Saturday, October 3, 2015

PERPADUAN ISLAM PAS UMNO KETAKUTAN NYATA PADA DAP.


DEMI politik semata-mata  janganlah kita enggan beriman kepada ayat Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran.  Jangan kita berusaha meneruskan pembohongan mereka menggunakan nama Allah hanya untuk memancing undi politik.

Firman Allah “Dan janganlah kamu bersengketa, kerana dengan persengketaan akan menyebabkan kamu hilang kekuatan kamu.” (Surah Al-Anfal, ayat 46). 

Dan dikuti satu terjemahan ayat  berbunyi “dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Mahukah aku memberitahu kamu amalan yang lebih afdal dari sembahyang, puasa dan sedekah, iaitu mendamaikan antara dua golongan yang bersengketa; kerana kerosakan hubungan di kalangan umat Islam boleh membinasakan.

Perkembangan mutakhir menunjukkan, Pas kini telah dilihat sudah kembali kepada perjuangan yang mereka tetapkan dahulu, Jika dahulu  akibat dirasuk ego politiknya, Pas berdegil untuk masih lagi bersama sama DAP dan PKR ,

Kesetiaan yang bakal menghancurkan Melayu Islam. DAP secatara terangan menentang PAS dalam isu perlaksanaan hudud, Namun apa yang mampu dilakukan PAS?Kini secara terangan setelah PAS dipergunakan untuk mendapat undi dan negeri untuk DAP.

Barulah PAS sedar bahawa selama ini DAP telah menipu mereka walaupun banyak kali telah dipesan oleh saudara seagama dalam UMNO tentang perangai busuk DAP.

Sebagaimana biasa dan tahun tahun sebelum ini, akhirnya PAS akan akur  kedendak “God Father” demi kesinambungan politik yang melebihi apa yang di Firmankan Allah terhadap umat  Islam dalam penyatuan Islam.

Satu ketika dulu sebelum terjadinya Tahaluf Siyasi PAS cuba membawa usul ke Parlimen untuk menghukum bunuh orang murtad.  Pas merasakan bertanggungjawab untuk memelihara supaya gejala murtad tidak berlaku di negara kita.

Penyelesaian yang difikirkan sesuai oleh Pas untuk membendung masalah ini ialah dengan ugutan bunuh. Jika dahulu  PAS bersama sama DAP dalam  satu kumpulan yang mana PAS sendiri tidak mampu bersuara dengan “ Perjanjian Syaiton” yang dimenterainya dengan DAP dan PKR.

Secara logiknya pula, tidak ada sesuatu pun untuk menghalang orang yang tidak mahu percaya untuk berpura-pura percaya untuk mengelakkan hukuman mati. Jika ini berlaku, masyarakat Islam akan mempunyai lebih banyak munafik di kalangan mereka.

Apakah tujuan Pas untuk melahirkan orang-orang munafik ?- Jadi PAS pertamanya perlu menentang DAP sebelum melakukan keputusan , atau keluar dari pakatan syaiton dan begerak atas nama perpaduan Islam.

Kini PAS telah dihancurkan oleh talibarut DAP yang ada didalam PAS, PAS sedar bahawa selama ini kata kata saudara seagama nya adalah untuk meyelamtakan bangsa Melayu Islam dalam negara ini dari termakan tipu muslihat DAP yang berfahaman sosialis atau komunis.

Andaikan Pas berjaya memerintah negara ini bersama UMNO dan melaksanakan undang-undang yang disyariatkan oleh Islam jika tidak semuanya memadai sebahagian daripadanya..  Maka dengan tidak secara langsung  kedudukan orang Islam yang mahu beriman dengan al-Quran dan Sunnah Rasul akn bertambah dan bersama sama mendaulatkan Islam itu sendiri.

Di sinilah letaknya bahaya parti ini iaitu DAP yang mengunakan label ‘Islam’ diceramah ceramah mereka yang mempermainkan Al Quran  tetapi tidak mahu bersandarkan huiah mereka berdasarkan kebenaran dan terus menyesatkan lagi golongan yang daif.

Di sini jugalah letaknya bahaya parti yang menggunakan  nama Islam untuk tujuan politik dunia dan ingin sangat menggunakan kaedah paksaan dalam hal keagamaan.DAP sewenangnya menggunakan Islam sebagai modal politik dan terus membohongi kumpulan fanatik untuk digunakan.

Salah satu maksud ‘Islam’ ialah kesejahteraan.  Manusia yang menyerah diri (aslamma) kepada Allah dengan mematuhi ajaran dalam al-Quran akan memperolehi kesejahteraan (Islam). Firman Allah “Hendaklah kamu sekelian berpegang dengan ‘tali Allah (kitab Allah) dan jangan berpecah-pecah; dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu sekelian, ketika mana kamu bermusuhan, lalu Allah jinakkan antara hati-hati kamu, maka dengan nikmatnya kamu jadi bersaudara.” (Surah Ali Imran, ayat 103).

Secara ringkas, mengikuti addin, Allah akan membawa manusia kepada Islam.  Allah telah mengatur addin-Nya dengan begitu praktikal yang konsisten dengan sifat alam dan manusia yang dicipta-Nya.  Addin Allah berdasarkan bukti-bukti nyata dan apabila kita menggunakan pemikiran kita dengan minda dan hati terbuka, adalah mustahil kita tidak nampak kebesaran Allah dan kebenaran-Nya.

Sesiapa saja yang membaca al-Quran akan yakin bahawa al-Quran itu semestinya daripada  Allah dan bukan ciptaan manusia. Keyakinan ini timbul daripada sifat al-Quran itu sendiri . Sebaliknya, bagi mereka yang prejudis atau sememangnya tidak mahu dibimbing oleh Allah, mereka ini tidak akan terima panduan daripada Allah kecuali dengan izin Allah.

  • –  PRU14.tv

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik