Tuesday, September 1, 2015

BERSIH4.0: MESEJ JELAS MELAYU PERLU BERSATU.

PERHIMPUNAN haram BERSIH 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu merupakan mesej jelas supaya orang Melayu kembali bersatu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Beliau mengingatkan, orang Melayu sekadar ‘menang sorak kampung tergadai’ kerana terpengaruh dengan hasutan pihak berkepentingan.

“Apakah kelompok  Melayu itu bangga melihat ribuan kaum Cina memenuhi jalanan sambil mengutuk dan mencerca pemimpin Melayu,? soal beliau. Amat menyedihkan apabila ada segelintir Melayu sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP. Sedangkan DAP katanya, merupakan pertubuhan politik rasis yang tidak memberikan sebarang manfaat kepada orang Melayu.

Beliau mengingatkan, orang Melayu perlu menoleh ke belakang melihat peranan pemimpin DAP sehingga Singapura terpisah daripada Malaysia. "Kita kena faham sejarah politik DAP dan kita kena insaf bahawa parti rasis itu sekadar menjadikan orang Melayu sebagai alat,” tegasnya.

Perhimpunan haram BERSIH 4.0 ujar Syed Ali, memberi tamparan hebat kepada orang Melayu di negara ini terutama warga kota. "Kita telah melihat dengan jelas bagaimana kaum Cina mendominasi  perhimpunan tersebut, mereka ini tidak sayangkan keharmonian negara kita,” tegasnya.

Menurutnya, orang Cina terutama DAP jelas menguasai perhimpunan tersebut manakala kelompok Melayu sekadar ikutan. "Kelompok Melayu hanya menjadi pak turut dan mereka mengikut telunjuk DAP, ini sesuatu yang amat menyedihkan,” katanya. "Ini bukan soal perkauman, tetapi ketaranya peserta Cina dan bukan  Melayu memenuhi lapangan perhimpunan tersebut.

Beliau mendakwa, perhimpunan haram tersebut telah memberi isyarat bahawa pelampau bukan Melayu sanggup melakukan apa sahaja untuk menjejaskan kestabilan negara. "Ia satu mesej jelas bahawa suatu hari nanti orang Melayu akan terpinggir di tanah airnya sendiri selagi mereka berpecah belah,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, bukan Melayu dan golongan anti-kerajaan akan menggunakan peluang di atas pergeseran sesama Melayu untuk menguasai negara ini. "Mereka telah buktikan menerusi perhimpunan haram BERSIH 4.0,” katanya sambil menegaskan ianya satu pengajaran kepada pihak berkuasa supaya tidak membiarkan mereka mengadakan perhimpunan sekitar Kuala Lumpur.

Kata beliau lagi, orang Melayu terlalu mudah bergeseran sesama sendiri  dan terpedaya dengan sentimen persepsi dan kebencian melampau. 

Syed Ali kecewa kerana ada kelompok  Melayu tergamak membiarkan bukan Melayu menghina pemimpim Melayu. Beliau menegaskan, perbuatan memijak gambar pemimpin seperti dilaporkan media membuktikan kebiadapan tersebut.

“Yang mereka pihak gambar pemimpin Melayu beragama Islam, tak kiralah daripada parti pemerintah atau pembangkang, ini sudah perbuatan melampau, penghinaan dan kurang ajar,” tegasnya. "Apakah kita (orang Melayu) sudah tidak ada lagi harga diri sehingga membiarkan gambar pemimpin sebangsa kita dipijak bukan Melayu,?” soal beliau.

Katanya, walaupun timbul persaan kebencian terhadap pemimpin tetapi bukan cara sedemikian untuk menunjukkan rasa ketidakpuashatian.

"Golongan anti-kerajaan akan menggunakan peluang di atas pergeseran sesama Melayu 
untuk menguasai negara ini,".

“Itu bukan budaya orang Melayu dan rakyat Malaysia yang bertamadun, sesebuah kerajaan boleh dijatuhkan menerusi pilihan raya, bukannya berhimpun secara haram atau demontrasi di jalanan,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya menguatkan benteng perpaduan dan permufakatan bagi menghadapi sebarang ancaman. UMNO tegasnya,  merupakan parti mewakili majoriti orang Melayu dan kedudukan Melayu dan umat Islam perlu dipertahankan. “Sengketa sesama sendiri dan kebencian melampau terhadap seseorang pemimpin hanya akan merosakkan perpaduan yang dibina puluhan tahun,” tegasnya.
Dari: UMNOCheras.

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik