Saturday, August 29, 2015

BERSIH 4.0 ULANGI EPISOD PERARAKAN DAP SEBELUM 16.5.1969.

My Nation News – Portal dalam talian, The MalayMail Online, malam tadi melaporkan hasil kajian bahawa sokongan daripada etnik Cina sebanyak 81 peratus terhadap perhimpunan haram Bersih 4 berbanding 70 peratus kaum Melayu yang membantah penganjuran himpunan tidak berfaedah itu.

Malah, lebih separuh daripada jumlah yang membantah turut bimbang akan keganasan dan huru-hara yang bakal tercetus daripada perhimpunan haram itu, diselangi reaksi sinis akan objektif sebenar Bersih 2.0.

Jika kita lihat kepada corak sokongan itu dengan didukung parti pembangkang DAP, Bersih bukanlah bersifat keamanan apatah lagi, Bersih dibiayai pertubuhan Yahudi yang turut mencorak huru-hara di beberapa negara di dunia sehingga kejatuhan kerajaan dan mengakibatkan rakyatnya menderita sehingga kini.

Ramai masih enggan percaya motif sebenar penganjur Bersih iaitu mencetus kucar-kacir di negara kita, biarpun berkali-kali diberitahu, berkali-kali disebutkan siapakah dalang disebalik penganjuran perhimpunan haram ini.

Sebuah buku bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei” yang diterbitkan oleh Penerbitan Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, cetakan tahun 1969 perlu dibaca.

Buku ini ditulis oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Jika dilihat tindak-tanduk DAP bersama konco-konconya termasuk penganjur Bersih, ia menggunakan pendekatan yang hampir sama sebelum tercetusnya insiden hitam 13 Mei 1969.

Tunku Abdul Rahman menulis, faktor-faktor dan rentetan peristiwa yang membawa kepada insiden hitam 13 Mei itu, antaranya ucapan parti pembangkang yang menyemarakkan perbuatan tidak bertanggungjawab.

Beliau dengan dengan jelas menyatakan bahawa terdapat banyak peristiwa yang berlaku yang mana pada akhirnya menimbulkan huru-hara pada 13 Mei, 1969.

Menurut beliau, kesemua pilihanraya-pilihanraya yang telah dijalankan sebelumnya iaitu sejak kemerdekaan telah dapat dilaksanakan dengan baik, hatta Pilihanraya Umum 1969.

PRU 1969 jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei, 1969 di Malaysia Barat berjalan dengan licin lagi lancar sebagaimana PRU sebelumnya.

Namun, semasa PRU 1969, kempen pilihanraya telah dijalankan dengan begitu buruk dengan perbuatan-perbuatan liar yang dilakukan dan ucapan-ucapan yang tidak bertanggung jawab daripada pihak pembangkang.

Menjelang perhimpunan haram ini, pihak pembangkang serta penganjur Bersih berterusan melakukan perkara yang sama melalui media sosial dan portal pro pembangkang yang menjulang satu tujuan – negara kita terjerumus ke kancah huru-hara dan mengakibatkan rakyat menderita.

Sebagaimana pernah disebut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah misi negara asing menggunakan pendekatan berbeza dalam menjajah negara lain iaitu menyalurkan dana kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih lantas apabila negara huru-hara, mudah untuk pengaruh asing menyusup masuk.

“Sekarang ini pun sudah masuk, secara tidak langsung untuk jatuhkan kerajaan. Mereka hendak satu kerajaan yang tunduk pada diaorang (negara asing). Sekarang dia bagi duit kepada NGO. Kalau tidak jatuh, mereka beri senjata. Lepas itu hasut semua orang (bagi mencetuskan huru-hara),” kata Dr Mahathir pada 2012.

Tunku Abdul Rahman melalui bukunya turut menyebut, berlakunya hartal (pemogokan umum) di Pulau Pinang yang didalangi anasir komunis yang bergerak secara terangan mahupun sulit dalam merosakkan kepentingan negara.

“Dalam peristiwa di Pulau Pinang pada tahun 1967 ini, anggota-anggota China dalam Gerakan Belia Mao Tse-Tung telah mengambil kesempatan atas langkah kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia sebagai alasan untuk melancarkan hartal.

“Lanjutan daripada hartal ini, pertempuran-pertempuran telah tercetus di mana orang-orang Melayu dan penyokong-penyokong setia kerajaan telah diserang. Beberapa orang terperangkap dalam kejadian yang berlaku juga telah terbunuh dan cedera.

“Perkara ini hanya dapat diredakan apabila pasukan-pasukan keselamatan berjaya mengembalikan ketenteraman dan mengenakan perintah berkurung, serta menangkap orang-orang yang disyaki,” katanya.

Menurut Tunku Abdul Rahman, komunis bertujuan melancarkan hartal ke seluruh negara. Namun, rancangan mereka gagal kerana penduduk-penduduk di tempat lain tidak mengindahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan seperti biasa.

Tuntutan Bersih 4 tidak ubah seperti diungkapkan Tunku Abdul Rahman akan Parti Buruh yang terdiri daripada golongan sosialis yang menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama dengan golongan komunis iaitu cubaan mengambil kesempatan melalui keadaan huru-hara.

Pada Jun 1968, 11 kaum Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) akan dihukum gantung kerana membantu pihak Indonesia yang diketuai Presiden Sukarno bagi melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’ dalam usaha mereka menyerang selatan tanahair, Johor.

Dua anggota berbangsa Melayu turut menerima hukuman sama di Perak.

Menjelang tarikh perlaksanaan hukuman gantung, berlaku tunjuk perasaan di luar Penjara Pudu di sepanjang jalan menuju ke penjara itu dengan peserta membaling batu ke arah kenderaan yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas.

Tunku Abdul Rahman menyifatkan peserta tunjuk perasaan ketika itu sebagai ‘belia-belia komunis.’

Jika diteliti pada tuntutan Bersih 4 itu sendiri, ia sarat dengan hipokrasi.

1. Mahukan Pilihanraya Bersih – DAP sendiri menjalankan pilihanraya sebanyak dua kali selepas yang pertama didapati berlaku penipuan. Lim Kit Siang mendapat tempat kedua tetapi masih menjadi Ketua DAP. Anaknya pula, Lim Guan Eng mendapat tempat kelima dalam pilihanraya parti tetapi masih menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Anwar Ibrahim pula tidak pernah bertanding dalam pemilihan parti tetapi terus menjadi Ketua Umum PKR. Apakah dimaksudkan pilihanraya bersih itu perlu pada orang lain dan bukan pada mereka sendiri?

2. Kerajaan Bersih – satu tuntutan yang bohong. Baru-baru ini, sudah disahkan di mahkamah, segala ‘dosa-dosa’ Tan Sri Khalid Ibrahim yang diceritakan melalui ‘Langkah Kajang’ ciptaan Rafizi Ramli adalah pembohongan besar parti pembangkang sehingga Khalid kehilangan jawatan.

3. Hak untuk menentang – ini lebih kepada berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Apabila penyokong PKR mahu membuat protes di depan pejabat PKR, Anwar Ibrahim mengugut akan memecat ahli yang berbuat demikian. Manakala yang enggan tunduk kepada pemimpin DAP akan dipecat.

4. Selamatkan ekonomi negara – bukankah disebut berkali-kali penguncupan ekonomi bukan sahaja berlaku kepada Malaysia?

Maka, dengan tindak-tanduk parti pembangkang itu sendiri yang tidak melaksanakan apa yang dikata pada diri mereka dan parti mereka, apakah tujuan sebenar-sebenar disebalik perhimpunan haram ini?

Dan tidakkah kita bimbang apabila sebuah organisasi dibelakangi parti pembangkang – Merdeka Center sendiri sudah mendedahkan penglibatan etnik Cina lebih tinggi pada perhimpunan haram kali ini? Apakah yang tersirat? Apakah kemuncaknya nanti?

Mengapa Angkatan Tentera sendiri sudah bersiap sedia jika darurat diisytiharkan? Apakah maklumat yang sudah diterima mereka?

Dari: AIDCNews.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik