Thursday, October 1, 2015

HIMPUNAN MERAH : SEKALI DALAM MASA 50'TAHUN MELAYU BANGKIT.

Kebanyakan warganegara Malaysia tidak menyokong tindakan DAP dalam BERSIH 4 menurut tinjauan yang dibuat.

Pembohongan yang dibuat oleh Merdeka  Center dalam kajiannya adalah  tidak relevan , ini adalah kerana kita sudah sedia maklum bahawa merdeka center adalah satu kumpulan yang berpihak kepada kajian yang kebanyakannya menyokong tindakan pembangkang.

Dalam himpunan Bersih 4 yang dijalankan kajian atau tinjauan dibuat oleh merdeka center tetapi ianya bergitu komitmen  dilakukan tinjauan bila mana himpunan merah dilakukan. Tindakan ini adalah untuk memperngaruhi pembaca bahawa  himpunan bersih 4 adalah relevan dengan tuntutan demokrasi dan  berlaku sebaliknya bila himpunan merah dilakukan.

Diantara pendapat yang dikeluarkan ialah  mengatakan bahawa himpunan merah akan mengwujudkan huru-hara dalam negara dan sedangkan yang paling nyata ialah bila mana bersih 01.02.03 dan 04   yang sebenarnya bertindak melakukan provokasi yang  menggugat keharmonian negara dengan tindakan  menjahanamkan  harta awam.

Pertikaian himpunan merah ini  telah menyebabkan banyak pemimpin pembangkang mengeluarkan kenyataan yang berat sebelah dan  mengaitkan tindakan himpunan ini sebagai rasis dan menggangu ketenteraman awam.

Tetapi mereka sudah lupa bagaimana tindakan DAP yang telah melakukan provokasi yang secara nyata telah menyentuh sensitivity orang Melayu  di Malaysia, Apakah ini tidak mengganggu  perasaan  kaum yang lain.

Kebenaran berhimpun telah digunakan sepenuhnya oleh pembangkang berkali kali atas nama hak kebebsan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan. Hak hak kebebasan bersuara ini digunakan sebagai platform untuk melakukan hasutan terhadap kerajaan, melakukan fitnah dan sebagainya.

Perlu diingatkan kepada DAP sepanjang 50 tahun orang Melayu  bersabar dan memendam semua provokasi yang dilakukan oleh DAP . Provokasi tersebut bukan sahaja kepada isu dasar kerajaan malahan ianya menular kepada Agama Islam , Bahasa Melayu dan kedudukan hak hak orang Melayu yang dilindungi oleh perlembagaan.

Apakah dengan sekali penggunaan hak hak bersuara oleh oarang Melayu ini , menjadi kesalahan besar  bagi orang Melayu untuk menyatakan hak hak dan ketidakpuasan hati terhadap tindakan  DAP yang selama ini langsung tidak menghormati ‘tuan Punaya Negara” ini dengan kepelbagaian fitnah dan hasutan?

Walaupun pada mulanya pihak keselamatan mengisytiharkan perhimpunan ini menyalahi undang-undang, Tetapi polis telah memberikan kebenaran perhimpunan itu diadakan selepas penganjur mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok untuk berhimpun.

Pematuhan syarat syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kepada penganjur Himpunan Melayu bersatu ini merupakan sikap toleransi  dan kerjasama diberikan  kepada pihak polis. Hal ini tidak pernah terjadi kepada himpunan bersih yang mana akan melancarkan  bantahan bila kedudukan tempat mereka berhimpun ditolak.

Ini lah yang membezakan bahawa himpunan merah pada kali ini adalah untuk menuntut kerajaan agar  bersikap lebih tegas dalam menjalankan perundangan negara. Bukan sekadar berhimpun akan tetapi ianya lebih kepada bantahan terhadap sikap kurang ajar yang menjadi amalan pembangkan terutama DAP.

Dari: AmbangPRU14.

    No comments:

    Post a Comment

    Pengikut

    Tajuk-Tajuk Menarik