Saturday, August 8, 2015

ANTARA SEBAB DAN PUNCA GAGALNYA DASAR2 KERAJAAN.

Baru-baru ini tersebar di media sosial nama dua orang penyokong pembangkang yang dikatakan merupakan penjawat awam dan seorang lagi merupakan pegawai komunikasi di Khazanah.

Penjawat awam tersebut adalah seorang guru di Pulau Pinang dan seorang lagi adalah Pembantu Naib Presiden Khazanah.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini adalah sejauh mana keyakinan kerajaan Malaysia yang membayar gaji bahawa mereka mampu melaksanakan tugas seperti mana dikehendaki oleh sebuah kerajaan secara bersungguh-sungguh dah berkesan.

Kedua: sejauh mana keyakinan kerajaan yang menggaji bahawa mereka tidak akan bersikap khianat dan mensabotaj kerajaan yang memerintah, baik dari aspek kerahsiaan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

Saya berasa amat pelik bagaimanakah seorang penyokong pembangkang boleh dilantik untuk melaksana dasar-dasar kerajaan dan menjelaskan dasar-dasar kerajaan yang memerintah dengan berkesan?

Berdasarkan pemerhatian saya, seorang penjawat awam yang menjadi penyokong pembangkang tidak mungkin dapat melaksanakan dasar kerajaan dengan cemerlang dan berkesan kerana:

1. Mereka tidak yakin sepenuhnya dan tidak menyokong dasar-dasar  kerajaan, dan atas sebab itu mereka tidak mungkin akan mempunyai sense of ownership terhadap pelaksanaan dasar-dasar ini.

2. Mereka tidak akan melaksanakan dasar-dasar kerajaan secara bersungguh-sungguh supaya kerajaan akan dilihat gagal

3. Mereka tidak mungkin dapat menjelaskan dasar-dasar kerajaan dengan baik kepada subordinat mereka dan rakyat

4. Mereka akan menyerang dasar-dasar kerajaan dalam tindakan dan kata-kata mereka.

5. Terdapat kemungkinan bahawa mereka akan mensabotaj kerajaan dengan membocorkan rahsia-rahsia kerajaan dan mensabotaj pelaksanaan dasar-dasar kerajaan sehingga menyebabkan dasar-dasar tertentu gagal

Atas sebab-sebab ini, adalah dicadangkan KSN dan JPA perlu membersihkan segera penyokong pembangkang daripada kementerian dan agensi kerajaan kerana mereka berkemungkinan besar menjadi punca kegagalan banyak dasar-dasar kerajaan.

Apakah yang akan dilakukan oleh majikan sebuah syarikat swasta atau badan korporat jika pekerja mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 5 perkara di atas?

Adakah sebuah organisasi akan terus menggaji individu yang tidak yakin dengan dasar organisasi dan tidak mempunyai kesetiaan kepada organisasi tersebut?

Adakah majikan akan menyimpan lagi orang seperti ini atau membuang mereka sebelum mereka memudaratkan syarikat?

Seorang penjawat awam yang menyokong pembangkang wajar meletakkan jawatan kerana jika mereka melakukan salah satu atau lebih daripada 5 perkara di atas, mereka sudah dianggap tidak dapat memenuhi 'expectation' pihak yang menggaji mereka, iaitu kerajaan Malaysia.

Adakah gaji mereka juga masih HALAL jika mereka melakukan salah satu daripada 5 perkara tersebut?

Perkara yang sama juga wajar terpakai kepada sebarang lantikan di dalam Badan-badan Berkanun, Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat yang dimiliki kerajaan. Pihak yang tidak mempunyai kesetiaan kepada organisasi yang menggaji mereka tidak wajar dikekalkan dalam organisasi tersebut.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik