Friday, August 7, 2015

SPRM BAGAI CACING KEPANASAN, KENAPA?

Semua orang tahu pihak PDRM sedang menjalankan siasatan mengenai kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Kebocoran maklumat ini mencetuskan pelbagai kontroversi apabila maklumat siasatan didapati bocor di media sosial terutamanya kepada media pembangkang Sarawak Report.Dakwaan Sarawak Report kononnya mereka mendapat maklumat dari orang dalam SPRM maka ia harus disiasat sama ada benar atau tidak..

PDRM bertindak   menyiasat dakwaan Sarawak Report .. adakah benar berlaku kebocoran maklumat dari orang dalam SPRM..

Apa yang mengejutkan, SPRM membantah  siasatan yang dijalankan oleh PDRM,mereka seolah begitu terhina ,mereka seolah berasa teranaiya apabila beberapa pegawai mereka disoal siasat oleh PDRM.

Beginilah.. SPRM perlu sedar mereka bukan satu agensi yang bertaraf maksum hingga tidak boleh disentuh,mereka juga harus sedar didalam agensi mereka sendiri kemungkinan terdapat pegawai yang tidak boleh dipercayai.

Kenapa perlu menyalahkan PDRM sebaliknya mereka perlu berterima kasih kepada PDRM kerana membantu SPRM menyelesaikan masaalah jika benar berlaku kebocoran maklumat, siasatan yang dijalankan secara tidak langsung SPRM boleh dilihat sebagai satu badan yang telus dan berwibawa.

Gelagat dan reaksi pegawai SPRM memperlihatkan ia satu agensi yang cukup angkuh.. berasakan mereka tidak boleh disentuh langsung..

Apa salahnya berasa pula disoal siasat oleh PDRM..sedangkan beribu anggota PDRM disoal siasat oleh SPRM hingga ada yang hampir gila dengan teknik sisasatan mereka.

Sekurang kurangnya masih tidak ada pegawai SPRM yang disoal siasat PDRM mati terjun bangunan.. no big deal lah…

Salah seorang pengarah SPRM mendakwa akan mencari dalang penyebab para pegawai mereka disiasat oleh PDRM. Tahukah anda.. pihak PDRM hanya bertindak setelah satu laporan polis dibuat oleh pegawai SPRM sendiri..tak perlulah cari hingga ke lubang cacing..ada lagi mamat tu di Putrajaya..

  
Kenapa SPRM melatah..tiba tiba buat solat hajat seolah dunia mau kiamat hanya kerana disiasat oleh PDRM..

Apa perlunya mengeluarkan kenyataan di media pembangkang yang punyai sejarah memburukkan SPRM dengan kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani..takkan tak sedaq kot?

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

“Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.

“Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.

“Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing,” beliau berkata.

Beliau juga mengingatkan ‘dalang-dalang’ itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah,” katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Pisau melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai SPRM cukup beremosi.. mereka tidak boleh menerima hakikat yang pegawai mereka boleh disoal siasat oleh agensi lain..

Sarawak Report berjaya menimbulkan polemik diantara agensi kerajaan..apatah lagi didalam SPRM sendiri tidak berlapang dada dan telus..

Pisau berharap SPRM berhentilah buat kenyataan terbuka dimedia dan jangan melatah..

11800361_1017944114891934_3799792015707967026_n10411211_1017944144891931_3943896617490190113_nDari: Pisau.net







No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik