Friday, August 7, 2015

KESELAMATAN DAN KEDAULATAN NEGARA: MAMPUKAH MELAYU MEMPERTAHANKANNYA.

4E3DB25B72DAF7356E3BAC24B6226

Musuh kita yang sebenarnya bukan didalam hutan atau belantara , tetapi musuh kita sekarang berada di persekitarn kita dalam kepelbagaian bentuk, Kebijaksanaan kita untuk mengenal siapakah musuh kita-

Itu lah yang kita perjuangkan sekarang,bagi memastikan Melayu tetap mendominasi pemerintahan Negara selagi nyawa dikandung badan.

Pengaruh ideologi dan taktikal serangan politik masakini telah menyebabkan banyak Melayu sudah “buta” dalam mengenal erti perjuangan yang sebenarnya.Mereka ini cukup mudah diserapi dengan pelbagai isu tanpa mengkaji arah perjuangan melalui fahaman ideologi  kump[ulan yang disokong.

Sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan, bukan kecil jumlah anggota pasukan keselamatan seperti tentera dan polis yang terkorban. Kalau tidak terkorban pun mereka cedera parah dan menanggung sengsara seumur hidup.

Tetapi mereka yang berjuang demi negara tidak pernah kesal dan menerima suratan takdir dengan reda.Bagi mereka yang berjuang untuk negara, harga kemerdekaan itu terlalu mahal dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan harta benda.

Teringat kata kata penjuang yang terdahulu “Jagalah merdeka ini. Ini harta kita yang sangat mahal. Bukan mudah untuk kita mendapat kemerdekaan, banyak yang mati, cacat seumur hidup dan macam-macam lagi”.

Tetapi apa yang amat meyedihkan kita ialah dimasa sekarang , ahli politik yang berkepentingan tidsak pernah menghargai  peristiwa yang berlaku tersebut. Malahn mereka sanggup mengaku bahawa nyawa yang dicagarkan untuk mengecap kemerdekaan ini hanyalah satu sendiwara dan komunisme adalah pejuang bagi mereka.

Oleh yang demikian bagi mereka yang meyedari hal ini, Tanggungjawab kita sama. Tetapi orang sekarang banyak yang sudah tak kisah. Mereka lebih suka mendekatkan diri dengan hiburan semata- mata.

Ini yang menyebabkan mereka tidak nampak tanggungjawab sebenar. Orang dulu, mereka nampak apa yang berlaku kepada tanah air. Komunis bermaharajalela. Pengaruh luar kurang. Yang ada dalam kepala kita cuma mahu menyelamatkan negara daripada musuh. Bila ini ada dalam fikiran, kita akan berusaha menentang musuh-musuh kita dengan apa cara sekalipun, sehingga habis-habisan.

Kita patut bersyukur kepada Allah dan saya berharap keamanan yang dinikmati ini akan dijaga berterusan. Kita tak boleh leka. Percayalah bila kita aman, orang luar banyak yang sakit hati.

Kalau kita sedar cabaran yang kita hadapi sekarang ini sebenarnya lebih besar lagi. Sebab kita tidak nampak siapa musuh kita. Dulu senang, jumpa komunis, kita boleh terus bunuh, bila darurat diisytiharkan, shoot to kill sahaja.

Sekarang, kena bijak mengenal siapa musuh kita. Musuh kita pula bukan komunis lagi tetapi dalam macam-macam bentuk. Kalau kita leka, kita yang akan rugi. Usaha dan pengorbanan orang dulu akan jadi sia-sia. Sedar- sedar kita dijajah semula.

Keselamatan Dan Kedaulatan Negara

KESELAMATAN, KEKUATAN dan PERPADUAN adalah matlamat utama orang Melayu mewujudkan UMNO sebagai wadah perjuangan untuk memerdekakan tanah air mulai tahun 1946.

Orang Melayu berkehendak supaya tanah air dan bangsanya terselamat dan kuat, dan hanyalah boleh kuat jika kita bersatu padu (Datuk Onn Jaffar, 1 Mac 1946).

Ini bermakna UMNO wujud untuk menjamin pelbagai aspek keselamatan iaitu keselamatan negara, keselamatan insan, keselamatan ekonomi, keselamatan politik dan lain-lainnya.

Lantas UMNO pun memilih untuk memerdekakan negara menerusi ‘Jalan Perlembagaan’, musyawarah dan perkongsian kuasa antara orang Melayu, Cina, India dan lain-lainnya.

Inilah sebabnya Perikatan (kini Barisan Nasional) berpaksikan konsep interdependensi demokratik-komunalisme untuk:-

“Mewujudkan perdamaian nasional dan perasaan berbaik-baik di antara bangsa-bangsa untuk keselamatan negara” (Tunku Abdul Rahman Putra, 30 Jun 1957).

UMNO juga mendukung konsep ini sebab orang Melayu telah bersumpah tidak mahu menumpahkan walau setitik darah pun ke bumi bagi mencapai kemerdekaan negara (ibid).

Konsep ini juga diperjuangkan kerana kedudukan UMNO sangat berlainan dari parti-parti lain.

“UMNO sungguhpun Parti Melayu yang terbesar, tetapi mempunyai kewajipan dan tanggungjawab bukan sahaja kepada bangsa Melayu bahkan kepada semua bangsa”.
(Tunku Abdul Rahman Putra, 28 Mac 1957).

Maka, inilah juga buktinya bahawa Perikatan dan Barisan Nasional adalah pakatan kesetiakawanan siasah yang unik, tidak boleh diciplak dan sukar untuk dihayati oleh pihak yang enggan berpijak kepada realiti Malaysia.

Apa yang dicita-citakan oleh Almarhum Datuk Onn dan Almarhum Tunku Abdul Rahman iaitu menggunakan politik untuk menjamin keselamatan adalah selaras dengan kajian para penganalisis keselamatan sejak dulu sampai sekarang.

Oleh sebab itulah Morgenthau (2006:561) menegaskan keselamatan mesti didefinisikan sebagai integriti kepada wilayah negara dan institusi-institusinya.

Sity & Zarina (2005:188) menyatakan keselamatan nasional bermaksud menjaga pertahanan sempadan daripada ancaman ketenteraan musuh supaya ia wujud sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Trager & Simonie (1973:36) pula mendefinisikan keselamatan sebagai dasar kerajaan untuk mewujudkan keadaan siasah nasional dan internasional yang melindungi kepentingan utama negara daripada ancaman musuh.

Ini semua disebabkan objek rujukan kepada sesuatu ancaman keselamatan, secara tradisinya, adalah negara, walaupun objek rujukannya yang tersembunyi adalah nation (Buzan et al. 1998:36).

Hakikatnya demikian kerana survival kepada sesebuah negara adalah mengenai kedaulatannya, sementara survival kepada sesebuah nation adalah identitinya (ibid).

Realitinya juga begitu kerana kedaulatan melegitimasikan kewujudan sesebuah negara, memperincikan monopolinya terhadap kegunaan kekerasan terhadap musuh, dan menjelaskan haknya menentukan undang-undang, peraturan, tatacara, dan dasar-dasar

(Held & McGrew 1993:265). Waltz (1969:96) pula menyatakan, kedaulatan membolehkan sesebuah negara memperolehi kuasa mutlak untuk menentukan tindakan yang wajar bagi menangani masalah domestik dan luaran.

Lantaran itulah Almarhum Tunku Abdul Rahman menjadikan Malaysia sebuah negara yang berkecuali bagi menjamin kedaulatannya dan supaya bebas daripada manipulasi serta dominasi kuasa asing.

Oleh sebab itulah Almarhum Tun Abdul Razak Hussein mengasaskan konsep ZOPFAN untuk membebaskan Asia Tenggara daripada menjadi kancah kuasa-kuasa besar, dan mengilhamkan Rukunegara bagi menjamin “order “ dalaman Malaysia.

Inilah sebabnya Almarhum Tun Hussein Onn berhempas-pulas menggunakan saluran diplomasi untuk memujuk China dan Rusia menghalang perebakan Perang Vietnam di Asia Tenggara pada tahun 1970-an.

Motivasi keselamatan juga mendorong Tun Dr. Mahathir Mohamad menimbulkan gagasan EAEG dan EAEC untuk menjamin keselamatan ekonomi negara di era globalisasi pada dekad awal 1990-an.

Walaupun kedua-duanya tidak jadi kenyataan, semangatnya kini dijelmakan dalam kerjasama ASEAN + 3 dan Forum Serantau ASEAN (ARF) yang wujud bagi menjamin keselamatan Asia Tenggara.

Mutakhir ini, Datuk Seri Najib Tun Razak pula melaksanakan Konsep 1Malaysia dan berusaha untuk menjamin kelangsungan ekonomi bumiputera dan ekonomi negara kerana ekonomi juga berperanan penting mewujudkan keselamatan nasional.

Apa yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia di atas selaras dengan rumusan Azar & Moon (1998:283) bahawa empat nilai-nilai teras yang jadi paksi keselamatan Dunia Ketiga adalah menjamin kelangsungan politik dan wilayahnya; melindungi kesejahteraan ekonomi dan kemakmurannya; menjamin survival organik rakyat jelatanya; dan mewujudkan keharmonian komunal di kalangan warganegaranya.

Seluruh huraian di atas memanifestasikan bahawa politik Malaysia sangat menitikberatkan keselamatan untuk menghindarkan dominasi kuasa-kuasa besar, memelihara perpaduan rakyat dan memelihara kelangsungan nasional.

Lantas apa manfaatnya menyokong politik yang tidak mempedulikan keselamatan dalam kehidupan?

Apa maksudnya menyokong perjuangan Palestin menyelamatkan rakyatnya daripada kezaliman Israel, jika politik Malaysia juga cuba diheret untuk menyokong Israel?

Apa faedahnya berselindung di sebalik konsep kesaksamaan dan kesamarataan asing jika konsep yang didukung ini sebenarnya diwujudkan untuk mengharu-birukan negara-negara membangun?

Akhir kata, khususnya buat bangsa ‘Melayu’ dan umat Islam insaflah bahawa kesongsangan motivasi, matlamat dan cita-cita politik di Malaysia hanya mengundang petaka dan bencana.

Lantas gunakanlah politik untuk menempah keselamatan dunia dan akhirat. Hindarilah siksa dan bala dari Allah SWT seperti pernah ditimpakan ke atas penduduk kota Nabi Luth, Soddom, Gomorrah, termasuk Kota Pompei dan Herculaneum!

Dari: RMF7.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik