Thursday, December 10, 2015

AMARAN NAJIB KEPADA UMAT MELAYU/ISLAM MALAYSIA.



Rakyat Malaysia sekarang ni hanya diberi dua pilihan, sama ada mahu memilih pemimpin yang memerintah negara yang beragama Islam atau nak pilih pemimpin yang beragama kafir?? Sama ada rakyat mahu terus menerima dan memberi sokong sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN) yang didominasikan oleh Umno atau pun dorang sanggup jadi hamba abdi kepada Pakatan Harapan atau pembangkang yang dimonopoli oleh DAP??

Pilih lerrr…. Sanggup ke korang tengok tanah Melayu yang dipertahankan orang dulu-dulu sanggup berjuang bergadai nyawa untuk merebut kembali tanah Melayu dari pemerintahan orang luar, jatuh kembali kepada tangan orang ‘asing’?? Sanggup??

Sebab itu lah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat andaian bahawa, sekiranya rakyat negara ini berkeras mahu menyokong pengkhianat dalam parti Umno dan menolong mereka teruskan agenda menggulingkan Umno, maka mereka akan melihat tidak lama lagi negara ini akan dikawal sepenuhnya oleh mereka yang menidakkan perjuangan Islam.

Silap-silap semua hukum hakam pasal Islam akan dimansuhkan dan mereka akan membuang terus perjuangan orang Melayu dan Bumiputera. Kepentingan orang Melayu juga akan diabaikan dan sebaliknya hanya difokuskan kepada orang-orang mereka sahaja. Secara automatiknya orang Islam akan ditindas.

“Bencananya yang akan menimpa. Apakah kita mahu masa depan anak dan cucu dan agama Islam dipertaruh kepada selain daripada kepimpinan Melayu dan Islam sedia ada? Nauzubillah…” kata Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di PWTC.

Sementara itu Najib juga membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang mahu mewujudkan kerajaan dua parti kononnya bagi memudahkan urusan pemerintahan kerana menurut Mahathir pemerintahan satu parti tidak akan bertahan selamanya.

Perdana Menteri menerangkan bahawa kerajaan tidak pernah terlintas untuk mewujudkan sistem dua parti walaupun negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Perkara tersebut tidak akan pernah berlaku walaupun didesak Mahathir atau sesiapapun. Idea Mahathir ni sebenarnya hanya akan menyusahkan lagi pentadbiran negara dan seterusnya membahayakan negara.

“Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi dari sudut falsafah dan perjuangan UMNO itu sendiri yang memartabatkan bangsa dan mempertinggikan syiar Islam.

“Saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli UMNO semua, takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu?,” katanya.

Semua ini hanya sebagai satu perangkap yang dipasang oleh parti pembangkang dalam cubaan mereka untuk lebih terjerumus dalam pemerintahan negara. Nanti slow-slow mereka akan merampas tapak pemerintahan negara jika perkara sebegini berlaku.

Lebih baik negara diperintah oleh pemimpin-pemimpin Islam kerana majoriti penduduk di negara ini rata-ratanya adalah beragama Islam. Kepentingan pun dijaga, hak dibahagi sama rata, agama Islam dan agama lain pula terpelihara jadi mengapa kita nak susah-susah ubah pemerintahan sedia ada ni??- UtaraNews.com
 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik