Wednesday, November 4, 2015

POLITIK ITU MACAM PEPERANGAN.

Bernula awal tahun ini, serangan politik menghujani Perdana Menteri. Perdana Menteri diserang daripada berbagai sudut, antaranya bermain golf dengan Obama dikala Semenanjung dilanda banjir, mempertikai penggunaan jet kerajaan yang diguna PM, isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion.

2. Melihat kepada serangan tertumpu pada Perdana Menteri, maka dicuba mengalihkan serangan itu ke arah lain. Antaranya isu berbalas-balas kenyataan antara Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan Speaker Dewan Rakyat- Tan Sri Pandikar, berkaitan dengan isu meletakkan jawatan. 

3. Selain itu retaknya Pakatan Rakyat, atas sebab parti Pas dan Dap tidak sehaluan lagi, ekoran Hudud, serta perpecahan Parti Pas sendiri, ekoran keputusan muktamar parti itu, yang menyebabkan seluruh aliran erdogan dalam parti itu tumpas. Keadaan seumpama ini, sebenarnya salah satu cara mempelbagai "the making news" bagi mengalih perhatian kepada DS Najib.

4. Walaupun pergolakan dalam Parti pembangkang begitu kuat, termasuk pemenjaraan Dato Anwar Ibrahim kerana didapati bersalah meliwat pembantu lelakinya, PRK Kajang yang menyebabkan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim digulingkan dan PRK Permatang Pauh, tidak juga berjaya mengalih serangan yang didepani Perdana Menteri.

5. Untuk mengubah serangan yang bertubi-tubi yang diarah kepada DS Najib khususnya berkaitan dengan 1MDB, maka berlaku perubahan kepimpinan di Terengganu, merombak kabinet Persekutuan termasuk memecat Timbalan Perdana Menteri serta salah seorang Naib Presiden Umno, selain itu memecat Peguam Negara, juga tidak dapat mengalih serangan langsung kepada Perdana Menteri ke-6 tersebut.

6. Tindakan terbaru, bagi mengubah tujuan serangan adalah melalui 'ruling' yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat berhubungan dengan debat berkaitan dengan 1MDB antara anggota PAC Tony Pua yang juga MP DAP bagi kawasan Petaling jaya Utara dengan Presiden syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut. Sebelum itu, ada juga tindakan mengalihkan serangan terhadap DS Najib, apabila Lim Kit Siang menuduh Tan Sri Pandikar mensabotaj Penyiasatan PAC terhadap 1MDB, di mana dakwaan tersebut menyebakan Kit Siang digantung oleh Dewan Rakyat selama 6 bulan.

7. Selain itu, tindakan mengalih serangan terhadap DS Najib Razak dibuat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dengan kenyataan Bangun awal, jika mahu mengelak kesesakan jalanraya dan bayaran tol.

8. Menang dalam politik antara cara untuk menang adalah bagaimana para pemain politik itu dapat mempelbagai target, tujuannya agar kesan peluru melemah kerana target yang berganda. 

9. Di pihak kerajaan, memang ramai pemimpin politik yang bertindak mengubah arah serangan, antaranya Menteri Komunikasi dan Mutimedia Datuk Salleh Tun Said, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan-Dato Rahman Dahlan, Menteri KKLW Dato Ahmad Sobri Yacob, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani- Dato Tajuddin Abdul Rahman serta Speaker Dewan Rakyat- Tan Sri Pandikar.

10. Kenyataan Speaker Dewan Rakyat, bahawa beliau akan meletakkan Jawatan jika debat antara Tony Pua dan Arul diteruskan, jika syarat yang beliau kemukakan tidak dipatuhi, merupakan tindakan politik yang cuba mengalih arah serangan terhadap terhadap Perdana Menteri. Benar juga, apabila kenyataan itu dilaporakan, maka ianya menjadi "the making news' bukan sahaja bagi media arus perdana, juga portal pembangkang dan termasuk media sosial baik yang pro kerajaan mahupun tidak.

11. Bagi pengamal media sosial yang pro pembangkang, ramai juga mengangkat kenyataan Rahman berkaitan dengan bangun pagi, termasuklah MP Pandan- Rafizi Ramli. Setidak-tidaknya kenyataan Rahman itu, mengurangkan kosentrasi serangan terhadap DS Najib. Sebenarnya, kenyataan Rahman itu, tidak berimpak kepada dirinya sebagai MP Kota Belud, kerana melalui kenyataan tersebut, jika yang menyokong beliau 7 daripada 10 bagi kawasan yang diwakilinya, sokongan akan meningkat kepada 8 daripada 10.

12. Demikian juga cara, Datuk Salleh mengulas atau menjawab tulisan-tulisan atau kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir, misalnya berkaitan dengan hutang sesebuah syarikat. Salleh mengingatkan semula, bahawa hutang merupakan sebahagian daripada perniagaan, atas sebab itu diwujudkannya perbankan. Jika hutang bukan sebahagian daripada perniagaan, maka dengan sendirinya perbankan akan lumpuh kerana tidak akan berkembang.

13. AYT melihat kenyataan-kenyataan para menteri kabinet DS Najib, adalah kalahnya macam disengajakan untuk mengundang kritikan, agar supaya penumpuhan serangan kepada Perdana Menteri dapat dikurangkan, kalaupun tidak dapat dihapuskan. Cara Dato Ahmad Maslan, sebenarnya cara untuk mengalih pandangan, atas sebab itu, beliau memberi kenyataan-kenyataan yang mengundang kritikan dan cemohan. Sebagai hulubalang, perlu bertindak demikian.
Dari: Apa Yang Tersirat.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik