Saturday, August 8, 2015

SPRM KENA TIPU DENGAN CINA KOMUNIS DAP?



Mahu menegakkan kebenaran atau mengambil kesempatan? Itulah persoalan yang timbul apabila sekumpulan pemimpin kanan pakatan pembangkang mengadakan kunjungan ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya hari ini.

Dalam kunjungan diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan disertai oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mereka beria-ia mempertahankan SPRM bagi menjalankan siasatan secara telus dan adil dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM 2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka yang tiba di situ kira-kira pukul 10.30 pagi, bergilir-gilir berucap bagi menyatakan sokongan kepada SPRM sebelum Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob membawa mereka masuk untuk sesi dialog.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang turut hadir dalam kunjungan tersebut menegaskan, kehadiran mereka bertujuan memastikan SPRM dapat melaksanakan tugas dengan profesional, telus dan integriti. Beliau juga dengan lantang menggesa pihak polis supaya menghentikan campur tangan terhadap pegawai SPRM.

Persoalannya apakah yang tersirat di sebalik sokongan terhadap SPRM itu? Apakah ia ikhlas atau satu lagi sandiwara politik pakatan pembangkang? Semua orang tahu bagaimana sikap pembangkang terhadap pihak berkuasa sebelum ini termasuk SPRM.

Dalam kes kematian Teoh Beng Hock, ingatkan kembali apa yang pernah dikatakan oleh pakatan pembangkang terhadap suruhanjaya. Ketika siasatan masih dijalankan pelbagai tuduhan dan kecaman mereka lemparkan kepada SPRM. Pada ketika itu tidak pula mereka bercakap soal SPRM perlu menjalankan tugas secara profesional, telus dan berintegriti.

Tetapi sekarang secara tiba-tiba oleh kerana kes yang disiasat melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN), pemimpin pembangkang cuba menonjolkan diri sebagai ‘wira’ bagi memperjuangkan SPRM.

Kalau benarlah pakatan pembangkang mahu membela SPRM dan begitu hebat memerangi rasuah atau sebarang penyelewengan termasuklah dari segi menerima dana politik, kenapakah ketika Najib membentangkan usul di Dewan Rakyat agar setiap parti politik mendedahkan sumber dan dana pilihan raya mereka ia ditentang keras oleh DAP dan PKR?

Justeru jika pemimpin-pemimpin pembangkang ikhlas menyokong SPRM, maka diharapkan mereka juga akan bersikap telus untuk menyokong cadangan suruhanjaya itu agar satu akta atau peruntukan undang-undang khusus diwujudkan bagi membolehkan agensi itu melakukan siasatan terhadap mana-mana parti politik di negara ini yang menerima dana daripada pelbagai pihak. Jika tidak kehadiran mereka ke Ibupejabat SPRM, boleh dianggap bukan sahaja sandiwara politik tetapi juga mengambil kesempatan semata-mata.
Dari: Jiwa Paradox.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik