Sunday, August 23, 2015

PERANCANGAN TERTUMPU KEPADA UNDI TIDAK PERCAYA.


“Saya hampir boleh menggambarkan Najib duduk di pejabatnya “wringing his hands” dan ketawa kecil ketika beliau berkata, “Undi tidak percaya? Cubalah! Biar saya tunjukkan kepada anda bagaimana politik sepatutnya diamalkan. “Sigh … kalaulah saya lalat di dinding pejabat Najib”

Semalam, seorang Mufti ‘terkenal’ berkata adalah tidak Islamik untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan atau kerajaan. Hari ini, Mufti lain yang sama-sama ‘terkenal’ berkata tidak salah untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan atau kerajaan.

Pada asasnya, ini mengambarkan keadaan hal ehwal Islam hari ini. Fatwa Islam, ajaran dan kepercayaan adalah berdasarkan kepada pendapat semata-mata. Mereka mungkin kembali kepada Al-Quran, hadis atau sunnah, tetapi selalunya ulama tafsir berdasarkan kepada apa yang dia ‘lihat’.

Hakikat bahawa kebanyakan ‘kitab suci’ dari agama Ibrahim mungkin dalam perumpamaan atau kiasan telah membuatkan keadaan bertambah buruk. Anda mungkin melihat sesuatu perkara dari satu sudut tetapi bagi orang lain pula mungkin melihatnya dari sudut yang berbeza. Namun anda sentiasa menganggap pandangan anda betul dan pandangan orang lain sebagai salah.

Siapakah yang memberi kuasa monopoli atas kebenaran? Itu yang menjadi isu asas di sini.

Bagaimanapun, artikel hari ini bukan tentang teologi atau doktrin agama (jadi jangan mula mencatat ayat-ayat al-Quran dan sebagainya kerana saya hanya akan padam). Saya hanya mahu komen kisah dua Mufti dan bagaimana kedua-duanya telah bertentangan pendapat. Sama ada kita tidak boleh selalu menerima fatwa daripada Mufti sebagai fakta atau kebenaran merupakan perkara yang anda perlu fikirkan.

Isu yang ingin saya bangkitkan adalah: apa yang mewakili fakta dan kebenaran dan apa yang bertentangan dengan semua itu? Contohnya isu RM2.6 bilion yang telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka yang menentang Najib mendakwa bahawa wang tersebut telah dicuri dari 1MDB dan mungkin juga dana pencen. Dan jika wang itu tidak dicuri dari 1MDB dan / atau kumpulan wang pencen maka penjelasan perlu diberikan dari mana sumber wang tersebut.

Jika Najib atau kerajaan tidak dapat menjelaskan dari mana sumber wang tersebut maka kita mesti menganggap bahawa wang tersebut telah dicuri. Jika wang itu tidak dicuri maka berikan penjelasan.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi (dan beberapa orang lain juga) menjelaskan sumber wang tersebut seperti apa yang pengkritik Najib minta. Namun mereka enggan menerima penjelasan ini. Mereka tidak percaya penjelasan tersebut dan mengatakan bahawa cerita itu adalah satu pembohongan.

Terangkan sumber wang tersebut. Dan jika anda tidak boleh menjelaskan dari mana datangnya, maka kita akan menganggap anda mencuri wang. Tetapi apabila mereka menjelaskan, penjelasan tersebut ditolak dan dipanggil satu pembohongan pula.

Ini merupakan hujah yang Najib tidak boleh menang. Pada dasarnya, mereka yakin bahawa jenayah telah dilakukan. Dan jika anda menjelaskan bahawa tiada jenayah dilakukan, mereka tidak akan percaya. Mereka telah membuat keputusan dan tiada apa yang akan mengubahnya. Satu-satunya perkara yang mereka mahu adalah menggulingkan Najib dan, jika boleh, tangkap dan masukkan beliau ke dalam penjara juga.

Mereka cuba pelbagai cara untuk menggulingkan Najib dan juga untuk dia menangkap beliau jika boleh. Ini sepatutnya berlaku sekitar akhir bulan Julai. Sama ada dakwaan itu benar atau salah tidak mengapa. Tangkap Najib dulu (seperti yang mereka lakukan Anwar Ibrahim pada tahun 1998) dan kemudian bimbang tentang kebenarannya kemudian.

Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar atas alasan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kesalahannya. Tetapi kerosakan itu telah dilakukan. Anwar telah menghabiskan masa selama enam tahun dalam penjara dan peluangnya untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kini hanyalah mimpi “merely a pie in the sky”.

Dan itu adalah apa yang sepatutnya berlaku kepada Najib sekiranya beliau tidak “pre-empted” langkah terhadapnya dua hari sebelum mereka laksanakan langkah tersebut.

Kini Dr Mahathir berkata yang satu-satunya cara untuk menggulingkan Najib adalah melalui undi tidak percaya di Parlimen. Tangkap dan masukkan Najib ke dalam penjara tanpa ikat jamin sementara beliau berjuang di medan undang-undang selama beberapa tahun tidak lagi berkemungkinan. Mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 112 undi Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak untuk menyingkirkan Najib dan mungkin penjarakan beliau atas apa sahaja tuduhan yang mereka boleh kenakan.

Lim Kit Siang mengatakan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan 35 ahli Parlimen Barisan Nasional. Rafizi Ramli pula berkata mereka sedang berusaha mendapatkan 25 undi. Rafizi 25 ditambah kepada 87 daripada pembangkang akan menjadikan ia ngam-ngam, namun agak berisiko. Kit Siang pula dengan 35 undi ahli Parlimen BN akan memberi mereka margin yang lebih baik.

Berapa banyak kos yang terlibat? Dulu ianya akan menelan kos RM5 juta bagi setiap Ahli Parlimen. Sekarang, RM5 juta mungkin tidak mencukupi. Mereka makin terdesak dan jika mereka mahu ini berlaku maka mereka mungkin perlu naikkan jumlah kepada RM10 juta atau lebih. Ada yang mengatakan jika Hee Yit Foong DAP telah dibayar RM25 juta hanya untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak, mengapa mereka perlu menerima kurang daripada angka tersebut?

Apabila saya diberitahu bahawa bajet untuk menjatuhkan Najib adalah RM2 bilion saya fikir ianya agak meragukan. Jika RM5 juta bagi setiap Ahli Parlimen maka jumlahnya RM560 juta. Dan jika ia telah dinaikkan kepada RM15 juta setiap Ahli Parlimen itu akan berjumlah RM1.68 bilion. Jadi mungkin RM2 bilion bukannya masalah besar.

Selepas bercakap banyak mengenai undi tidak percaya yang mereka akan lakukan dalam Parlimen mereka tidak boleh batalkan. Jika ianya tidak berlaku sepertimana perancangan mereka maka maruah mereka akan tercemar (seperti ’16 drama September ‘pada tahun 2008 yang telah merosakkan reputasi Anwar Ibrahim). “Come hell or high water” mereka perlu laksanakan juga undi tidak percaya. Selepas semua apa yang terjadi sejak Julai, itulah satu-satunya senjata yang tinggal untuk mereka gunakan.

Dan Najib tahu berkenaan perkara ini. Pengkritik beliau fikir bahawa Najib benar-benar takut dan menggigil “scared shit and is shivering in his pants” mengenai undi tidak percaya. Tetapi Najib tetap tenang. Beliau tahu musuh-musuhnya tidak mempunyai pilihan selain laksanakan undi tidak percaya. Jika tidak maka mereka akan malu besar atau “besar kemaluan”. Dan Dr Mahathir bukanlah seorang yang sanggup untuk dimalukan “not one to accept shame lying down”.

Strategi Najib pula daripada cuba untuk mengelakkan atau menghentikan cubaan untuk mendesak undi tidak percaya, beliau akan mengeksploitasi langkah tersebut ke arah yang menguntungkan beliau. Apabila mereka berjaya meluluskan undi tidak percaya, Najib akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan minta Parlimen dibubarkan. Kerajaan negeri tidak akan terjejas, mereka akan kekal.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Agong mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Jadi Agong akan bersetuju dengan pembubaran Parlimen dan pilihanraya persekutuan boleh diadakan di kesemua 222 kawasan Parlimen.

Najib kemudian akan menggunakan pilihanraya ini untuk melakukan proses pembersihan dan penapisan orang-orang yang menentangnya. Sudah tentu, tiada seorang pun daripada pengkianat beliau akan diberi kerusi untuk bertanding. Jadi ini akan menamatkan kerjaya politik mereka.

Cerdik pandai “The Boffin Boys” dalam bulatan Najib telah merancang pilihanraya persekutuan. Pelan ini adalah untuk menambah kerusi Umno dari 88 kepada 100-110. Dan mereka mempunyai idea bagaimana melakukannya. Tanpa mendedahkan terlalu banyak butiran, biarlah saya katakan bahawa pelan itu tidak berdasarkan kerusi tradisional tetapi “winnability”. Mereka dalam “permainan” akan tahu apa yang saya katakan.

Sudah tentu, pembangkang masih akan memenangi beberapa kerusi. Itu tidak dapat dielakkan. Tetapi mereka tidak akan menang lebih daripada 90 kerusi. Paling banyak pun antara 80 dan 90. Dalam keadaan PAS dan PKR berpecah belah, ianya berkemungkinan kurang daripada 80 kerusi.

Perbezaannya akan datang dari Sabah dan Sarawak. Dan saya percaya bahawa kedua-dua isu besar rasa tidak puas hati dari Sabah dan Sarawak – royalti minyak 5% dan Perjanjian 18/20 Point merangkap autonomi – akan ditangani menjelang pilihan raya. Dan dengan itu Sabah dan Sarawak akan berada dalam tangan “be in the bag”.

Ini mengingatkan saya kejadian 1 September 1998 apabila Dr Mahathir merampas kemenangan dari “jaws of defeat”. Saya percaya Najib mengambil contoh Dr Mahathir dan juga akan merampas kemenangan daripada “jaws of defeat” sepertimana pandangan orang ramai.

Saya hampir boleh menggambarkan Najib duduk di pejabatnya “wringing his hands” dan ketawa kecil ketika beliau berkata, “Undi tidak percaya? Cubalah! Biar saya tunjukkan kepada anda bagaimana politik sepatutnya diamalkan. “Sigh … kalaulah saya lalat di dinding pejabat Najib.

Dari: AzmyKJ.

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik