Thursday, September 3, 2015

PASAR SENI HILANG IDENTITI MELAYU....

Ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan apatah lagi Pasar Seni atau Central market diketegorikan sebagai kawasan tarikan pelancong.

Sebab itu ramai yang hairan dan terkejut lihat papan tanda premis tersebut tidak ada bahasa Melayu selain bahasa Inggeris yang dipamerkan adalah bahasa Cina.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang Jefree Zain Affendi, Pasar Seni adalah identiti, malahan sebahagian daripada institusi sejarah di Kuala Lumpur.

Di situ masyarakat kota, golongan karyawan, anak muda dan penggiat budaya cukup sebati dengan nama dan peranan Pasar Seni sejak turun temurun lagi.

“Apa yang memalit ralat besar adalah apabila saya melihat papan tanda Pasar Seni baru-baru ini. Tiada sepatah kosa kata atau terjemahan Bahasa Melayu langsung pada padan tanda berkenaan.

“Adakah pengurusan Pasar Seni sengaja meminggirkan Bahasa Kebangsaan?” soalnya.

Katanya, di sebalik segala usaha yang dibuat untuk memertabatkan Bahasa Kebangsaan, sesetengah pihak seolah-olah cuba mengetepikan, atau meminggirkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Walaupun kita menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai lingua franca dunia, Bahasa Kebangsaan harus dijunjung, didaulat dan dihormati kerana itu adalah asas identititi kita anak Malaysia,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, kata Jefree, bahasa kebangsaan mesti didahulukan sebagai bahasa ilmu, bahasa asas perpaduan sesama kaum dan bahasa penghantar kita di rantau Nusantara.

“Kita bangsa merdeka jangan alpa dengan pesanan Tunku Abdul Rahman yang berbunyi: “Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian – apa yang boleh saya ungkapkan sebagai negara yang tidak mempunyai jiwa dan roh,” ujarnya.

Berikutan kejadian itu, Jefree mendesak kerajaan untuk segera menggubal peruntukan undang-undang baru atau meminda undang-undang sedia ada demi memperketatkan peraturan wajib menggunakan Bahasa Melayu pada semua papan tanda di seluruh negara.

Dari: AIDCNews.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik