Wednesday, September 2, 2015

CALON MELAYU SINGAPURA TAK RETI CAKAP MELAYU...... MEMALUKAN.


Amat menyedihkan apabila calon Melayu bagi Parti Demokratik Singapore (SDP) yang merupakan parti pimpinan Cina di Singapore tidak mampu berkata-kata dalam bahasa Melayu.

Perkara ini terjadi apabila calon Melayu SDP, Malek, disoal oleh pemberita di negara itu dalam satu sidang media yang menyoalnya dalam bahasa Melayu dan mahukan beliau menjawab soalan tersebut dalam bahasa Melayu.

Malek yang disoal pemberita itu meminta supaya dirinya dibenarkan untuk menjawab soalan tersebut dalam bahasa Inggeris, tetapi ditekan oleh beberapa pemberita disitu untuk beliau terus menjawab dengan menggunakan bahasa Melayu.

Beliau yang terdesak dengan pemberita untuk menjawab dalam bahasa Melayu akhirnya terdiam kaku di hadapan media.

"Boleh saya jawab dalam bahasa Inggeris," kata calon Melayu SDP tersebut dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, pemimpin SDP berbangsa Cina yang turut hadir dalam sidang media tersebut mengambil alih dengan mempertahankan calon Melayu SDP itu dengan mengatakan Melayu dinegara itu kurang bercakap bahasa Melayu dan banyak menggunakan bahasa Inggeris

Jelas pemimpin Cina tersebut, bahasa Melayu akan digunakan apabila mereka sesama Melayu duduk berbual sekali dan itu menyebabkan calon mereka kurang fasih untuk berbahasa Melayu.

Beliau bagaimanapun meminta pihak media yang hadir pada sidang media itu agar tidak memainkan isu mengenai calon Melayu mereka tidak dapat berbahasa Melayu.

Adakah benda seperti ini yang kita mahukan di negara kita apabila DAP mengambil alih kuasa dari parti milik Melayu??? 

Adakah anda sanggup bahasa ibunda kita ditenggelamkan pihak cauvanist ini jika DAP ini memerintah negara seperti yang berlaku di Singapore???-Utaranews.com- 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik