Friday, November 6, 2015

GABUNGAN KOTOR PAKATAN HARAPAN - SPRM.

Pakatan-Harapan-BaruTimbalan Pesuruhjaya SPRM yang baru bersara, Zakaria Jaafar berkata, beliau berbangga dengan tahap keyakinan orang ramai terhadap suruhanjaya itu yang telah meningkat daripada 39% pada tahun 2009 kepada 68% pada tahun 2014.

“Kami ingin tahu tahap keyakinan orang ramai terhadap kami, jadi kami telah menjalankan satu kaji selidik dan pada ketika itu, ia hanyalah sebanyak 39%. Itu amat mengejutkan kami. Tetapi ia meningkat kepada 68% dan sasaran kami pada 2015 adalah 70%,” kata Zakaria.

Salah satu perkara penting yang tidak diberitahu Zakaria, di mana merupakan perkara yang paling penting adalah SPRM mengalami krisis keyakinan disebabkan pembangkang sering menyerang mereka tanpa henti.

Oleh itu, tiada jalan keluar untuk SPRM meningkatkan kedudukan melainkan pihak pembangkang berhenti menyerang mereka dan mula melemparkan pujian.

Dan itu adalah ketika SPRM merasakan jalan terbaik adalah berbincang dengan pembangkang dan cuba untuk memuktamadkan sebuah pakatan.

Pihak pembangkang telah menyedari bahawa mereka kekurangan satu senjata penting. Parti pemerintah mempunyai Cawangan Khas untuk bertindak sebagai agensi perisikan, sedangkan pembangkang tidak mempunyai apa-apa.

Oleh itu, sekiranya SPRM menawarkan untuk menjadi cabang perisikan pembangkang dan jika apa yang perlu dilakukan oleh pembangkang adalah berhenti menyerang SPRM, jadi perkara itu adalah yang terbaik. Ia akan menjadi situasi yang membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak.

SPRM mempunyai kuasa dan sumber tanpa had. Mereka boleh menggeledah rumah dan pejabat anda dan merampas apa sahaja yang mereka temui di situ.

Mereka boleh mengganggu rumah, pejabat dan telefon anda, termasuk juga meletakkan kamera untuk merakam semua rahsia anda. Malah, mereka juga melakukannya terhadap pegawai-pegawai mereka yang disyaki melakukan kesalahan. Jadi, SPRM menjadi rakan sekutu adalah sesuatu yang sangat bernilai.

Fakta berkenaan SPRM yang dulu merupakan musuh nombor satu pembangkang dan kini menjadi rakan subahat mereka, adalah tidak menjadi satu isu.

Pembangkang telah terlibat dengan banyak pakatan kotor sebelum ini, jadi tambahan satu lagi tidak menjadi persoalan. Sebagai contoh, ‘The Star’ kini berkhidmat untuk DAP, sedangkan gaji mereka dibayar oleh MCA (dan sebelum ini DAP sering mengutuk ‘The Star’ seperti tiada lagi hari esok).

Dan masih ingat bagaimana pihak pembangkang selalu mengutuk Tun Mahathir Mohamad dan memanggil beliau MahaFiraun dan menyatakan apabila pembangkang mengambil alih, mereka akan memasukkan beliau ke dalam penjara dan membuang kuncinya?

Dahulu pembangkang juga sering mengutuk Anwar Ibrahim dan memanggil beliau penipu dan beliau sepatutnya dipenjarakan kerana menipu Parlimen semasa Anwar menafikan telah menghilangkan RM30 bilion dalam pasaran wang.

Sekarang pembangkang berkata Anwar adalah satu-satunya daripada 30 juta orang Melayu yang layak untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Dan DAP, yang sering mengutuk Ling Liong Sik kerana mencuri bilion ringgit dari PKFZ dan telah memburu Liong Sik tanpa henti serta memasukkan beliau dalam penjara (dan sangat marah ketika Dr Mahathir menyelamatkan beliau daripada ke penjara), sekarang mahu membantu membayar kos guaman Liong Sik dalam saman sivil yang Perdana Menteri Najib Tun Razak terhadapnya.

Anda sendiri dapat melihatnya. Orang yang dahulunya ingin dihukum pembangkang, sekarang menjadi rakan baik pembangkang. Dosa-dosa mereka telah dilupakan dan mereka telah dipulihkan. Sesiapa sahaja, termasuk Hitler, boleh menjadi rakan mereka, asalkan mereka boleh mendapat faedah.

Secara tidak langsung, SPRM sekarang telah menjadi pasangan ‘Ali Baba’ pembangkang. Itu adalah tidak mengejutkan apabila parti pecahan PAS, PAN boleh ditubuhkan sebagai satu lagi Ali Baba DAP.

Akhirnya ia adalah serupa sama ada dalam perniagaan atau politik. Di belakang Melayu adalah orang Cina yang memberikan arahan dan menggunakan orang Melayu untuk membuat kerja kotor.

‘RIP’ Teoh Beng Hock dan Ahmad SArbani Mohamed. Sekarang ini anda hanyalah gadaian, yang mati, dalam permainan kotor politik.

By: Raja Petra Kamarudin.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik