Saturday, August 8, 2015

DENDAM LOWYATT.

Lowyatt terus lengang, katanya. Kalau dulu nak berjalan pun susah, sekarang nak berlari berguling pun boleh.

Jika benar pengunjung tidak lagi penuh sesak, maka yang sesak sekarang ialah para peniaga di situ.

Area Bukit Bintang bukan calang-calang nilai hartanahnya. Semua perniagaan ada di situ. Ada yang halal dan ada yang haram di sisi Islam. Di sisi negara, entah lah.

Katanya, selain pihak berkuasa, pihak gengster pun turut menjadi penjaga. Abang kawasan.

Jika benar Lowyatt lengang maka poket dan laci pengusaha di situ pun lengang lah. Bahananya bukan sedikit. Sewa perlu dibayar, pekerja perlu digaji. Selain itu ansuran kereta, rumah, perbelanjaan harian perlu disara. 

Ia bukanlah sesuatu yang mudah dihadapi apatah lagi bagi golongan yang tidak beriman.

Justeru kita perlu lebih berhati-hati dengan tindak balas mereka. Barangkali ia tidak dilakukan secara keras atau terbuka. Kaum yang terkenal licik itu pasti tidak akan membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja. Pasti mereka akan bertindak balas dengan strategi tertentu yang mungkin kita tidak sedar.

Aku rasa dalam keadaan kita saling kutuk mengutuk sesama sendiri, kerja mereka akan jadi lebih mudah. Mungkin juga mereka tidak kesah sangat tentang Lowyat sebaliknya Putrajaya lebih mengiurkan.

Malangnya ramai kalangan kita masih percaya bahawa untuk menang kita perlu mengalahkan orang lain, padahal yang dianggap musuh itu saudara sendiri.

Dari: Waadat.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik