Friday, August 14, 2015

PENJELASAN JPA KENAPA 2 PEGAWAI SPRM DITUKAR.

Seseorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 merupakan anggota perkhidmatan awam di bawah Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata berdasarkan kedudukan tersebut mereka tertakluk kepada semua Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam khususnya yang berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib.

zabidi zainal kp JPAMenurut beliau, pegawai SPRM juga hendaklah mematuhi antara lain kepada larangan memberikan apa-apa penyataan umum untuk apa-apa tujuan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Selain itu, pegawai SPRM juga tertakluk kepada Kod Etika Kelakuan SPRM yang secara jelasnya antara lain melarang pegawai SPRM membuat penyataan umum tanpa kebenaran Ketua Pesuruhjaya SPRM atau meluahkan apa-apa rasa tidak puas hati kepada SPRM dan kerajaan secara terbuka.

“Ini termasuk larangan untuk memberikan apa-apa pandangan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai terhadap anggota pentadbiran kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Tambah Mohamad Zabidi, satu perjumpaan bersama-sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali, serta Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob telah diadakan pada 10 Ogos lalu.

BAHRI SPRMJelas beliau, perjumpaan tersebut bertujuan untuk membincangkan perihal tindakan yang diambil terhadap kedua-dua pegawai SPRM adalah berdasarkan kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam iaitu Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993.

“Sehubungan dengan itu, tindakan yang diambil adalah tidak berkaitan dengan tugas hakiki pegawai SPRM berkenaan.

“Diharapkan penjelasan tersebut dapat memberikan perspektif jelas kepada semua pihak mengenai tindakan ke atas kedua-dua pegawai ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Bahri dan Rohaizad ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) berikutan kenyataan media yang dibuat mereka pada minggu lalu.

PEMBANGKANG PEGI PJBT SPRMBahri lantang menentang siasatan polis ke atas SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit kerajaan dan mendakwa penahanan beberapa pegawainya sebelum ini mengganggu siasatan kes berprofil tinggi membabitkan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

Manakala Rohaizad menerima rombongan pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berdialog dengan mereka.

Namun begitu pada 10 Ogos lalu, Ali Hamsa memaklumkan pertukaran dua pegawai SPRM berkenaan ke JPM itu dibatalkan.

Dari: BNBBC.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik