Friday, December 11, 2015

KENAPA DAP BERIA-IA MENGANJURKAN "MAQASID SYARIAH".


Nampaknya tulisan saya mengenai pemikiran sesat AMANAH yang tertumpu dengan kenyataan Zulkifly Ahmad pada forum Islam Dalam Perlembagaan Demokrasi belum selesai disebabkan banyak pertanyaan yang makin lama makin membongkar dalang sebenar yang menjadi “mastermind” kepada aliran sesat ini. (Tulisan saya boleh dibaca di sini dan di sini)

Mula-mula ada yang menegur mengatakan Dr Zulkifly Ahmad tak kata macam tu pun. Kemudian artikel kedua saya ada yang kata takkan G25 yang rata-rata UMNO nak bersama dengan AMANAH?

Memang susah untuk kita berhujah dengan orang yang hanya melihat isu pada satu lapisan atau satu sudut tanpa menoleh daripada pelbagai sudut atau lapisan.

Fokus isu yang cuba saya ketengahkan ialah, Islam Liberal atau Islam Demokrat satu aliran pemikiran Islam yang sesat yang kian berkembang dalam cerdik pandai Melayu Islam atau bahasa mudahnya golongan profesional. 

Saya perincikan lagi kepada parti AMANAH yang telah keluar daripada PAS kerana idea dan pemikiran ini tidak berjaya diserap sepenuhnya dalam PAS kerana ada halangan terutama disebut sebagai golongan ulama. Perkara ini bukan baru.

Yang bergaduh dalam facebook serta media sosial lain seperti whatsapp itu hanya bunga-bunganya sahaja. UG, Erdagon dll itu pun sampingan percikan daripada perkara asas ini.

Forum Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute pada 31 Oktober 2015 di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Lapaan orang terbabit dalam mengajurkan forum ini ialah:-

1. Zairil Khir Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute

2. Dato’ Abdul Malik Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Pulau Pinang

3. Datuk Latifah Merican Cheong; G25 – bekas pembantu Gabenor Bank Negara dan Ahli Lembaga Pengarah The Asian Women’s Leadership University (AWLU) Project

4. Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin, G25 – Bekas Ketua Pengarah di Penyelidikan, Triti dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri dan Ambassador bagi Kumpulan Pakar Perundangan Tinggi pada Susulan kepada ASEAN Piagam (HLEG)

5. Dato’ Seri Mohd Nazir bin Tun Abdul Razak G25 – Pengerusi CIMB Group

6. Dato’ Dr Anwar Fazal, G25 – Pengerusi the Malaysian Interfaith Network (MIN) dan Inisiatif Kelestarian Pulau Pinang

7. Dato’ Dr. Sharom Ahmat, G25 – Pengerusi SERI (Socio-economic and Environmental Research Institute) nama lain kepada Penang Institute.

8. Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN/AMANAH).

Lanjutan daripada forum muqasid syariah ini, satu lagi forum berkenaan di buat di Kuala Lumpur pada 5 Disember 2015. Forum tersebut (Islam Dalam Demokrasi Berpelembagaan di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur pada 5 Disember) telah menjadi kontraversi.

Soalannya siapa Zairil Khir Johari yang menjadi ‘mastermind’ dalam forum Muqasid Syariah? Kenapa Islam liberal demoktar berselindung di sebalik forum Muqasid Syariah? 

Zairil Khir Johari melalui Syed Azman Syed Nawawi (masa tu dia Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa) yang bawa DAP untuk berjumpa pelajar Islam di Timur Tengah.

DAP berjumpa dengan pelajar Malaysia di Mesir

DAP buat lawatan rasmi ke Turki

DAP juga berceramah di Kelantan mengatakan negara Islam pun tak buat hudud. DAP beri contoh Mesir. Saya ingin bertanya adakah kita kenarujuk Mesir atau rujuk Al Quran? 

Siapa yang bawa DAP untuk hentam hudud di Kelantan pada pentas PAS. Ini semua kerja geng G18 yang kita kenali sebagai parti AMANAH sekarang.

Siapa boleh berhujah dengan saya untuk memberikan keyakinan kepada saya bahawa DAP buat semua ini MUQASID SYARIAH untuk mendekatkan diri dengan Islam serta MESRA ISLAM??

Tolong jawab!

Dari: AIDCNews.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik