Friday, August 28, 2015

TOLONG BERI MAHATHIR FAKTA YANG BETUL.

mahathir-sarawak-report

1. Tulisan terbaru Tun Mahathir bertajuk “THE 2.6 BILLION DONATION?” menyarankan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dan penyokongnya perlu berhenti meyakinkan rakyat bahawa RM 2.6 B adalah derma. Kata Dr Mahathir tiada sesiapa pun akan percaya.

2. Sebenarnya ramai yang percaya kerana tidak ada penjelasan lain yang logik untuk jumlah tersebut. Jika Tun Mahathir menyatakan ia bukan derma, beliau perlulah memberi bukti apakah projek kerajaan yang memungkinkan Mohd Najib mengaut rasuah sebanyak itu.

3. Dr Mahathir juga menyatakan “Explaining that it was given because of Malaysia’s stand against the Islamic State is absurd as the Islamic State showed their brand of terrorism only in 2014 whereas the money came in in 2013 or before.”

4. Adakah Mahathir mendengar Mohd Najib meneyebut menyebut ISIS/IS atau ia merupakan tafsiran pemimpin UMNO tertentu mengenai penerangan derma politik dari Timur Tengah. Mungkin PM berkata ia merupakan sebagai sumbangan kerana menghargai peranan Malaysia dalam keamanan dunia Islam dan pemimpin terbabit mentafsirkan sebagai menghalang ISIS.

5. Tapi andainya itu benar, para pembantu Mahathir sepatutnya membuat sedikit penyelidikan di wikipedia sahaja sudah tahu bahawa Islamic State ini sudah muncul sejak 2006. Malang sekali Tun Mahathir menggunakan gosip-gosip politik murahan di Facebook untuk dijadikan rujukan.

5. Dr Mahathir bertanya, “Why 700 million dollars? Surely it is too big for the needs of Malaysian elections, except if it is to bribe the Malaysian electorate. Why should anyone want to bribe the Malaysian electorate so Najib would win. Malaysians have supported the BN without the need to be paid huge bribes by anyone, least of all by foreigners.”

6. Sumbangan pelobi politik antarabangsa kepada negara tertentu atau parti tertentu bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi memastikan kepentingan mereka terjaga terutamanya membabitkan politik antarabangsa. Jika ada hartawan Arab mahu menderma atau membantu UMNO kekal memerintah kerana kepentingan ideologi dan hubungan baik ia bukanlah luar biasa.

7. Adakah Mahathir sendiri berani bersumpah Barisan Nasional dan UMNO di bawahnya tidak pernah menerima sumbangan beratus juta dari jutawan tertentu dalam negara? Sumbangan mereka ini lebih bahaya kerana mereka mempunyai kepentingan perniagaan yang jelas dengan Mahathir.

8. Apabila bersara Mahathir menyerahkan RM 200 juta kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ini bakinya. Berapa banyak yang dibelanjakan oleh Mahathir dalam pilihan raya 1999? Dari mana datang wang tersebut? Apakah jumlah yang dipegang Mahathir dalam pilihan raya 1999?

9. Mahathir membuat kenyataan seolah-olah jika benar wang tersebut digunakan untuk pilihan raya, maka ia merupakan cubaan merasuah pengundi. Dalam kamus politik Mahathir beliau sahaja suci, apa orang lain buat semuanya kotor dan hina.

10. Mahathir perlu bezakan antara rasuah politik iaitu memberi wang untuk setiap undi, dengan perbelanjaan pilihan raya untuk program, bantuan orang miskin, kos publisiti, bayaran jentera dan lain-lain. Mahathir boleh membezakannya semasa beliau Perdana Menteri dan terdesak untuk menyekat Anwar Ibrahim, tetapi buat-buat bodoh sekarang ini kerana mahu menjatuhkan Najib.

11. Mahathir juga mencabar Timbalan Perdana Menteri mendedahkan siapa penderma tersebut dan perincian transaksi. TPM tidak ada keperluan dan kewajipan mendedahkan sumber wang tersebut selagi penderma tersebut mahu kekal tanpa dikenali. Sudah tentu orang yang menderma wang berbilion ringgit ini perlu berhati-hati agar beliau tidak menjadi mangsa pihak lain sama ada yang anti-Malaysia atau anti-UMNO sendiri.

12. Apakah jika diberi semua perincian ini Mahathir akan tutup mulut dan berhenti membuat kenyataan karut marut untuk menjatuhkan Mohd Najib? Pastinya tidak. Mahathir seorang keras hati yang tidak akan mengaku salah secara terbuka. Ego beliau terlalu besar.

13. Mahathir juga membuat tuduhan “All these information could have been verified by the task force of four. But Najib dismantled the task force by sacking the A.G., sending the head of MACC on leave, and accusing Bank Negara of leaking Government secrets.”

14. Mahathir salah fakta lagi. Pertamanya tidak ada “task force of four” seperti yang beliau dakwa. Pasukan Petugas Khas hanya terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan Polis. Ini disahkan sendiri oleh Peguam Negara kesayangan beliau, Tan Sri Abdul Ghani Patail.

15. Peguam Negara hanya memberi nasihat perundangan bagi siasatan terbabit. Justeru sama ada Ghani atau sesiapa Peguam Negara ia tidak menggganggu proses penyiasatan. Mereka akan merujuk kepada undang-undang yang sama.

16. Mengapa Tun yang beberapa tahun kebelakangan ini membenci Ghani kini mempertahankan bekas Peguam Negara terbabit? Bukankah Tun antara yang menuduh Ghani dengan bermacam tuduhan dalam isu Pulau Batu Putih dan kehadiran warga singapura dalam pejabat Ghani? Apakah kerana Ghani kemudiannya mengikut kehendak Tun untuk menjatuhkan Najib maka ia menjadi lembu suci?

17. Mohd Najib tidak pernah membubarkan Task Force terbabit kerana ia bukan kuasa Perdana Menteri. Penubuhan Task Force pun bukan erti kata sebenar ini kerana mereka menyiasat isu berbeza.

18. Tuduhan Tun bahawa Ketua Pengarah SPRM diarah bercuti sangat melucukan. Jika pegawai Tun ambil masa menyelidik tentu beliau tahu bahawa, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah menjalani pembedahan di sebuah hospital di ibu negara pada hari Jumaat, 7 Ogos 2015. Berapa banyak Tun perlu berbohong untuk menjatuhkan Mohd Najib?

19. SPRM menyatakan mereka telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM menyatakan butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

20. SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut. Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.

21. Ini semua kenyataan SPRM yang dibuat oleh pegawai penyiasat asal yang Tun sendiri kata perlu dikekalkan dan masih kekal sehingga hari ini. Jadi Tun merepek apa sebenarnya?

22. Tun berhadapan dengan krisis fakta dan kebenaran yang serius. Para pegawai Tun Mahathir jagalah integriti dan maruah beliau. Periksalah fakta terlebih dahulu. Janganlah jadikan blog Tun setaraf komen-komen picisan dalam facebook.

Dari: Pak Din.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik