Tuesday, September 1, 2015

KENAPA PESERTA BERSIH 4.0 MAJORITI KAUM CINA.

Kaum cina akan memberontak, jika persekitaran ekonomi tidak menyebelahi kaum itu. Keadaan ekonomi Malaysia pada masa ini, walaupun pertumbuhan di atas 4 peratus, namun penurunan nilai ringgit, menjunamnya indeks Bursa saham kuala Lumpur, menurunkan harga komoditi di pasaran dunia, serta pergerakaan harga dalam negeri yang tidak terkawal, sementara pendapatan rakyat tidak berubah, merupakan faktor yang membimbangkan kaum itu, kerana kelemahan daya beli rakyat akan mempengaruhi pendapatan syarikat-syarikat yang dikuasai kaum itu.

2. Kaum cina akan pro kerajaan yang memerintah, jika polisi kerajaan memihak kepada mereka, atas sebab itu, pada PRU-1999, walaupun dipuncak Reformasi, namun pengundi cina masih memilih Barisan Nasional, demikian juga pada PRU-2004, semua pihak termasuk kaum melayu, melihat kepada impak Tahun 1999, kerana kejayaan negara mengatasi krisis ekonomi.

3. Namun pada PRU-2008, keadaan berbeda, politik telah menguasai rakyat, sehingga pada masa itu, kaum cina berfikir, sudah tiba masanya menumbangkan kerajaan yang diterajui melayu, khususnya Umno, dan memilih kerajaan melayu yang lebih liberal melalui PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.

4. Sentimen PRU-2008 berlarutan pada PRU-2013, namun, kaum melayu/bumiputera masih berdiri teguh di belakang barisan nasional, khususnya rakyat yang berada di luar bandar dan spra bandar.

5. Kaum melayu.bumiputera telah melihat, bahawa kaum cina mahu menguasai politik tanah air selepas menguasai ekonomi berdekad lamanya, atas sebab itulah pada perhimpunan Bersih4.0, kaum melayu yang menyertai terhad kepada kumpulan Mat Sabu dan PKR.

6. Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semuanya dimonopoli oleh ahli dan penyokong Pas, namun pada kali ini, parti pimpinan Dato Seri Hadi Awang itu, tidak menyertai himpunan tersebut.

7. Meskipun Bersih 4.0 yang membawa misi mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan, di mana sebelum perhimpunan itu diadakan ada yang beranggapan bahawa penyokong Bn akan menyertainya, namun anggapan itu meleset sekali. 

8. Bersih 4.0 hanya berjaya memancing mantan Perdana Menteri ikut sama, namun tidak disertai oleh penyokong atau ahli Umno. 

9. Nampaknya kaum melayu masih mahu mempertahankan status quo, walaupun berbagai dakwaan mengelilingi Perdana Menteri.
Dari: ApaYangTersirat

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik