Tuesday, August 4, 2015

PENGGUNA KONGSI PENGALAMAN DITIPU DI LOWYAT....

Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat sehingga tercetusnya rusuhan naru-baru ini masih menjadi perbualan hangat dan topik utama di media sosial.

Rata-rata pengguna laman sosial meluahkan ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan yang diberikan peniaga di plaza itu sejak sekian lama. Bahkan bukan sahaja di Low Yat, tetapi juga di tempat lain seperti Kompleks Pertama, Kota Raya dan lain-lain.

Susulan itu hasil aduan dan luahan orang ramai secara bertubi-tubi selepas insiden itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam telah merampas pelbagai telefon pintar dan aksesori tiruan jenama Samsung, IPhone, Lenovo, Oppo serta Nokia bernilai RM500,000 di Kompleks Pertama.

BERITA BERKAITAN: KPDNKK rampas telefon, aksesori tiruan RM500,000 di Kompleks Pertama

Pengarah KPDNKK, Muez Abd Aziz berkata semua produk berkenaan dipercayai tiruan dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti pembekal kepada peniaga di pusat berkenaan.

Bagaimanapun hasil tinjauan Ismaweb mendapati pengguna laman sosial masih tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dan penipuan yang berlaku di Low Yat. Mereka menggesa KPDNKK membuat serbuan dan siasatan pula di Low Yat.

Menceritakan pengalamannya menurut Adi Samad, beliau bersama isterinya pernah ditipu peniaga di Plaza Low Yat.

BERITA BERKAITAN: Insiden Low Yat simptom barah kronik, peniaga menipu, dilindungi rasuah dan samseng

“Beli dua biji handphone setelah berkali-kali tanya tentang keaslian handphone tersebut.

“Berkali-kali juga si penjual kata original. Dah beli tergerak untuk semak dengan kedai lain. Didapati ianya tidak ori. Terus naik balik ke kedai di mana handphone tersebut dibeli. Minta balik duit. Dekat sejam juga bertekak baru dapat,” ceritanya.

Muhammad Taufik Ali Hashim pula berkata, beliau ditipu oleh peniaga di tingkat 2 plaza itu.

“Saya kena tipu dekat tingkat 2.Tunjuk handphone ori, bayar RM 2 ribu lebih. Buka depan dia kotak handphone. Tengok clone, minta duit balik dia tak bagi. Ugut polis dorang dah beli. Saya pergi tribunal tiada respon. Akhirnya bawa polis teman selesai kes,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN: Banyak laporan peniaga Cina menipu: Ketua Aktivis PPIM

Begitu juga Sahrizal Zainal menceritakan pengalamannya.

“Saya pernah kena tipu. Bila minta tukar baru buat muka ketat. Kemudian berbulan-bulan tunggu untuk baiki. Beli barang baru tetapi terpaksa tunggu berrbulan. Buat malu la. Kasi tutup je la,” katanya.

Susulan itu, pengguna-pengguna laman sosial mula melancarkan kempen memboikot Plaza Low Yat berikutan kes menipu barangan gadjet yang sering berlaku tetapi tiada penguatkuasaan diadakan.

Mereka mendesak agar Plaza Low Yat ditutup.
boikot loyat

Mohd Taib Mohd Said berkata, ada yang beritahu Low Yat menipu orang Melayu sahaja. Semua sekali mereka tipu. Cuma Melayu tidak faham apa peniaga cakap dan sebab itu paling kerap kena tipu.

“Jadi jom boikot Low Yatt kerana penipuan bukan kerana sebab lain,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik