Saturday, September 19, 2015

PM MESTI BERANI KEMBALIKAN ISA ATAS TUNTUTAN LEBIH 200,000 RAKYAT.....


Sekalipun ini merupakan suatu keputusan yang disenaraikan sebagai yang terakhir dari 15 keputusan  perhimpunan itu tetapi sebenarnya inilah pekara pokok yang membawa kepada  Melayu dihina dan  Islam dipijak di negara ini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib.

Beliau telah membuat keputusan menghapuskan ISA ini secara sendirian dengan  harapan mendapat sokongan   bukan Melayu dan juga di kalangan antarabangsa tetapi beliau ditampar dengan Tsunami Cina dan plot antarabangsa untuk menjatuhkannya.

Sejak itu banyak hak dan prinsip Perlembagaan Persekutuan mengenai kesucian agama Islam telah dicabar menerusi mahkamah satu demi satu disamping berbagai provokasi terhadap orang Melayu.

Akhbar The Star menjuarai isu-isu yang bersifat sensitif  terhadap Islam termasuk menghina orang Islam kerana tidak bersahabat dengan anjing,menuduh Sekolah Kebangsaan meletakan kentin di tepi tandas kepada murid bukan Melayu di bulan puasa dan sebagainya.

Malah akhbar ini menggunakan sokongan JPM untuk mempromosikan dasar liberalisme di bawah kempen " Moderation" dengan menggunakan liberalis Melayu untuk memperkecilkan nasionalisme Perlembagaan Persekutuan sebagai fahaman Melayu yang sempit.

JPM tidak pernah membuat teguran secara terbuka dalam hal ini kerana Najib takut tidak popular di kalangan bukan Melayu malah beliau tidak berani untuk mengulangi Tsunami Cina yang terucap olehnya selepas kalah teruk Pilihanraya 2013.

Tidak dapat dinapikan bahawa slogan-slogan dalam Himpunan Rakyat Bersatu hari ini adalah lebih dahsyat dari ucapan Tsunami Cina yang takut untuk diulangi oleh Najib dan orang pun tahu bahawa Najib juga berada di belakang himpunan ini.

Maka itu tuntutan lebih 200,000 Perhimpunan Rakyat Bersatu sempena Hari Malaysia supaya dikembalikan ISA adalah sewajarnya dipatuhi oleh Perdana Menteri demi untuk menebus nama baiknya dan untuk  mengembalikan perasaan ketenteraman dan keyakinan  di kalangan rakyat terhadap kepimpinan Melayu Islam negara ini.

Rakyat  tidak akan membuat keputusan itu  jika rakyat yakin kepada POTA. Mereka melihatnya sebagai AUTA Najib kepada mereka setelah membuat kesilapan dan dosa besar  kepada negara menghapuskan  ISA. POTA tidak mempunyai aura  seperti ISA yang banyak memberikan sumbangan kepada kemantapan dan keselamatan negara.

Tidak dapat dinapikan bahawa  beberapa keputusan yang dibuat oleh himpunan hari ini  juga untuk menyelamatkan  Datuk Seri Najib dari dijatuhkan lebih dahulu dari tempoh yang ditetapkan.

Apapun bergantung kepada samada beliau sanggup mengembalikan  ISA untuk dilaksanakan secara tegas dan bukan dengan sikap  flip flopnya atau  untuk menyalahgunakannya bagi kepentingan peribadi.

Perhimpunan lebih 200,000 orang ini tidak mungkin berlaku jika rakyat tidak benar -benar berhasrat untuk menyampaikan mesej keras  dan memberi peluang terakhir kepada Datuk Seri Najib.
Dari: ZAMKATA.


 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik