Wednesday, August 26, 2015

MELAYU AKAN JADI BANGSAT BUKAN OMONG KOSONG.

bangsat












“Tiada UMNO berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini. Saya sebagai presiden akan lakukan supaya UMNO dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi bertuah ini.” ini lah ungkapan Dato’ Seri Najib Najib ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020.

Maka berduyunglah komentar dan cemuhan serta menidakkan apa yang telah di ungkapkan itu, terutama puak seteru yang sering menidakkan kebaikkan yang telah di lakukan oleh UMNO.

Mereka kaitkan dengan keujudan UMNO yang hanya baru berusia sekitar hampir 70 tahun sedangkan ‘Bangsa Melayu’ telah ujud sejak ratusan tahun dahulu dengan terbinanya ketamadunan ‘Bangsa Melayu’ dari rupa bentuk seni bina bangunan, teknologi pelayaran, kesusasteraan, kebudayaan dan sebagainya sebelum lahirnya UMNO.

Ya memang ‘Bangsa Melayu’ telah ujud sejak sekian lama, Tetapi yang mengharumkan ‘Bangsa Melayu’ adalah UMNO perkara yang tidak boleh di ketepikan dan di nafi sahingga hari ini, kerana UMNO lah melalui Barisan Nasional yang menjadi kerajaan sejak di ujudkan Perlembagaannya setelah berhasil menuntut kemerdekaan oleh Tuanku Abdul Rahman dari British dan di isytiharkan pada 1975. 

Semenjak dari itu negara ini yang rakyatnya terdiri dari pelbilang kaum hidup aman makmur dan sejahtera berkongsi kenikmatan aman damai serta bersama merasai pembanggunan yang dapat di lihat sahingga ke hari ini. Tidak timbul isu ‘siapa bangsat’ atau pendatang didalam negara ini.

Tetapi kini, kita sudah boleh melihat perkara kejadian ‘Melayu Bangsat’ ini melalui contoh yang sedang berlaku di depan mata kita secara kecil kecilan di beberapa negeri selainnya, kerana UMNO masih lagi pemegang tampok pemerintahan utama, bayangkan apa akan jadi jika UMNO hilang terus kuasanya, Maka kenyataan Perdana Menteri ‘Melayu akan menjadi Bangsat’ pasti ada kebenarannya.

Apa sudah jadi di Kelantan yang rakyatnya hampir 95% Melayu, ‘Berdehem’ seorang sahaja dari kaum pendatang, itu pun dari jauh, Sudah cukup celaru di buatnya walaupun di tadbir oleh ‘Bangsa Melayu’ atas nama ikatan didalam ‘Pakatan Rakyat’.

Apa jadi di Selangor sudah terbelakah nasib bangsa Melayu di Selangor sebaik sahaja di ambil alih oleh puak pakatan ini.

Bagaimana pula negeri Pulau Pinang dimanakah ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang terutamanya di bahagian Pulau, sudah terbela atau makin terhapus pada masa kini. Ini lah contoh paling ketara maksud “Melayu akan jadi Bangsat” yang di ungkapkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak.

Selama UMNO mentadbir tidak pernah berlaku penghapusan ektenik dan pemisahan kaum, malah setiap rakyat dapat merasakan bertapa kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sentiasa cuba merapatkan jurang perbezaan diantara kaum, serta setiap dari mereka akan mendapat hak-hak mereka saperti mana yang telah termaktup di dalam Perlembagaan Malaysia.

Lihat sahaja bagaimana pemusnahan 66 buah rumah yang menempatkan lebih 1000 keluarga Melayu adalah bukti sebenar kepada kenyataan “Melayu Bangsat” tersebut. Juga sebelum ini pengusiran ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang di buat sedikit demi sedikit dan amat halus agar kehilangan ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang tidak di rasai.

Dari penghalangan syiar Islam sahingga penghapusan ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang yang terang dan jelas di bangsatkan oleh kaum pendatang dengan bantuan ‘bangsa Melayu’ yang redha diri di bangsatkan. ‘Bangsa Melayu’ Pulau Pinang dipaksa menjadi bangsat apabila rumah dan kediaman mereka dirobohkan tanpa sebarang pampasan, tanpa sebarang bantuan dan tanpa sebarang rumah ganti.

Ini lah maksudnya Melayu akan menjadi bangsat jika UMNO hilang kuasanya, Bagi yang tidak faham istilah dan pengertian “Bangsat”, Melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini adalah gambaran maksud sebenar perkataan “Bangsa Bangsat” yang di ungkapkan.

By: OB21NET


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik