Sunday, August 9, 2015

MENGAPA BN/UMNO KALAH PADA PRU14 - MEREMPATNYA SATU BANGSA BERNAMA MELAYU.

Artikel yang yang cukup panjang lebar saya postkan ini, sebagai Pro kerajaan saya tidak memperdulikan kemarahan orang orang UMNO dari peringkat Menteri atau pun di peringkat bawahan termasuk Perdana Menteri DS Najib Tun Abdul Razak sebagai presiden parti.

Apa yang penting bagi saya ialah pesan memesan untuk  kesinambungan perjuangan adalah lebih utama dari kemarahan mereka ini. Jika dirasakan tidak senang dengan apa yang dituliskan, tanyalah diri anda dahulu. Adakah anda seorang pemimpin terbaik?

Peringkat penelitian rakyat terhadap kepimpinan parti amat mendalam, mereka menilai bukan atas dasar mereka berkepentingan, akan tetapi mereka menilai atas dasar sayangnya mereka kepada parti.

Akan tetapi suara mereka tidak pernah didengari oleh pemimpin. Isu kenaikan barangan dan minyak menjadi kan mereka menilai sejarah 2004-2008 bagaimana penasihat memainkan peranan untuk mengubah sokongan  rakyat kepada yang lain.

Ini terbukti bila mana penasihat yang sama iaitu Mustafa Ong dan Idris Jala masih lagi bertindak sebagai pemberi cadangan sebagaimana berlakukan krisis kepimpinan pada tahun 2004 yang lalu. Siapakah dibelakang mereka. Siapakah yang mengetuai Tingkat 4 pada masa itu?

Rakyat sudah mula memberikan tekanan terhadap isu ini, Sebenarnya perletakan Tun sebagai Penasihat Petronas satu ketika dahulu adalah merupakan agenda terdahulu yang pernah disarankan  didalam penguasaan tingkat 4 – Tun merupakan penghalang untuk mereka memanopoli aset berbillion sebagaimana berlakunya “indiser Trading” satu ketika dahulu.

Diketika itu Mustafa Ong, adalah salah saorang proksi yang dilantik dibawah kepimpinan Pak Lah. Ini belum lagi tindakan meletakkan semua rangkaian dimerata peringkat sebagaimana yang berlaku sekarang didalam pemilihan Ketua Pemuda. Ini juga pernah berlaku dalam tahun 2004-2008.

Apakah ini semua secara kebbetulan?

Jika masih sayang kan BN/UMNO  lakukan demi rakyat. Percayalah rakyat akan memberontak pada PRU14 nanti. Taburkanlah apa juga mereka akan lakukan juga.

Masa berlalu, tahun berganti tahun dari  March 2009 hinggalah kepada tahun 2011, namun segala pesanan  yang telah diberikan semuanya diibaratkan seperti air lalu, tiada satu pun yang melekat di dalam kepala mereka, sorakan dan sokongan pada ketika itu hanya sebagai pengubat dan hanya menjaga hati  sahaja.

Inilah sikap paling kotor sekali yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan UMNO disemua peringkat. Mereka ini tidak pernah sedar tentang perjuangan, mereka tidak pernah sedar betapa kritikalnya sekarang, mereka tidak pernah sedar betapa pengorbanan harus dilakukan dengan seikhlas mungkin. Sememangnya mereka ini (pemimpin UMNO) adalah pemimpin yang sombong dan bongkak dengan apa yang mereka ada.

Saya ingin bertanya kepada semua pemimpin UMNO disemua peringkat, apakah saudara dan saudari masih sedar dan ingat apa yang telah dilafazkan diucapkan oleh  DS Najib Razak pada tahun 2009?. Saya yakin dan percaya bahawa mungkin hampir keseluruhan daripada perwakilan tidak mahu mengingati semua itu,

Jika ianya satu amanah maka seharusnya ianya telah diperjuangkan dengan seikhlas mungkin. Sehingga kini kita masih lagi menunggu tindakan tindakan terbaik yang bakal dilakukan sebagaimana harapan DS Najib pada tahun 2009.

Sesungguhnya Wanita, Pemuda dan Puteri adalah tulang belakang dan sayap parti UMNO. Jatuh bangun, gagal jaya parti bergantung kepada semua ahli terutama yang menerajui sayap sayap kepimpinan yang sedia ada.

Kekuatan perjuangan ini bergantung kepada kekuatan Roh perjuangan yang tersemat didalam hati. Kerjasama semua sayap untuk bergerak didalam satu pasukan demi kesinambungan agenda Agama, bangsa dan Negara merupaka asas yang utama diatas landasan yang cukup baik.

Kini sabotaj daripada Pemuda telah lama dilihat didalam beberapa insiden yang menyebabkan pembangkang mendapat isu untuk menerjah UMNO. Jika dahulu isu Patriot berdemo adalah bertujuan untuk memalukan UMNO yang diketuai oleh Pemuda UMNO Malaysia.

Kini Pemuda UMNO Malaysia tidak turun dalam isu banjir, kemanakah Pemuda UMNO Malaysia. Rata rata  isu yang dibangkitkan pembangkang dibiarkan begitu sahaja. Malahan kita tahu mereka telah ada unit media mereka. Betapa lembabnya pemuda sekarang.

Sekarang kita telah dapat melihat hala tuju pemuda bukanlah kerana agenda parti yang jitu, kita banyak melihat mereka adalah beragendakan “stylist” untuk mendapat populariti didalam tindak tanduk harian mereka. Cuba kita baca berapa banyakkah gerak kerja yang dilakukan.

Kelemahan mereka dilihat didalam PRK Sungai Limau yang lalu. Rata rata bukan pemuda yang banyak melakukan kerja, kebanyakan daripada mereka “hilang” entah kemana, Bertungkus lumuslah Wanita dan Puteri mendominasi semuanya pada masa itu.

Kita dapat melihat PEMUDA UMNO MALAYSIA sudah tidak wujud lagi didalam arus perjuangan atau benteng kepada UMNO. Malahan Puteri adalah benteng yang begitu banyak mendominasi pergerakan didalam meneruskan legasi perjuangan.

Sekarang kita sedang melihat kekecamukan berlaku dikalangan Puteri sendiri dimana sebahagian daripada mereka telah menolak kepimpinan parti malah diikuti dengan beberapa bahagian UMNO juga berbuat demikian.

Apa yang kita lihat sekarang, kecamukan nafsu dan melupakan asas perjuangan telah menular didalam diri dan perasaan sayap-sayap ini. Mereka lupa bahawa kedudukan dan pangkat mereka  sandang merupakan satu amanah yang amat berat diatas jalan jalan perjuangan yang masih panjang.

Sayap-sayap ini mula menunjukkan taring masing-masing didalam mengolak organisasi mengikut apa yang mereka percayai dengan kekuatan pengaruh kumpulan kumpulan tertentu. Mereka lupa bahawa didalam perjuangan pengorbanan dan tanpa imbuhan seharusnya dilakukan. Mampukah sayap sayap UMNO ini berkorban sehingga tahap demikian?

Terlalu banyak post saya mengingati barisan sayap-sayap dan juga kepimpinan bahawa mereka perlu melupakan buat seketika tentang kepentingan diri, kepentingan untuk menjadi calun, kepentingan untuk menetapkan rangkaian yang tidak lain untuk kepentingan diri. Jangan salahkan pengundi jika kekalahan PRU14 nanti akan berlaku.

Rakyat Marhaen telah jelak dan cemuih dengan sikap-sikap yang ditunjukkan oleh semua peringkat kepimpinan. Kesombongan mereka ini telah dihukum dengan hebat oleh rakyat pada tahun 2008. Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun 2008.

Jelas sekali, keputusan pilihan raya tersebut adalah yang terburuk pernah dialami oleh parti. Buat pertama kali kita kehilangan majoriti dua pertiga semenjak tertubuhnya Barisan Nasional lebih tiga dekad yang lampau. Walau pahit bak hempedu, walau kelat bak ketereh, itu adalah realiti yang perlu kita terima.

Didalam hal ini siapakah yang ingin dipersalahkan oleh barisan sayap kepimpinan didalam UMNO? Bukankah semua kesalahan ini disebabkan oleh Pemuda, Puteri, Wanita dan juga barisan kepimpinan peringkat negeri dan pusat. Kerana anda semua terlalu sombong dengan jawatan dan keistimewaan yang anda terima sehingga anda melupakan  rumput yang anda pijak dibumi.

Mahu tidak mahu, barisan sayap kepimpinan terpaksa mengakui bahawa ia berkait rapat dengan beberapa kelemahan yang sedang menular dalam parti. Kelemahan yang telah dinilai oleh rakyat dan hukuman  paling aib bagi sebuah parti telah pun diberikan tanpa rasa simpati.

Pada persepsi rakyat marhaen, hala tuju UMNO telah menyimpang jauh dari perjuangan asal penubuhan parti. Ternyata, rakyat telah mula mengkaji kepentingan mereka didalam keahlian parti, Yang nyata, kepincangan dan ketamakan sayap dan kepimpinan UMNO sendiri telah menyebabkan keputusan ini berlaku dan sejumlah besar rakyat yang dahulunya bersama UMNO kini menukar haluan mereka.

Orang bijak pandai mengatakan, untuk melihat masa depan, kita mesti merenung sejarah lampau dan mena’kul peristiwa semasa. Sejarah telah membuktikan sepanjang enam puluh tiga tahun kewujudannya, UMNO telah banyak menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Perlu diingatkan lagi bahawa rakyat akan menolak sejarah kegemilangan ini jika pemimpin UMNO masih lagi tidak mahu berubah. Diperingkat akar umbi acap kali membicarakan tentang hal hal yang merosakkan UMNO itu sendiri. Mereka menolak Liabiliti didalam UMNO selagi mereka ini ada didalam barisan, UMNO akan terus ditolak sampai bila bila.

Kepada DS Najib saya yakin dan percaya satu kaeadah yang akan digunakan untuk melakukan satu rombakan tanpa ada mana mana pengaruh untuk menghilangkan Liabiliti didalam UMNO. Pembocoran rahsia kerajaan oleh orang UMNO sendiri untuk dijual dan berikan pada pembangkang dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti dan kepimpinan UMNO sendiri.

Ketika ini, saya amat percaya tiada lagi konsep untuk menjaga hati, tiada lagi konsep untuk mengambil bekas pembangkang menjadi teraju didalam barisan strategi didalam UMNO. Sudah pupuskah ahli-ahli UMNO yang lain di  Malaysia ini sehinggakan saki baki pembangkang dikutip untuk diletakkan sebagai pemimpin. Perkara ini dilihat telah berlaku dibawah kepimpinan DS  Zambry Abdul Kadir didalam Negeri Perak.

Persoalannya apakah kita begitu yakin dan percaya bahawa mereka ini akan mengorbankan sepenuh perjuangan mereka untuk UMNO atau mereka sekadar duduk dikerusi empuk dan melakukan penyusupan maklumat untuk diberikan kepada pembangkang?.

Saya melihat ini merupakan salah satu kesilapan terbesar yang telah dilakukan oleh kepimpinan UMNO sekarang, jadi tidak hairanlah bagaimana banyak berlakunya kebocoran maklumat dengan mudah sekali.

Jika dahulu ternyata UMNO mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan. Tetapi kini UMNO merupakan salah satu perbualan yang mana rakyat melihat ianya adalah kesengsaraan bagi rakyat Marhaen dan harapan bagi pemimpin UMNO sendiri untuk mengubah nasib mereka yang berjawatan didalam UMNO.

Jika dahulu telah terbukti juga UMNO adalah parti yang berupaya membina satu bangsa bermaruah dan dihormati di seantero dunia. Parti inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi sahaja.

Tetapi sekarang UMNO hanyalah sebuah parti untuk kelas atasan bukan lagi untuk kelas bawahan yang sentiasa melihat dan menanti agar mereka terpilih untuk mewarnai peluang yang disediakan untuk mereka.

Walaupun begitu ini tidak bermakna kita ingin memperkecilkan kepentingan hasil perjuangan golongan terdahulu, teguran demi teguran dibuat oleh Pro Kerajaan terhadap UMNO agar terus berubah, berubah bermaksud berubah didalam sahsiah diri dan jatidiri didalam perjuangan bangsa.

Terlalu banyak teguran yang telah dibuat untuk mengenalpasti kelemahan yang sedia ada didalam kepimpinan UMNO, perubahan  ini akan menghasilkan satu kekuatan yang jitu didalam roh perjuangan yang mana akan memacu jasad merealisasikannya.

Jika barisan kepimpinan ini tidak mampu melakukan perubahan maka UMNO akan dilihat sebagai sebuah parti yang terus-terusan berada dalam penafian. Usaha pembaruan ini amat menuntut kita untuk menggilap semula idealisme perjuangan. Dan terimalah hukuman yang akan melibatkan kehilangan kuasa dan identiti kepimpinan yang telah dipegang selama ini.

UMNO kini dilihat sebagai saekor ayam sabung yang patah taji, kelihatan gagah tapi masih mahu berjuang, kecederaan dalaman ayam sabung telah meyebabakannya lemah. tidak bermaya dan terlalu banyak penyakit. Ubati segera agar ayam sabung ini terus melagakkan gahnya digelanggang. Buang semua parasit diatas badan ayam tersebut, kalau tidak dibendung dan membarah,

Sama ada kita sedar atau tidak, banyak pihak hari ini menanggap, terdapat keterpisahan antara aspirasi UMNO dan aspirasi massa. Bagi mereka, cita rasa UMNO bukan lagi cita rasa rakyat. Apa yang kita lihat sekarang ialah UMNO  telah terperangkap dalam kepompong sendiri dan terlalu asyik dengan proses dalaman parti.

Mereka terlalu gah memperkatakan hal-hal perjuangan, mereka terlalu gah memperkatakan apa yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Marhaen, sebenarnya ini bukanlah kayu pengukur sesuatu aras perjuanagan, ianya tidak lebih daripada tanggung jawab sebagai pemerintah.

Mereka juga lupa bahawa tindakan mereka diperingkat atasan yang mana sentiasa  teruja dalam merebut kedudukan sehingga lupa tentang kayu ukur sebenar kejayaan parti demokratik itu adalah, memenangi pilihan raya atau pun tidak.

Apalah gunanya kita menduduki jawatan dalam sebuah parti yang tidak ada kuasa dan tidak menerajui kerajaan? Kepimpinan UMNO sanggup meninggalkan parti kerana kecewa dalam perebutan jawatan, mereka sanggup memusnahkan parti disebabkan kepentingan diri mereka tidak dipernuhi. Apakah ini yang mereka perjuangkan?

Ingatlah bahawa pemimpin yang terpilih itu bukan dibentuk, bukan dilobi untuk menjadi seorang pemimpin, mereka telah ditetapkan oleh Allah untuk menjadi pemimpin, sampai masa dan ketikanya mereka akan disingkirkan, sampai masa dan ketikanya mereka akan kecundang. Kepercayaan didalam hal ini dikalangan pemimpin UMNO amat tipis. Mereka sanggup membelakangkan takdir yang telah menentukan segalanya.

Melayu dan UMNO tidak dapat dipisahkan. Bagai aur dengan tebing, bagai irama dengan lagu, apabila orang Melayu dan UMNO bergerak sederap dan seiring, sejarah telah membuktikan bahawa maruah dan martabat bangsa telah berjaya diangkasakan.

Namun apabila orang Melayu mula menjadi seperti enau dalam belukar ingin melepaskan pucuk masing-masing sehingga ada yang sanggup membelakangkan kepentingan bangsa, maka anasir-anasir tertentu telah mula menyelinap dan menangguk diair yang keruh.

Kini orang Melayu tampak seolah-olah hilang punca dan kekuatan. Akibatnya, telah mula ada pihak-pihak yang mempersoalkan apa yang sudah dipersetujui dan termaktub dalam perlembagaan.

Sebagai pesanan terakhir saya, jangan nasi nanti menjadi bubur, jangan nanti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran, BERUBAHLAH, demi kesinambungan  agenda agama bangsa dan Negara, soal pencalunan adalah perkara yang ke 10, yang terpentingnya ialah bekerja dengan hati yang cukup Ikhlas

Bagi kami Pro Kerajaan hanya harapan yang mampu kami luahkan, kami tidak pernah meminta  walaupun satu sen untuk perjuangan ini, kami tidak pernah meminta sebagaimana Orang UMNO sentiasa meminta jika melakukan sesuatu untuk perjuangan. Tetapi kami boleh menjadi  “MUSUH” yang terhebat untuk membelasah UMNO sendiri jika tiada perubahan kepimpinan berlaku.

Jika ini berlaku, saya  yakin apa juga kumpulan didalam UMNO tidak mampu menahan henjutannya nanti. BERUBAH LAH!! Keadaan yang amat kritikal sekarang untuk kesinambungan agama, bangsa dan Negara sedang berlaku.

Bantulah DS Najib dalam mengembalikan keyakinan Melayu dan meyatukan Melayu bukan memecahkan Melayu sebagaimana banyak dilakukan di peringkat Negeri dan bahagian.

Kesimpulannya, untuk kekal agong UMNO mesti memenangi semula hati dan pemikiran orang Melayu. Jadinya, mahu tidak mahu, semuanya mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap-sikap mazmumah kepada sikap-sikap mahmudah.

Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat. Berubahlah, jika tidak, kita rebah. PRU14 nanti akan jadi titik tolak atau penghujung penjuangan UMNO akibat kerakusan kuasa, tamak, sombong oleh kepimpinan semua peringkat.

Jangan sampai UMNO seperti  Ayam Sabung Patah Taji.

Dari: RMF7.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik