Tuesday, December 1, 2015

SETAKAT PERNIAGAAN MEMBAWA MASUK PEKERJA ASING.

Tindakan tegas kerajaan terhadap majikan dan ejen yang membawa masuk warga asing yang tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini amat dialu-alukan. Sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak mambawa pihak atau individu yang terbabit dalam sindikit tersebut kemuka pengadilan.

Ini memandangkan kebanjiran warga asing ke negara ini merupakan masalah utama yang perlu di beri perhatian, Ia bukan sahaja mengundang kepada masalah sosial malah pada masa ini banyak perniagaan yang sebelumnya di usahakan oleh rakyat tempatan telah di ambil alih oleh warga asing termasuk yang datang dan menetap secara haram di negara ini.

Di maklumkan lebih Dua Puluh Ribu warga Bangladesh dengan mengunakan pas pekerjaan (Employment Pass) dengan butiran palsu membuktikan betapa mudahnya membawa masuk warga asing ke negara ini. Aktiviti yang berjalan sejak lebih 2 tahun itu di percayai di uruskan oleh sindikit yang di katakan mengenakan bayaran sahingga Enam ribu ringgit untuk satu kemasukkan warga asing terbabit atas nama ‘expatriate’.

Ini adalah gulungan profesional palsu yang di bawa masuk kononnya bagi memenuhi keperluan dalam negara seperti kejuruteraan dan pembinaan, Tetapi hakikatnya ia sebagai tiket masuk ke negara ini sahaja sebelum bekerja di restoran, kedai peralatan komunikasi, pusat urut dan sebgai pengawal keselamatan.

Ajen sendikit di percayai boleh berunding dengan pihak tertentu dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meluluskan permohonan dan mengubah maklumat sistem supaya EP boleh di luluskan, Perkara ini jika tidak dibendung ia akan memberi ruang dan peluang penyelewengan serta salahguna kuasa ujud akibat urusan sistem dan data warga asing dikendalikan oleh syarikat tertentu dan bukan oleh jabatan kerajaan.

KDN seharusnya menjalankan siasatan segera sama ada pekerja Bangladesh telah menyalah gunakan sijil dan permit berkenaan kerana tiada perjanjian yang di muktamatkan untuk membawa pekerja yang bukan expatriate ke negara ini. 

Sekiranya dakwaan kemasukkan warga Bangladesh ini benar, Tindakan tegas perlu dikenakan bukan sahaja mereka yang terlibat dalam penyelewengan itu malah pekerja asing yang terbabit mengikut akta imigresen yang sedia ada.

Apa pun kerajaan perlu melakukan pemantauan ketat bukan sahaja kepada warga Bangladesh malah kepada warga asing yang lain berdasarkan daripada kes jenayah yang semakin meningkat. 

Sekiranya tiada keperluan sekatlah kemasukkan mereka, Galak warga tempatan khususnya gulungan muda menceburi bidang-bidang yang tenat seperti pembinaan dan perindustrian dengan menyediakan insentif yang menarik.

Dari: Mynews.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik