Friday, December 11, 2015

LIM GUAN ENG DALANG KUMPULAN G25 DAN GAGASAN "MAQASID SYARIAH " II.

g251
“Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan,” anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute, 31 Oktober di Olive Tree Hotel, Pulau Pinang. Dari kiri Datuk Latifah Merican Cheong (G25), Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim (Penasihat G25), Datuk Saifuddin Abdullah (PKR/ketua setiausaha sekretariat Pakatan Harapan), Lim Guan Eng (DAP/Ketua Menteri), Zairil Khir Johari, (DAP/Pengarah Eksekutif Penang Institute), Dato’ Abdul Malik Kassim (PKR/Exco Agama Islam kerajaan negeri), Dr. Afif Bahardin (PKR/Exco Pertanian kerajaan negeri), Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin (jurucakap G25), dan Dato’ Dr Anwar Fazal (G25/ Perancang Interfaith Council-IFC).
Kenapa kumpulan yang kononnya mendakwa mewakili 25 tokoh Melayu profesional atau G25 memilih Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menganjurkan program pertama mereka bertajuk “Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan” ?
Forum itu dianjurkan bersama oleh G25 dengan kerjasama badan pemikir kerajaan negeri, Penang Institute, diadakan di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada 31 Oktober.

Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

lge

Forum G25 itu yang menggunakan elemen Islam -Maqasid Syariah-untuk melindungi gagasan agenda liberal dianggap janggal apabila majoriti pembentang bukan ahli G25, tetapi di kalangan pemikir-pemikir liberal dari Majlis Peguam Malaysia dan pensyarah dari Universiti Singapura.

fkyers-maqasid.jpg

penang institute
Sesi Panel 1- Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Syariah. Dari kiri; Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir (Majlis Peguam Malaysia), Dato’Noor Farida Ariffin (moderator), Aston Philip Paiva (Majlis Peguam Malaysia) dan Lim Heng Seng (Majlis Peguam Malaysia)
g252
Sesi Panel 2 – Isu-isu konflik dalam sistem undang-undang majmuk. Dari kiri; Dr Nawab Osman (Universiti Teknologi Nanyang Singapura), Dato ‘Anwar Fazal (moderator), Dr Syed Farid Alatas (Universiti Kebangsaan Singapura) dan Dr Maznah Mohamad (Universiti Kebangsaan Singapura)

Mengapa G25 yang mendakwa diri mereka bekas penjawat awam kanan yang mempunyai rangkaian di pelbagai sektor awam dan swasta, akhirnya memilih memilih badan pemikir DAP, Penang Institute sebagai rakan kongsi mereka untuk menganjurkan program itu.

Kenapa tidak dipilih badan pemikir yang tidak dilihat berkecendrungan elemen politiknya, serta lokasi penganjuran di universiti awam atau swasta atau mana-mana bangunan institusi yang berkecuali untuk membuktikan G25 tidak berpihak. 

organisation-chart2015 penang institute
Organisasi badan pemikir Penang Institute.

board pi

g253
Datuk Latifah Merican Cheong ( G25) bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng

Keputusan G25 memilih Penang Institute sebagai rakan kongsi dan Lim Guan Eng sebagai perasmi forum mengsahkan lagi bahawa DAP adalah dalang di sebalik agenda penubuhan kumpulan tersebut.

Apatah lagi dengan penglibatan Dato sebagai salah seorang inner circle G25.

Dr Sharom yang berkelulusan dari Universiti Singapura, pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar/ Akademik/ Pembangunan Penyelidikan) Universiti Sains Malaysia adalah salah seorang pemikir kerajaan DAP Pulau Pinang.

SONY DSC
Dato Dr Sharom Ahmat (bertanda bulat) adalah salah seorang proksi nama Melayu yang dianggap pemain di belakang tabir Penang Institute. Dr Sharom juga adalah pengerusi badan pemikir kepada SERI (Socio-economic and Environmental Research Institute). SERI ditubuhkan pada tahun 1997, merupakan badan pemikir kerajaan negeri pada waktu itu, namun apabila DAP memerintah negeri itu, peranan SERI dijenamakan dalam nama baharu yang dikenali sebagai Penang Institute. Dr Sharom sebenarnya proksi kepada Liew Chin Tong, Pengarah Eksekutif SERI (di sebelah kiri). Liew pula pemikir utama kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

maqasiq

Lim Guan Eng Dalang Kumpulan G25 & Gagasan ‘Maqasid Syariah’ ?

Dari: AIDCNews.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik