Thursday, September 3, 2015

SISI LAIN BERSIH4 DARI KACAMATA MASYARAKAT CINA.

Beberapa wartawan akhbar Cina membuat kesimpulan dari sisi lain berkaitan perhimpunan BERSIH 4, 29 dan 30 Ogos lalu.

Tay Tian Yan, Timbalan ketua pengarang akhbar Sin Chew Daily membuat kesimpulan berikut :

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO jelas tidak goyah dan terjejas oleh BERSIH 4. Sokongan terhadap Najib bersandarkan sokongan akar umbi UMNO. Majoritinya adalah Melayu yang menebal dengan semangat kebangsaan dan tetap kekal menyokong beliau sedangkan bilangan yang hadir dalam perhimpunan itu adalah majoritinya kaum Cina.

2. MCA dan GERAKAN bakal menanggung kerugian yang besar. Kaum Cina tidak percaya kepada mereka dan UMNO pula semakin mencurigai pendirian MCA yang kelihatan bersimpati dengan BERSIH 4. UMNO melihat MCA dan Gerakan sebagai parti yang lemah dan tidak lagi mampu menarik sokongan orang Cina.

3. Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Dataran Merdeka gagal memenangi hati kedua-dua belah pihak, sama ada penyokong UMNO atau pembangkang. Beliau dianggap diktator yang sering menindas sebarang perhimpunan awam semasa pemerintahannya. Beliau juga tidak mempunyai tempat di kalangan para demonstran pada hari itu kerana 80% daripadanya adalah dari kaum Cina. Beliau dikecam hebat oleh ahli UMNO dan majoriti orang Melayu kerana menghadiri BERSIH 4. Imej Tun Mahathir sebenarnya terjejas teruk.

4. Malang untuk Anwar Ibrahim dan keluarganya kerana laungan BEBASKAN ANWAR tidak kedengaran sama sekali kerana laungan itu ditenggelami oleh tiupan hingar bingar vuvuzela.

5. Gerakan Harapan Baru (GHB) diaibkan kerana gagal membawa penyokong yang ramai. GHB diramalkan bakal gulung tikar selepas PRU ke 14.

6. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentunya boleh ketawa besar kerana keputusan beliau memulaukan BERSIH 4 telah memalukan DAP. Beliau melakukan perjudian politik yang mahal tetapi menang besar kerana berjaya menumpaskan tiga parti sekaligus – GHB, PKR dan DAP.

7. Kegagalan BERSIH bukan sahaja dari segi jumlah kehadiran yang tidak seimbang antara kaum tetapi dicemari dengan pelbagai insiden biadap seperti memijak potret Najib dan Hadi. Tindakan penyokong BERSIH membawa penyapu membangkitkan lagi kemarahan rakyat dan mengukuhkan lagi perpaduan Melayu.

Cheah Sin Chong, bekas wartawan The Star pula membuat kesimpulan bahawa kaum Cina di Malaysia hari ini semakin terperangkap dengan usaha-usaha jahat yang berterusan daripada DAP untuk menyemai benih-benih kebencian ke dalam minda mereka.

“Hari ini, ramai masyarakat Cina yang mempunyai dua pendapatan serta meraih gaji yang bagus tetapi masih mengeluh. Mereka mengadu itu, ini dan mengutuk kerajaan. 

“Mereka marah terhadap GST (cukai barang dan perkhidmatan) tetapi mereka membawa kereta yang mahal dan baharu serta membeli rumah berharga RM800,000 hingga lebih RM1 juta, dan berhutang banyak.

“Mereka mengutuk sekolah kerajaan dan sistem pendidikan namun memuja sistem sekolah antarabangsa. Sudah tentu mereka membayarnya dengan harga yang mahal. Apabila kewangan mereka terikat walaupun memperoleh pendapatan enam digit, mereka menyalahkan kerajaan,”katanya.

Menurutnya, ramai daripada masyarakat muda Cina hari ini hanya membaca berita sampah, terutamanya propaganda dari DAP dan buku-buku anti-kerajaan yang ditulis oleh penulis seperti Kee Thuan Chye. 

“Dia (Kee) sangat bagus dengan penanya. Seorang penulis prolifik. Malah, banyak perkara dan sindiran sangat tepat dan mungkin itulah sebabnya bukunya laku seperti goreng pisang panas. Saya mendoakan kejayaannya.

“Tetapi ada satu insiden di blog OldFreees70/72 yang membuat saya marah. Untuk pengetahuan anda, saya telah pun pergi ke pelancaran buku dan majlis tandatangan di Borders, Gardens Mall dengan keluarga saya untuk memberi sokongan moral.

“Walaupun saya tahu sentimen anti-kerajaannya, saya mengenepikannya untuk menunjukkan kepadanya sokongan sebagai ‘old Free’ (Penang Free School). Namun, kemudian dalam blog OldFrees70/72, hanya kerana saya berbeza pendapat, dia memanggil saya seorang cybertrooper Umno. Saya tidak kisah jika ia datang dari orang-orang zombie (DAP), tetapi saya rasa amat terkilan bahawa dia menghina saya di hadapan rakan-rakan saya bekas pelajar sekolah Penang Free sendiri di Internet.

“Dia bukan lagi kawan. Malah, saya mengambil buku eksklusif yang ditandatangani beliau – ‘No more Bullshit please, we are all Malaysians‘ – yang saya beli dan buat kali pertama, dibakar di luar halaman rumah saya. Saya suka buku dan tidak akan membakar buku tetapi kerana lelaki ini, saya melakukan perkara yang tidak pernah difikirkan.

“Jadi ya, dia adalah orang Cina yang telah jatuh pada kaca mata saya.”

Katanya lagi BERSIH juga disokong oleh golongan Cina kaya raya dalam perniagaan hasil kestabilan politik di negara ini. 

“Seorang wanita Cina yang kaya yang berpendapatan berjuta ringgit mahu mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 4.0. Dia memiliki berpuluh-puluh kedai-kedai runcit yang difrancaiskan. 

“Walaupun memperoleh pendapatan lumayan hasil keamanan dan kestabilan negara kita, dan walaupun dia telah mengembara, bijak, ‘socialite’ dan lain-lain, dia boleh tidak membezakan antara semangat patriotisme, kesetiaan dan pandangan politik.

“Suaminya yang bimbang bahawa dia akan mengambil bahagian dalam Bersih dengan pantas menerbangkannya ke luar negara. 

“Satu lagi contoh ‘kejatuhan’ Cina dalam mentaliti.”

Dari: AIDCNews.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik