Thursday, August 27, 2015

CINA DAP ULTRA KIASU SEPERTI BELANDA MINTA TANAH.

merdeka-bendera

SEHATI SEJIWA adalah tema yang diangkat oleh Kerajaan Persekutuan bagi sambutan Hari Kebangsaan Ke-58 tahun ini.

Namun, tema itu tidak diperakui oleh parti rasis dan cauvinis DAP yang memerintah Pulau Pinang yang menetapkan tema sendiri iaitu ‘Bersih’ – Perkataan sama digunakan oleh satu puak lain yang gemar menunjukkan perjuangan sendiri dengan melakukan demonstrasi jalanan.

Selepas, menerima kritikan daripada orang ramai, parti keras kepala dan mahu menunjukkan kuasa mereka kemudian menukarnya kepada ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ – motto yang digunakan oleh Polis Diraja Malaysia.

Saya tidak mahu memperkatakan motif tema itu digunakan di peringkat Pulau Pinang, kerana rata-rata semua pihak sudah mengetahui bahawa ia adalah satu langkah ‘mencabar’ hubungan dengan Kerajaan Pusat yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

Lagipun, jika mengikut sejarah, apa sangatlah ‘semangat’ ahli dan penyokong parti berasaskan kaum Cina ini dalam mengisi kemerdekaan negara. Di manakah mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan, berperang menentang Jepun dan menuntut Tanah Melayu dimerdekakan daripada British.

Selepas semuanya aman, negara menjadi makmur, ekonomi berkembang, Cina DAP yang dikatakan bangang oleh RPK mula menunjukkan taring.

Tidak mahu berkongsi kek ekonomi dengan bangsa Melayu dan Bumiputera. Ini jelas dilihat apabila cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk mewujudkan pusat jualan alat telekomunikasi dan gajet teknologi ala-Plaza Low Yat, khusus untuk peniaga Melayu dan Bumiputera, mendapat tentangan puak mereka.

Dalam hal merebut kekayaan negara, Cina DAP dan ultra kiasu dalam MCA bersatu menentang rancangan itu dengan memberi alasan bahawa projek berkenaan adalah rasis dan boleh mewujudkan pemisahan kaum.

Sepatutnya, mereka mesti bersyukur kerana dibawa ke Malaya dan Persekutuan Tanah Melayu sebelum beranak-pinak menjadikan mereka rakyat dan warga Malaysia.

Namun, selepas menguasai ekonomi dan enggan sama berkongsi dengan orang Melayu dan Bumiputera, mereka kini mahu menguasai politik negara. Selepas menguasai negeri, mereka kini mula menunjukkan wajah sebenar.

Tidak bolehkan Cina DAP dan ultra kiasu ini bersyukur kerana ‘dibenarkan’ beranak-pinak, bercucu cicit di Malaysia?

Atau anda adalah bangsa yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih? Janganlah menjadi bangsa yang dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah pula.

Jadi, bersyukurlah anda semua kerana dapat hidup aman harmoni, dibenar melaksanakan kepercayaan agama masing-masing di samping bangsa pribumi – Melayu – yang di dalam Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam adalah agama Persekutuan dan boleh disebarkan kepada penganut agama lain, manakala penganut agama boleh mengamalkan kepercayaan masing-masing, tetapi tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.

Bersyukurlah kerana anda berada di Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan setiap 31 Ogos.

Cuba anda bayangkan jika anda berada di negara lain yang anda akan menjadi puak minoriti. Bayangkan anda mencampuri urusan agama di negara-negara itu, saya yakin anda tidak akan hidup lama.

Cuba bayangkan jika Malaysia ini menjadi seperti Iraq atau Syria, anda pasti sudah lama disembelih.

Dan bayangkan betapa orang Melayu di Malaysia ini masih boleh bersabar, tidak mengangkat senjata, biarpun anda mencampuri urusan agama Islam dan bermacam-macam lagi usaha memperlekehkan bangsa Melayu dan menghalang Melayu maju dalam bidang ekonomi.

Cuba bayangkan, fikir dan bersyukurlah kerana anda sedang beranak bercucu bercicit di bumi bertuah yang bernama Malaysia dulunya dikenali sebagai Persekutuan TANAH MELAYU.

P/S: Janganlah jadi kaum yang diberi betis hendak peha, seperti Belanda minta tanah, diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa. Tidak pernah puas, malah nak pijak pula kepala orang lain.

By: Razali Zakaria.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik