Friday, October 2, 2015

SATU ANALISA : PAKATAN HARAPAN YANG MEROSAKKAN, BUKAN MEMBANGUN NEGARA.


Pakatan Rakyat telah menghembuskan nafasnya  pada Jun 2015 sebagai sebuah parti yang gagal berfungsi dengan baik  untuk menaburkan kebajikan kepada rakyat yang mengundi adalah satu bukti yang mana  Pakatan  ditubuhkan hanya untuk menjaga kepentingan individu sahaja.

Jadi, apa juga bentuk  pakatan ditubuh hanya kerana untuk memenuhi kota jawatan sahaja. Pembangkang seharus bersedia sebagai sebuah parti yang boleh dipercayai oleh rakyat namun segalanya tidak terjadi. Ini adalah disebabkan sikap dan  kepentingan diri menguasai segalanya.

Dalam pakatan tiada istilah membela kepentingan rakyat, akan tetapi kewujudan parti ini  hanya untuk melihat kesilapan  dan menumbangkan sesiapa sahaja yang boleh menjadikan mereka popular dikalangan  pengundi.

Dengan mengambil isu  dan mengaitkan dengan  Umno adalah satu kelebihan yang ada pada pembangkang. Ini terbukti bagaimana isu isu fitnah dan  bermaklumat salah digunakan untuk menjatuhkan  Perdana Menteri diulang siar berates kali agar rakyat terpengaruh

Matlamat pembangkang mudah dibaca, mereka akan menyokong kepimpinan negara yang lemah tetapi akan melakukan konpirasi terhadap kepimpinan negara yang kuat agar mereka mudah untuk mengawal situasi politik.

Menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan satu matlamat dan memburukkan kerajaan juga satu matlamat, Pembangkang di negara ini  bukan seperti pembangkang yang berada diluar negara.  Pembangkang di Malaysia tidak mempunyai hala tuju untuk membangunkan negara bersama sama tetapi hanya  bijak mengkritik dan memfitnah sahaja.

Kerana ada lompong besar dalam kepimpinan Pembangkang Malaysia. Lebih cepat ianya dilemahkan, lebih baik impaknya kepada rakyat yang mahu melihat pembangkang berperanan sebagai pengimbang  dan membantu kepada kerajaan  yang memerintah sekarang.

Mampukah pembangkang menang pilihan raya akan datang dengan mudah?Pembangkang telah merancang cukup lama bagaimana untuk memenangi pilihanraya dengan mudah, berbagai cara telah dilakukan,

Tetapi sejak akhir ini satu titik penyelesaian  dilihat telah dibuat untuk mencapai matlamat kemenanagan mudah dalam Pilihanraya  iaitu membuat konspirasi dan skandal walaupun tidak benar secara berterusan.

 Matlamat mereka adalah untuk melihat kerajaan sedia ada tumbang dengan sendirinya, bermaksud kerajaan akan ditumbangkan oleh rakyat yang tertipu dengan  helah pembangkang,melalui  isu isu serta konpirasi yang terancang oleh  pembangkang.

Ada berpendapat pembangkang hanya perlu bersabar  dan tak perlu buat apa-apa buat masa sekarang, Dengan agenda pemecahan majoriti pengundi yang telah diamalkan dalam beberapa kawasan mengundi  ianya memudahkan pembangkang menguasai kerusi  yang dipertandingkan.

Mungkin pada ketika itu akan berlaku keadaaan Bukan Pembangkang yang menang pilihan raya tapi Kerajaan yang kalah , ini bermakna kerajaan tidak akan dapat majority 2/3 serta tidak boleh menubuhkan kerajaan.

Jadi sebelum perklara ini berlaku, kerakusan pembangkang menabur fitnah dan tohmahan yang amat memualkan seharusnya dikekang dengan perundangan. Hanya ini caranya untuk kerajaan memastikan budaya  ketiadaan moral ini tidak menjadi barah dalam masyarakat terutama pengundi.

Mengharapkan kemenangan dan sokongan mestidilakukan secara berterusan, kerajaan harus memikirkan satu kaedah untuk mengekang sikap buruk pembangkang dalam politik negara. Keswan jangka panjang akan berlaku jika ketegasan tidak dilakukan.

Tetapi pada satu sudut yang lain pembangkang akan menjadi gusar dengan perubahan sikap pengundi dengan kejadian kejadian yang beralaku dimana penindasan dilakukan terhadap mereka oleh pembangkang.

Dimasa ini  pengundi akan bertindak  atau menjadi  fobia keputusan pilihan raya tidak memihak kepada majoriti dan kembali memilih kerajaan  apabila keadaan mendesak. Keadaan ini telah banyak kali berlaku.

Melihat dari sejarah silam pembangkang  telah menggunakan pendekatan yang agar kotor  dalam menjalankan agenda poltik. Pada ketika sekarang pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk perkara yang membebankan rakyat dengan menutup tindakan tersebut  dan kerajaan dipersalahkan dengan isu yang sama.

Jadi, pembangkang terus menerus memupuk sokongan rakyat dan memperoleh kepercayaan mereka untuk menggantikan kerajaan dengan mencipta slogan slogan palsu kepada pengundi.  Ini telah terbukti dimana Selangor dan Pulau Pinang telah menjadi  medan penindasan yang dilakukan oleh regim kezaliman pembangkang.

Penyingkiran PAS dalam pakatan rakyat telah memyebabkan Pakatan harapan ditubuhkan tanpa PAS. PAS telah digantikan dengan  Parti Amanah. Kini PAS telah sendirian tanpa  DAP dan PKR. Mampukah PAS  berjuang atau kembali kepada  perjuangan asal sebelum bersama DAP.

PAS memiliki pengaruh terbesar dalam kalangan pengundi Melayu terutama masyarakat luar bandar. Maka tidak ada gunanya pakatan baru tanpa penyertaan PAS. Apa yang menjadi ketakutan pihak DAP dan juga PKR ialah dimana  akan berlakunya  penyatuan semula PAS dan UMNO atas nama Islam. Hal ini telah meyebabkan  politik kotor DAP dan PKR terus menerus  berjalan agar isu pergabungan PAS dan UMNO tidak akan berlaku.

Mereka percaya bila keadaan ini berlaku ,  segala usaha mereka untuk meliberalkan rakyat dalam negara ini akan gagal selamanya. Maka dengan tidak secara langsuang agenda Malaysian Malaysia yang  menjadi titik perjuangan DAP dan juga PKR akan terkubur selamanya.

Harus juga dingatkan kepada kerajaan bahawa  kita telah membaca banyak sasaran yang telah dikeluarkan oleh pembangkang  dimana mereka  akan  berusaha untuk mendapatkan sekurangnya  35 hingga 40 kerusi marjinal yang dimiliki oleh UMNO.

Jika keadaan ini berlaku , tiada apa yang harus disesalkan lagi. Ini merupakan titik penamat bagi sebuah kerajaan Melayu Islam dalam negara ini. Dengan demikian matlamat pembangkang yang disokong oleh sebahagian Melayu akan tercapai sepenuhnya.

Jika  pembangkang dapat meguasai  40 kerusi marjinal, ia menjadi titik penamat Umno sebagai kerajaan. Kerusi marjinal kebanyakannya kerusi separa-bandar di pantai barat Semenanjung dan terdiri daripada komposisi etnik bercampur.

Dlam satu sudut yang lain, PAS dan UMNO diharapkan akan berkompromi  dan bersatu dalam melakukan penentangan terhadap agenda jahat DAP dan PKR serta PAN. Isu hudud telah lama tertolak dalam Pakatan. Apa lagi yang mahu PAS bersama mereka.

Pembangkang dalam taktik politik mereka sentiasa mengwar warkan bahawa UMNO adalah sebuah pari perkauman, Namun  pembangkang telah meyembunyikan fakta bahawa UMNO adalah salah satu komponen didalam Barisan Nasional yang terdiri dari kepelbagaian kaum.

Sudah pasti Pembangkang  akan cuba mengulangi taktik yang diguna pakai pada pilihan raya 2013 dengan cuba menakut-nakutkan pengundi berbangsa cina separa-bandar dengan mengatakan bahawa  UMNO adalah sebuah parti yang perkauman dan menindas bangsa lain.

Walaupun taktik itu menjadi pada 2013, tak semestinya ia menjadi sekali lagi pada pilihan raya akan datang. Pada kali ini pembangkang akan menggunakan isu skandal , konspirasi sebagai senjata untuk melermahkan sokongan terhadap kerajaan. Ini amat pasti.

Lebih penting lagi, pihak kerajaan mesti menyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa-bandar betapa kerajaan yang sedia ada  lebih baik berbanding  pembangkang dan apa yang telah berlaku di dua buah negeri iaitu Selangor dan  Pulau Pinang. Dan, untuk menjadi lebih baik, perkauman tidak harus dijadikan isu dan merupakan fitnah pembangkang untuk meraih simpati dan sokongan.

Sebaliknya, kepercayaan dan kesepaduan antara etnik dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dibina demi masa depan yang baru disamping menolak politik kotor yang memburukkan negara yang dilakukan oleh pembangkang .

Membina kepercayaan dan kesepaduan rakyat terutama dalam kalangan orang muda Melayu di kawasan separa-bandar, akan ada gelombang atau tsunami yang akan menyingkirkan Pakatan pembangkang  buat selama-lamanya.

Gelombang itu secara dasarnya berkenaan ekonomi. Kita boleh lihat sendiri bagaimana gerakan  baju kuning ’ cuba memainkan isu ketidakseimbangan ekonomi. Peranan SPR, Kehakiman , Keselamatan  dan  beberapa isu lagi.

Sebenarnya mereka  sendiri telah mengakui bahawa tuntutan tersebut telah mereka terima pakai, Namun demi kesinambungan politik mereka tidak mengakuinya. Suara mereka si baju kuning kedengaran bersifat perkauman yang nyata dengan slogan slogan yang dipaparkan

Kelembaban ekonomi, kgagalan  menarik pelabur asing adalah disebabkan tindfak tanduk DAP dan PKR yang mana telah memburukkan keadaan dengan  tuduhan fitnah, skandal yang tidak wujud dalam  kerajaan.

 Menggunakan media asing sebagai medium penyampaian  maklumat salah adalah tahap pengkhianatan  DAP terhadap negara ini. Rrakyat Malaysia seharusnya yakin dan faham apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang adalah  amalan kronisme dan menyebabkan masalah tiada pekerjaan dan pendapatan yang mencukupi dalam kalangan orang muda akibat dari memburukkan kerajaan yang didalangi oleh DAP di media barat.

Jelaslah, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan dan rakyat yang mampu melihat  dari kejadian dan berfikir  bahawa kehadiran pembangkang seperti DAP dan PKR tidak meyumbang apa juga kemajuan untuk generasi akan datang  dan kewujudan mereka ini adalah lompong politik yang seharusnya diisi oleh  sekumpulan pembangkang yang bersifat “check  and balance”  dan bersama sama membentuk masa depan dengan polisi yang rasional dan memimpin negara atas nama kesepaduan, bukannya perpecahan sebagaimana dilakukan oleh DAP dan PKR

Sudah tiba masanya untuk bersikap jelas. Sudah tiba masa untuk bergerak ke depan dan membentuk masa depan yang baru untuk Malaysia kearah berdaya saing tanpa kumpulan pembangkang yang hadir hanya untuk merosakan dan bukan membangunkan.

  • –  PRU14.tv

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik