Thursday, August 27, 2015

BERSIH 4.0 : PERARAKAN KOMUNIS VERSI BARU.

Parti Komunis Malaya (PKM) mungkin telah berkubur, namun ideologi komunisme tidak pernah berkubur.

“Parti Komunis Malaya mungkin telah terkubur….tapi ideologi dan gerakan mereka tetap diteruskan oleh anak cucu mereka. 

“Kali ini bukan lagi di bawah tanah…tapi di atas jalan dan atas talian!!.

Apabila PKM dibubarkan pada tahun 1989, ahli-ahli meletakkan senjata dan menanggalkan pakaian tentera kominisnya, serta bergerak bebas dengan pakaian biasa rakyat Malaysia. 

Sebahagian besarnya ahli-ahli PKM itu telah menyerap masuk ke dalam DAP.

Seorang berketurunan Cina, Jason Chin ketika menulis di Malaysia-Today mendedahkan perkara ini.

Dari tahun 1952-1969 pembangkang terkuat di Malaya adalah Parti Buruh yang dipengaruhi oleh komunis. Pada Pilihanraya Umum 1969, parti Buruh memboikot pilihanraya dan telah meninggalkan barisan pembangkang terdiri daripada DAP, Gerakan, PPP dan PMIP/PAS.

“Dalam tempoh berkempen, Parti Buruh memberi sokongan di belakang DAP. Ini dengan sendirinya akan memberitahu anda berkaitan intipati DAP. DAP mempunyai ideologi komunis di dalam DNA parti mereka.

“Dalam laporan Majlis Gerakan Negara (NOC) berkaitan pasca tragedi berdarah 13 Mei 1969, jelas menyebut bahawa pada 11 Mei 1969, DAP menganjurkan pelbagai perarakan tanpa permit polis.

“Mereka yang hadir telah mencetuskan sentimen perkauman yang keras. Perhimpunan haram itu dikatakan menjadi punca rusuhan 13 Mei.

“Walaupun Lim Kit Siang terus mengatakan bahawa dia tidak berada di dalam negara ini semasa tarikh tersebut, namun dia tidak mengkritik tindakan DAP melalui perhimpunan yang menakutkan itu telah membawa kepada pertumpahan darah 13 Mei.

“Terdapat gambar (di internet) menunjukkan Setiausaha Agung DAP Goh Hock Guan memegang bendera Roket (bendera DAP) dan berarak di jalan-jalan di Kuala Lumpur sebelum rusuhan.

“Generasi yang lebih tua yang masih hidup ketika rusuhan tahu bagaimana DAP menyebarkan kebencian di kalangan rakyat yang akhirnya membawa kepada hari yang paling gelap dalam sejarah Malaysia,” dedahnya.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan juga turut melahirkan kerisauan dengan pendirian terkini DAP yang secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH 4.0.

“WAH ! DAP telah merampas acara BERSIH. Sejak bila BERSIH terlibat secara langsung dalam politik dan menjadi platform politik DAP.

“Pada akhirnya, ia akan menyemai kebencian di antara Cina dan Melayu menjadi semakin teruk.

“Nasihat saya kepada Lim Kit Siang jangan bermain dengan api. Sesuatu terjadi pada masa akan datang, anda dan DAP bertanggungjawab terhadapnya,”katanya.

Ia merujuk kepada tindakan DAP diketuai Lim Kit Siang yang mengadakan sidang media menyokong padu perhimpunan BERSIH 4.0 yang dianggapnya sebagai pesta demokrasi di Malaysia.

Dari: AIDCNews.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik