah Saham Bumiputera, ASN dan lain? Pernah kita mempersolkan mengapa labur di sini bukan di sana, atau potfolio apa? Tidak! Sebab kita memberi amanah kepada PNB melabur bagi pihak kita dan membayar dividen. Demikian juga pelaburan-pelaburan 1MDB dalam syarikat “unit trust” di luar negara dengan syarat-syarat tertentu. Mana mungkin rakyat mahu terbabit dalam setiap keputusan yang hendak dibuat oleh sesebuah syarikat kerajaan.

9. Penulis tersebut juga membangkitkan isu IPP. Keputusan pengurusan 1MDB mengenai pembelian IPP tentulah keputusan perniagaan. Misalnya 1MDB dituduh beli IPP yang hendak tamat kontrak dengan harga mahal. Ikut logik jika tunggu habis kontrak IPP tersebut jadi murah. Ini masalah bila si bengong hendak menjadi pengurus. 

10. IPP tersebut akan tamat kontrak tapi jika ia menghentikan operasi apabila tamat kontrak, kawasan terbabit akan bergelap. Boleh TNB bina janakuasa dalam sekelip mata? Tidak boleh, apabila tidak boleh, kuasa rundingan bukan pada TNB lagi tetapi pada IPP. Ada jaminan kroni-kroni Tun Mahathir ini tidak minta harga lebih tinggi? Untuk rekod, IPP bukanlah semacam lori janakuasa yang boleh dipindah-pindah sesuka hati.

11. Si bangang ini (maaf kerana berkasar) juga mempersoalkan mengenai kegagalan Edra Energy, anak syarikat 1MDB melaksanakan projek membina dan membekalkan tenaga elektrik kepada TNB melalui Jimah Timur 3B. Edra dan Mitsui Jepun mengadakan JV memenangi tender, tidak mampu meneruskan kerana kekurangan dana. Dana sepatutnya diperolehi melalui IPO. Tetapi kerana ramai bangang dalam UMNO menyerang 1MDB, maka IPO terpaksa dibatalkan untuk elak kegagalan.

12. TNB selamatkan Edra? Apa kebodoh pernyataan tersebut. Sebaliknya TNB lagi untung mendapat projek ini. TNB sebenarnya telah kalah dalam bida sebelum ini. Apabila 1MDB setuju serahkan kepada anak syarikat TNB mereka telah berjaya mendapat penilaian semula dengan harga tarif lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh 1MDB sebelum ini. TNB untunglah bodoh bukan rugi!

13. Penghasut ini juga bertanya soal derma RM 2.6 bilion. Sudah dijawab oleh Presiden UMNO bahawa derma tersebut untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional. Penderma bersetuju menderma dan mahu masukkan dalam akaun khas dengan nama Mohd Najib Abdul Razak. Jadi prinsip akaun mana menyatakan derma tersebut perlu dilaporkan dalam akaun parti? 

12. Pernah pemimpin UMNO di bawah bertanya dari mana datang wang buat poster, beli iklan, cetak risalah, bantu baiki surau, masjid, bantuan langsung anak yatim, pelajar universiti, pelajar sekolah dan bantuan makanan kepada oarng miskin. Ini belum kira elaun pasang poster, pasang bendera, konvoi bermotor, peruntukan bilik gerakan, Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, ketua wanita dan ketua puteri Bahagian dan cawangan?

13. Saya merasa kasihan kepada penghasut tersebut. Beliau bukan sahaja sedang merosakkan UMNO malah menanggung dosa fitnah dan mengadu-domba masyarakat hanya untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu politik ketuanya. 

14. Ahli UMNO perlu keluar dari kepompong kejumudan dan kejahilan jika mahu kekal menjadi parti pemerintah. Mereka perlu menjadi ahli yang berilmu bukan burung kakaktua yang mengulang-ulang kata-kata musuh sehingga menjadi satu kebenaran. 

15.Perintah pertama Allah kepada Muhammad ialah Iqra’ “Bacalah! Bacalah! Bacalah! Wahai Muhammad”. Allah tidak menyuruh sebar fitnah, main wahtsapp, mengumpat dan menagdu-domba..

Dari: Amin Yatim, PJ.

1 comment:

  1. boooo ramai2 buat ayat kencing lepa tu semua blog umno bangang ni copy paste.. teloq takder macam leader ko jgk... dasar lembu... ni mesti tak approve komen ni... janji ko baca lepas tu rasa sentap......hahaha lembu nfc aka lembu najib

    ReplyDelete

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik