Saturday, August 29, 2015

MAHATHIR BERSAMA DEMO JATUHKAN KERAJAAN BN.

Akhirnya kemunafikan Mahathir terserlah apabila beliau dilihat turut sama menyertai demo jalanan Bersih4 yang telah diistiharkan haram oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini Dr Mahathir merupakan antara orang yang menentang sekeras-kerasnya demo jalanan Bersih4 yang haram.  Namun kini beliau terpaksa menjilat ludahnya sendiri apabila beliau bersama isterinya Hasmah Ali turut sama turun menyertai himpunan haram ini.

Sebagaimana yang umum telah ketahui, anak perempuan sulung Mahathir merupakan antara orang yang sering mengikuti himpunan haram ini sejak dahulu lagi. Dan beliau merupakan antara orang yang menyokong kuat LGBT.

Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri kita menyifatkan penganjur dan peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 sebagai golongan yang cetek dan miskin semangat cinta kepada negara.

Mereka seolah-olah tidak faham bahawa negara ini terbina atas darah dan keringat perjuangan terdahulu.

“Sepatutnya Hari Kebangsaan kibarkan Jalur Gemilang dan tunjukkan walaupun berbeza pendapat tetapi Malaysia negara tumpah darah kita.

“Orang ini tiada nilai kasih sayang kepada negara,” katanya ketika ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di Dewan Majlis Daerah di sini hari ini.

By: AzmyKJ.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik