Saturday, August 1, 2015

KETIKA SAYA DIBESARKAN DI SINGAPURA - LILY ZUBAIDAH.

Ketika saya dibesarkan di Singapura, saya selalu tertanya-tanya mengapa terdapat beberapa kerat sahaja tokoh Melayu contoh untuk belia Melayu seperti saya, mengapa masyarakat Melayu terus kekal dipinggirkan dari segi sosioekonomi masyarakat Singapura yang kononnya tempat suburnya meritokrasi dan berbilang kaum, dan mengapa belia Melayu tidak dipanggil untuk khidmat negara yang ‘diwajibkan’ di samping lain-lain ‘mengapa’ yang berkaitan dengan orang Melayu. 

Saya memang tidak berpuas hati dengan pandangan arus perdana tokoh budaya bahawa orang Melayu terpinggir kerana mereka tidak cukup rajin, tidak bersemangat, tidak ada daya usaha dan berbagai-bagai lagi ‘tidak’ yang tidak menyakinkan. 

Intuisi saya sentiasa mengatakan bahawa perspektif ini terlalu diambil mudah mempunyai sentimen perkauman, dan satu penjelasan yang cetek kepada fenomena yang rumit. 

Menerima pandangan arus ini juga bermakna bahawa saya, sebagai seorang Melayu yang dianggap datang daripada tradisi budaya yang lembam, juga perlu menerima bahawa saya mempunyai sifat yang buruk ini.

Seperti Melayu Singapura lain yang hidup dengan dibebani dan dibayangi stereotaip etnik negatif ini, perasaan jati diri, harga diri dan rasa asal-usul saya di tanah tempat tumpah darah saya telah goyah.

Bahaya memikul beban jati diri negatif ini adalah ia boleh menjadi satu tanggapan yang diterima umum. Yang menyedihkan, ini sedikit sebanyak, telah pun menular di kalangan masyarakat Melayu Singapura.

Justeru, ekoran daripada rasa prihatin yang telah sekian lama terpendam inilah saya telah terpanggil untuk memulakan penyelidikan.

Dari suatu segi, ia merupakan suatu usaha yang memerlukan suatu usaha yang memerlukan tekad dan keazaman untuk mencari jawapan kepada soalan ini. 

Akhir-akhir ini, kajian telah dibuat berkaitan dengan motivasi politik dan landasan ideologi bagi penjelasan, persepsi dan preskripsi yang dominan tentang peminggiran Melayu. 

Pertimbangan juga dibuat untuk memastikan sejauh mana peminggiran sosioekonomi dan pelajaran orang Melayu menjadi manifestasi faktor politik, struktur dan asas kelas yang kompleks. 

Dalam usaha meningkatkan pemahaman tentang peminggiran Melayu, kajian ini ditumpukan kepada proses ideologi dan institusi yang telah menyumbang kepada taraf sosioekonomi dan pelajaran masyarakat Melayu. 

Ia tertumpu kepada sistem pelajaran sebagaimana yang digalakkan dengan aktifknya oleh kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai cara yang berkesan untuk mobiliti sosial orang Melayu di Singapura yang kononnya adalah sebuah negara dengan masyarakat bermeritokrasi dan berbilang kaum. 

Analisis dibuat tentang andaian ideologi, yang mengubah motif dalam membentuk arah dasar pelajaran serta kesannya terhadap orang Melayu dan kumpulan sosial Singapura lain yang mundur. 

Bidang lain yang ditumpukan ialah hubungan antara kelemahan pengundi dan politik masyarakat Melayu dan keupayaan ahli politik Melayu PAP untuk bersuara dan mewakili orang Melayu dengan berkesan.

Dalam menerangkan peminggiran sosioekonomi Melayu, saya mengelak daripada bergantung pada satu teori agung memandangkan fenomena ini begitu kompleks dan berbagai-bagai aspeknya. 

Sebaliknya, suatu kerangka konsep yang bersepadu secara menyeluruh atau eklektik yang menyedari akan kekompleksan kehidupan social serta membolehkan hubungan yang anjal dan dialektik antara teori, bukti dan amalan lebih digunakan. 

Ini disebabkan kerangka kajian yang eklektik dan isu yang agak luas daripada aspek kepimpinan politik, dasar pelajaran, dasar kebajikan, dan ideologi PAP, perbincangan teori dan konsep telah dimasukkan ke bahagian yang berkaitan dalam setiap bab. 

Maka penulis dan pembaca boleh mencerca dan menghubungkan kerangka konsep dengan cepat kepada data empirik dan perbincangan kerangka konsep dengan cepat kepada data empirik dan perbincangan.

Kajian ini tidak mendakwa bahawa ia menyediakan ‘penyelesaian utama’ yang muktamad kepada masalah peminggiran sosioekonomi masyarakat Melayu di Singapura. 

Objektif yang lebih sederhana digunakan, iaitu dengan mengemukakan soalan yang berkaitan, mencabar dan menyoal siasat mitos dominon, dan (dengan berbuat demikian) menimbulkan kesedaran kritis lantas meluaskan secara menyeluruh wacana tentang peminggiran Melayu. 

Dari segi metafora, saya cuba melihat situasi dari sudut yang berbeza dan dengan pandangan yang terbuka.

Penyelidikan buku ini yang pada mulanya adalah untuk tesis kedoktoran, telah diusahakan selama beberapa tahun, termasuk kajian lapangan yang panjang di Singapura. 

Tempoh masa yang lebih lama digunakan untuk menyaring bahan dan menulis di Sdyney. Ini diikuti dengan tempoh setahun mengajar dan ‘mencari diri’ di Pulau Pinang, Malaysia, dan seterusnya menjawat jawatan sekarang sebagai pensyarah di Jabatan Sejarah Ekonomi, Universiti Sydney. 

Peringkat ini merupakan fasa yang amat mencabar peribadi, intelektual, politik dan semangat saya. Ia tidak boleh diduga dan ada kalanya perjalanan yang ditempuh untuk mencari dan mencari semula lebih berliku-liku. Meskipun banyak cubaan dan dugaan dihadapi dalam perjalanan ini, namun saya berasa diperkaya dengan pengalaman yang menarik tentang tujuan hidup yang lebih luas ini.

Memadailah jika saya katakan bahawa saya dengan rendah hati menerima dan bertanggungjawab atas segala kelemahan kajian ini.

Lily Zubaidah Rahim
Dari: AIDCNews.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik