Sunday, October 4, 2015

MELAYU TERUS DITIPU SELEPAS KEGAGALAN DAP PADA TAHUN 1999.


Detik hitam 1999 dalam Plihanraya  telah menyebabkan Lim Kit Siang dan karpal Singh telah kalah  dan sedikit telah menunjukkan kejatuhan sokongan terhadap DAP. Sebalik sedikit kejayaan bagi PKR dan PAS pada waktu itu.

DAP terkenal dengan  sebuah parti yang mempunyai agenda  serta matlamat yang kuat dalam  memperjuangkan sesuatu ideology sehingga menjadi kenyataan. Matlamat mereka ialah untuk memerintah Malaysia  serta menjadikan Malaysia sebagai  negara yang tidak beraja dan sebuah republik

Matlamat ini telah dipahatkan sejak 46 tahun yang lalu. Matlamat untuk meletak Melayu sebagai hamba dan dibawah tapak kaki mereka. Matlamat menguasi segalanya yang ada dalam negara ini. Matlamat untuk menukar apa yang tiada kepentingan dengan mereka.

Semua ini telah dibuktikan satu persatu dalam mereka mendesak , membuat tuntutan, perkara perkara yang tidak berpihak kepada mereka. Ini amat jelas bagaimana mereka mula mempertikaikan Rukun Negara, Sistem keselamatan, kehakiman, dan banyak lagi termasuklah penjawat awam.

Kekalahan pada tahun 1999 DAP telah dilihat terdapat lompang yang harusnya dipenuhi dengan melancarkan strategi strategi baru yang boleh mendapatkan semula sokongan kaum sebangsa dengannya.

Dalam melancarkan strategi tersebut, DAP telah melihat bahawa sikap menunjukkan sokongan secara terbuka  dalam isu penubuhan negara Islam dan berakitan dengan hal ehwal Islam  telah menyebabkan penolakan kaum cina yang lain terhadap DAP.

Sebagaimana kita ketahui bahawa PAP adalah tunjang startegi DAP selama ini, PAP memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan agenda politik DAP di Malaysia. Kekalahan pada tahun 199 telah menjurus kepada kajian terperinci sikap pengundi.

Hasil kajian yang dibuat  pada tahun 2004 , DAP telah mengambil tindakan untuk bertanding secara solo sebagai langkah untuk menilai sokongan kaum cina terhadap mereka. Ternyata strategi DAP melalui mentor mereka PAP telah berhasil  dan telah banyak memenangi kerusi semula berbanding PKR dan PAS.

Melihat semula kemenagan yang telah dikecapi pada tahun 2004, DAP telah menukar strategi secara keseluruhan dengan melancarkan gerakan yang lebih terperinci termasuk  strategi psychology terhadap orang Melayu dan India.

Melalui kajian yang dibuat DAP melihat bahawa Melayu dan India adalah dua bangsa yang mudah dipengaruhi dengan menabur budi dalam bentuk sumbangan kewangan, Ini terbukti peningkatan sokongan bila  DAP mula menabur sumbagan terhadap masjid, orang tua dan juga kuil India.

Mengubah strategi dan mengambil model perancangan PAP  ternyata telah terbukti amat Berjaya dan  banyak diantara orang Melayu terutama generasi muda dan didalam kelompok PAS dan PKR telah terperangkap dan sekali gus bersama sama menyokong apa juga cadagan yang dilakukan DAP walaupun dalam penindasan terhadap kaum lain.

DAP mengatur langkah lebih besar dan efisien berbanding parti UMNO  yang mana DAP dapat melihat kemalasan anggota UMNO yang  hanya mahu mengejar  kekayaan sebagai senjata yang ampuh untuk mereka melalaikan agenda yang dipikul oleh mereka terhadap parti UMNO.

Gerakan yang dilancarkan oleh DAP dengan melakukan propaganda bermula tahun 2004 telah mendatangkan hasil yang  lumayan dimana pada tahun 2008 mereka telah Berjaya menarik banyak kelompok Melayu dan India  menyokong DAP.

Dalam pada masa yang sama propaganda yang dilancarkan telah menyebabkan berlaku kecelaruan didalam UMNO dan  generasi muda yang mula mempertikaikan apa juga  yang dilakukan oleh kerajaan.

Propaganda yang berterusan sehingga 2013 dan telah melihat bagaimana sokongan kekalahan MCA dilihat bagaimana sokongan cina telah berpihak kepada DAP. Pecahan  sokongan Melayu kepada UMNO dilihat semakin meruncing.

Hal ini dapat dilihat bagaimana penurunan kerusi parlimen berlaku , , 2008, daripada penguasaan 117 kerusi parlimen dimiliki UMNO, telah menurun dengan begitu ketara kepada 74. DAP pula meningkat dari 12 kepada 28 kerusi, PKR pula dari 1 kerusi kepada 31 dan PAS mendapat 23 kerusi parlimen.

Sebagai menguatkan lagi sokongan dan memecahkan lagi kelompok Melayu DAP terus memberikan impak melalui propaganda mereka secara berterusan. Subjek yang terpenting ialah  dengan menggunakan kelompok gila kuasa didalangan keluarga Anwar Ibrahim untuk di exploitasikan.

Pada tahun 2013 selepas Pru , DAP sekali lagi telah menambah startegi mereka dengan membuka laluan kepada  generasi muda dan memberi tempat didalam politik yang mana mereka lihat  hal ini telah lama tidak dilakukan oleh UMNO.

Meletakkan generasi muda dan menjaga kebajikan mereka terutama orang Melayu  yang dikenali sikap terasa terhutang budi dengan pemberian amat berjaya sehingga DAP telah  berjaya menarik banyak penyokong dikalangan anak muda Melayu.

Anak anak muda ini lah yang akan bermatian mempertahankan DAP dalam apa juga keadaan  walaupun  hal hal berakaitan denagan Agama Islam. Mereka ini akan muncul dalam kepelbagaian bentuk  membela DAP.

Lim Kit Siang pemimpin yang mencetuskan tragedi  1969 sekali lagi telah berjaya melakunkan watak  watak kesedihan dimana  pada tahun PRU 13 dengan airmatanya telah berjaya mempengaruhi anak muda  terutama dalam kepimpinan PAS untuk memberikan sokongan padu kepada DAP.

Slogan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO terhadap DAP telah menyebabkan propaganda yang dirancang  berjaya pada tahap yang terbaik. Kezaliman ini ditunjukkan oleh DAP dengan mengatakan  bahawa  menggunakan lambang PAS dalam pilihanraya dan  memberikan penekanan tentang kezaliman UMNO apabila CEC yang dikatakan akan membatalkan parti DAP.

Serangan serangan propaganda dilakukan secara berterusan oleh DAP termasuk pemimpin mereka berganding bahu dengan cybertrooper mereka  melalui media sosial telah memburukkan lagi keadaan UMNO.

DAP seacara dasarnya telah melihat sikap “playsafe” oleh pemimpin UMNO dalam menjaga jawatan dan tidak mahu membantu kepimpinan mengani propaganda adalah lompang yang dilihat oleh DAP untuk menggunakan isu isu politik untuk menjahanamkan terus reputasi UMNO.

Dalam  keadaan yang bercelaru, DAP terus melancarkan serangan persepsi dan propaganda dan menyelinap masuk kedalam minda generasi muda untuk memperkukuhkan apa yang telah mereka bina.

PRU 13 telah menunjukkan bahawa segala yang dirancang secara bersepadu dan bergandingan diantara semua pemimpin telah memperlihatkan hasil propaganda DAP  telah melepasi 85% sokongan kaum cina.

Dap melihat bahawa strategi yang diambil dari mentor mereka PAP dilihat sebagai kesinambungan untuk mengwujudkan  Singapura kedua di Pulau Pinang. Melalui kaedah yang dilakukan PAP, DAP terus memecahkan majority kawasan melayu dan menolak kepentingan kebersamaan dalam komuniti akan tetapi melancarkan kepentingan satu kaum dengan melakukan penindasan pada kaum lain.

Hasil kejayaan DAP memenangi 38 kerusi dan sokongan kaum Cina menghampiri 90% pada pru 13, dan penurunan bagi sokongan kaum Melayu kepada DAP. (Sokongan anak muda Melayu kepada DAP meningkat berbanding golongan tua).

DAP yakin bahawa mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada PKR dan PAS. Dan kelebihan DAP ialah mereka sanggup melakukan kajian, perancangan dan melakukan tindakan secara serious.

DAP mengetahui bahawa pada PRU14 nanti, sejumlah lebih 5 juta pengundi baru akan dapat mengundi. Lalu dengan kekuatan sokongan kaum cina, DAP perlu memecahkan undi kaum Melayu.

Sekarang DAP sedang melihat potensi generasi muda yang berbakat dalam politik untuk diserapkan dengan sedikit imbuhan yang dikatakan menjaga kebajikan yang tidak ada didalam UMNO. Peluang ini dilihat oleh anak muda yang berminat dalam politik sebagai satu peluang untuk berada bersama sama DAP setelah kebanyakan daripada mereka ditolak untuk meyertai UMNO.

Pada 2017 nanti , jangan kita terkejut dimana ada anak Melayu yang professional  berlambangkan DAP akan bertanding di kawasan kawasan cin dan juga melayu. Walau apa juga keadaan yang paling nyatanya DAP tetap berfahaman sosialis liberal yang mempunyai agenda untuk menguasai negara ini.

Sasaran DAP menambahkan pengundi lebih 100k di Selangor dan mereka mensasarkan penambahan 5 lagi adun di Selangor untuk dimenangi merupakan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka untuk bersedia menghadapi PRU 14 akan datang.

Kepada pemimpin UMNO jika tidak mengambil serius hal ini, bukan sahaja Selangor dan Pulau Pinang malah Malaysia juga akan berkubur dan  bukan lagi dinamakan Semenanjung Malaysia dan mungkin akan bertukar tangan dan dinamakan Republik Of Malaysia.

Jika ini berlaku maka ternyata anak kecil main api , bumi ini milik orang akan dihidangkan dihadapan mata kita kerana kesilapan pemimpin yang tidak berani mempertahankannya.

  • –  PRU14.tv

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik