Tuesday, September 1, 2015

BERSIH 4.0: UMAT MELAYU KENA MUHASABAH DIRI.

Kaum melayu/bumiputera kena buka mata, kuasa di tangan boleh hilang sekelip mata, jika tersalah langkah.

2. Bersih 4.0 memperlihatkan kepada kita, bahawa kaum lain sedang mengintai, sedang menunggu merampas apa yang ada di tangan.

3. Bersih sudah menyimpang daripada tujuan asal kumpulan itu. Kini bertukar pula kepada mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan. Malah, Maria Chin Abdullah pengerusi Bersih 2.0 akan mengerakkan Bersih 5.0, atas sebab bersih 4.0 tidak berimpak kepada DS Najib.

4.Kaum melayu perlu sedar, apa perjuangan Maria Chin Abdullah? sehingga perlu disokong. Lainlah dengan DAP, bagi mereka, apa sahaja tindakan yang boleh menganggu gugat ketenteraman negara mereka akan disokong. 

5. Melayu/bumiputera kena ingat, tujuan penubuhan DAP, parti itu adalah serpihan PAP Singapura, yang menghapuskan negara melayu/bumiputera.

6. Kaum melayu/bumiputera perlu mempertahankan dengan erat dan kukuh kuasa yang ada, jangan nanti kita semua berputih mata, kata peribahasa- biar putih tulang jangan putih mata.

7.Kaum melayu/bumiputera kena ingat, bagaimana Bersih yang hanya menghimpun 50,000 tetapi dikatakan 500,000. 

8. Kaum melayu kena ingat, bahawa negara ini perlu diteruskan oleh generasi penerus, bukan diteruskan oleh generasi Lim Kit Siang.

9. Kaum melayu kena sedar, bahawa jika kuasa di tangan hilang, maka perlu waktu yang lama untuk merebutnya kembali, itupun kalau dapat. Bukti, Selangor dan Pulau Pinang, selepas jatuh, maka semua ahli Umno berputih mata. Tahun 2013, jumlah kerusi BN bukan bertambah, malah semakin kurang, malah tercorot berbanding parti-parti lain.
Dari: ApaYangTersirat.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik