Thursday, September 3, 2015

MALAYSIA TIDAK BERDEPAN KRISIS RASUAH - PENGASAS TI.

Malaysia tidak berdepan dengan krisis rasuah, sebaliknya apa yang berlaku ketika ini ialah krisis kepercayaan.

Pengasas Bersama Transparency International Michael Hershman menjelaskan, krisis kepercayaan wujud ekoran pelbagai isu semasa yang melanda negara mutakhir ini.

Penjelasan itu juga menolak dakwaan Presiden Transparency International, Jose Ugaz yang menyatakan bahawa Malaysia kini berada dalam krisis rasuah.

"Timbul beberapa persoalan sama ada Malaysia berdepan krisis rasuah. Saya tidak pasti sama ia wajar disifatkan sebagai krisis rasuah. Namun apa yang timbul adalah krisis dalam kepercayaan terhadap kepimpinan negara ketika ini."

"Sehingga semua isu diperjelaskan, rakyat akan terus menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri berkenaan dari mana asal wang itu dan untuk apa ia digunakan," katanya ketika ditemui dalam salah satu sesi bengkel sempena persidangan IACC ke-16 di Putrajaya, hari ini.


Beliau juga menambah persepsi masyarakat berhubung isu semasa pasti memberi kesan kepada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara.

"Ia akan memberi kesan kepada CPI. Sejarah menunjukkan negara yang terpalit dengan skandal cenderung mendapat markah CPI akan merosot." katanya.

Terdahulu, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk "Usaha Memerangi Rasuah Oleh Pihak Berkuasa: Apa Yang Berkesan Dan Apa Tidak".

Persidangan tiga hari itu, yang dihadiri kira-kira 1,000 anggota perwakilan dari 130 negara, berakhir esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.
Dari: AstroAwani.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik