Tuesday, September 29, 2015

PBB MENCATUR KEHANCURAN MUSLIM MALAYSIA.

peace symposium 2015

SAYA telah menyertai Peace Symposium KL 2015, selasa yang lepas. Pada simposium tersebut telah diadakan perbincangan bertajuk, “Understanding Shariah from the Religious and Rights Perspectives”.

Sebagai peserta yang berdaftar seawal seminggu sebelum hari kejadian, tetap tidak memberi apa-apa kelebihan untuk saya mengetahui symposium itu dianjurkan oleh siapa. Hanya berhubung dengan koordinator simposium tersebut di whatsapp dan hanya mewakilkan diri mereka sebagai Peace Loving Society. Sehinggalah sewaktu hari kejadian di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur, terpampang logo International Human Rights Committee, Ahmadiyya Muslim Community dan Projek Dialog.

Ajaran Ahmadiyya telah difatwakan haram sejak 1998 (rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-ajaran-ahmadiahqadiani dan http://www.e-fatwa.gov.my/artikel/kempen-kesedaran-tentang-fitnah-ahmadiyah-qadiani ). PBB bijak menggunakan suara minoriti (Ahmadiyya) juga platform media liberal Projek Dialog di Malaysia demi menyebarkan Islam baharu tafsiran Barat.

Ini bukan kali pertama kami melihat dengan mata kepala kami sendiri tangan-tangan licik PBB menyelinap masuk ke Malaysia dan memberi public education kepada rakyat Malaysia mengenai Islam.

PBB kononnya dikenali sebagai ibu keamanan, pemegang tongkat keadilan dan hakim rujukan masyarakat dunia hakikatnya hanya membawa masyarakat dunia khususnya Islam, tunduk dengan agama tafsiran mereka. Modus Operandi ini merupakan taktik yang amat bijak. Kerana dengan menukar fahaman Muslim mengenai Islam, akan menukar cara hidup Muslim tersebut.

Hal ini bertepatan dengan pernyataan daripada Angel Rabasa, RAND senior policy analyst:

“The struggle in much of the Muslim world today is a war of ideas..

This is not a war of civilizations; it’s not Islam versus the West. It’s a struggle within Islam to define the character of Islam. We cannot come in as outsiders, as a non-Muslim country, and discredit the radicals’ ideology. Muslims have to do that themselves. What we can do is level the playing field by empowering the moderates.”

Secara ringkasnya Angel Rabasa menerangkan strategi bermain dengan negara-negara Muslim iaitu dengan cara mewujudkan peperangan idea. Mencairkan Islam melalui tangan-tangan muslim sendiri. Barat tidak perlu bermain di medan tersebut, cukup dengan memberi sokongan dan dokongan yang kuat kepada Moderate Muslim di dalam negara muslim tersebut.

Research ANd Development (RAND) diwujudkan pada 1946 oleh the United States Army Air Forces as Project RAND. Pada asalnya digunakan untuk mengkaji stategi ketenteraaan US. Tetapi kini menjadi badan pemikir bagi US dan sekutunya dalam strategi menguasai dunia. Didanai oleh kerajaan US, dana-dana peribadi dan korperat.

Kembali kepada Peace Simposium tersebut, panelis terdiri daripada individu dari pelbagai bidang Hak Asasi Manusia dan kebanyakannya peguam dan pengamal undang-undang di Malaysia; Aston Paiva, Dr  Aziz Bari, Syahredzan Johan, Dr Farouk Musa (IRF), Mr Sardar Jagir Singh mewakili Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), dan Sir Iftikhar Ahmad Ayaz yang mewakili Ahmadiyya Communiti.

Simposium ini didakwa sebagai wacana intelektual mengenai ” memahami syariah ” , tetapi nampaknya tidak ada sesiapa yang pakar atau layak untuk mewakili bidang syariah atau perundangan Islam sebagai penceramah. Sebaliknya, wacana tersebut banyak berlegar pada pendapat peribadi dan bukan kajian akademik bidang syariah.

Bijak. Inilah ‘war of ideas’ yang mahu diwujudkan oleh badan PBB sendiri. Mereka tidak mahu Muslim di Malaysia berfikir dalam kerangka yang sebenar tetapi mahu Muslim berfikir dalam kerangka persepsi.

Apabila PBB menafsirkan Islam untuk Muslim Malaysia. “We need secular state!”Bagai hendak gila para panel mendoktrin para pendengar. Sehingga panel mengajak semua rakyat menghormati hak lgbt yang juga punya hak atas dasar cinta. Gemuruh dewan bertepuk dan bersorak.

Apakah kegilaan yang dibawa PBB  ini? Membawa ‘ulama-ulama’ liberal menafsirkan syariah. Konon bertema ‘love for all hatred for none’.

Mengatakan bahawa Islam yang ditafsir mengikut disiplin ilmu selama ini adalah kebencian dan punca ketegangan antara manusia di dunia. Juga mengatakan bahawa Malaysia tidak memerlukan JAKIM, kita tidak perlukan golongan agama.

Rakyat yang perlu menentukan undang-undang yang mereka mahu. Malah, Undang-undang Islam sepatutnya boleh dikritik dan ditolak oleh setiap rakyat. Hebatnya PBB menafsir syariah untuk Muslim Malaysia laksanakan.

Antara ucapan ahli panel, Farouk Musa, wakil IRF dan seorang rasionalis:

“..to endorse interpetation of syariah that minimize contradiction with international human rights norms.”

Kita perlu menafsir semula syariah agar bertepatan dgn hak asasi manusia? Hak asasi manusia beracuankan barat yang memberi hak memberi pendapat tanpa batas. Hak kebebasan tanpa batas, hak golongan LGBT, liberal dan sebagainya. Menghalalkan hak yang bertentangan norma Islam.

Dan PBB semakin hari semakin menekan Malaysia melaksana undang-undang berteraskan hak asasi Barat ini. Lihatlah kita antara negara Muslim yang masih belum tunduk sepenuhnya kepada 18 perjanjian Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Kita perlu menjaga kedaulatan agama dan unsur Islam di Malaysia. Tekanan yang datang dari dalam dan luar negara mengajar kita betapa musuh Islam itu sentiasa terdesak untuk menjatuhkan Islam. Umat Islam di Malaysia perlu sepakat, sedar dan bangkit mempertahan kedudukan Islam yang mulia.

Modus Operandi yang berulang kali digunakan oleh musuh Islam ini perlu diperhati dan diambil tindakan supaya fahaman Islam Liberal tidak terus bercambah dalam pemikiran Muslim Malaysia. PBB mungkin melaungkan Free from fear and free from want (bebas dari ketakutan dan bebas bertindak) namun, satu yang PBB tidak akan pernah beri kebebasan iaitu, kebebasan menjadi muslim sebenar.

By: Sharifah Abdul Samad.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik