Friday, August 28, 2015

ANTARA PAP DAN DAP. MELAYU WAJAR TAHU.

Beberapa siri 'Dalil-Dalil Kenapa Parti DAP Wajib di Tolak' akan dikeluarkan kemudian, namun sebagai permulaannya, diperkenalkan dahulu di sini sejarah penubuhan Parti cauvinis ini, bermula dengan sejarah PAP dan diikuti oleh sejarah DAP. Ini kerana ramai rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam Melayu masih belum jelas akan perjuangan dan matlamat sebenar kedua Parti tersebut. Termasuklah maklumat-maklumat mengenai peminggiran Melayu di Singapura jika berkesempatan.

Menyingkap sejarah PAP (People’s Action Party) atau dalam Bahasa Melayu – Parti Tindakan Rakyat Singapura ditubuhkan seawal tahun 1954 lagi yang dipelopori setiausaha utamanya pada masa itu , Lee Kuan Yew. Siapa yang tidak kenal dengan Lee Kuan Yew, pemimpin yang terkenal dengan sikap suka bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap ketidakpuasan hati kepada bangsa Malaysia (Melayu) dan (Islam) sama ada Singapura masih bersama Malaysia pada ketika itu atau sesudah terkeluar dari kesatuan Malaysia.

Biar penulis menceritakan detik sejarah yang benar dimana saat – “Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. Ini kebenaranya, modus operandi PAP hanya mahu berkuasa, setelah menawan hati Melayu dan Islam, akhirnya keturunan melayu dibersihkan di Singapura. Jahatnya Lee Kuan Yew pada masa itu.

Penulis mencari persamaan pula dengan Parti DAP di Malaysia, yang seratus peratus sama strateginya dalam berkuasa iaitu jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu. Akhirnya disambut oleh PAS yang percaya pendekatan DAP nampak Islamik yang pada hakikatnya bernist menghancurkan umat Melayu dan Islam di Malaysia.

Serius BAHAYA!!! “Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan (Kalimah Allah) pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,”

Persoalan!! yang harus kita semua fikirkan baik Melayu, Cina dan India juga kaum–kaum lain di Malaysia, apakah kesamaan antara DAP-PAP satu kebetulan??? Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair (MP Bangsar pada waktu itu) cuba menghidupkan semula PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia. Nah!!!! adakah ini kebetulan???

DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malamnya. Kenapa 5 ekor, kenapa tidak 4 atau 6? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan kententeraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP-PAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930. Satu lagi ruang minda anda terbuka!!!

Satu perkara utama yang perlu kita tahu tentang LOGO parti DAP-PAP teryata ada kesamaan, buat perbandingan mengikut resipi sendiri, lihat perbezaan dan kesamaan logo parti DAP-PAP ini :

Keduanya ada hubungkait dengan zionis?

-Warna merah membawa ideologi komunisma yang sama-

-Diawal kemunculan PAP-MELAYU|ISLAM fokus utama-

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, kita harus tanam didalam hati akan perkara ini - Serius BAHAYA !!! jika DAP dibiarkan, ia akan meracuni pemikiran orang Melayu dan Islam. Tolak mereka sebelum kita ditolak dan diusir bagai sampah.

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura, telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama. 


Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan. 

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia. 

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan. Dr Chen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.  
                                                                            
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Melayu harus sedar akan matlamat sebenar mereka ini.... DAP ingin menghapuskan hak melayu dan ISLAM!

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik